arkib

Khamis, 25 Jun 2009

rangkuman perkembangan komuniti !


imej1
imej2
imej3
imej 4
salam hormat !

Walau pun tulisan ini mungkin bolih memberi "tambah nilai" kepada kerajaan negeri yang memegang kuasa pada hari ini namun demi kehormanian komuniti tempatan tanpa hendak membanggakan kelebihan yang ada pada sesebuah parti politik maka sesungguhnya saya anggap menjadi kewajiban peribadi untuk memaparkan perkembangan setempat atas dasar untuk menyatakan kebenaran berita seimbang dengan mengambil kira mengunakan alam siber sebagai medan bersuara bagi meraih keuntungan semua pehak.

Sejak tersiarnya berita satu pasar raya rakyat didalam sebuah akbar baru baru ini, rasanya akan berubah wajahlah sebuah Pekan kecil yang berada didalam satu daerah diHulu Terengganu iaitu nama tempatnya Pekan Ajil.Kerja kerja awal pembersihan tapak pembinaan pasar tersebut telah bermula beberapa bulan yang lalu (imej 2) dengan mengorbankan sebahagian perkampungan warisan melayu seluas kira kira 20 hektar (maaf jika kurang tepat) yang mana penghuni rumah dan pemilik tanah telah pun dilunaskan pampasan walaupun sebahagiannya merunggut katanya tidak setimpal dengan harga semasa. Hari ini bangunan deretan kedai kedai lama berdinding papan (imej 1) telah pun dirobohkan menjadi padang jarak padang terkukur (imej 3).Seingatan saya bangunan ini telah pun wujud ketika usia saya masih kecil lagi malah difahamkan ianya dibina diawal tahun 50an lagi,saya masih terbayang diusia kanak kanak pasar pekan Ajil hanya beroperasi pada hari hari tertentu sahaja dengan barang jualannya dilambak dan dipamerkan dipetak petak wakaf 5 kaki persegi.

Dimasa itu keluarga saya sering berulang balik dari pekan ini keKelantan dengan beberapa urusan perniagaan diantara membawa julan barangan perak,kebok gisaran mee laksa dan periuk tembaga buatan tangan orang orang diKuala Terengganu. Laluan perjalanan amat sukar dan lambat kerana kenderaan yang dinaiki terpaksa merentasi beberapa buah sungai dengan menaiki ferri dan hari ini laluan ferri sudah tiada lagi kerana telah digantikan dengan jambatan.

Sebelum mendapat penempatan tetap seperti hari ini,keluarga saya sering berpindah randah dari satu tempat kesuatu tempat sehinggalah kekawasan pendalaman diperkampungan orang asli diSg. Rambai dipengkalan Gawi Tasik Kenyir.Begitulah kesukaran yang dialami olih keluarga tatkala itu sehinggalah berpindahlah lagi dan lagi sehingalah yang terakhir kini dikg.Bukit Kolam yang terletak kira 1 km dari Pekan Ajil.Adapun nama kampung ini diambil sempena keadaaan georafi tanahnya yang terbahagi dua iaitu berbukit dan ada kolam berpaya semula jadi (termasuk kolam buatan) dan bersempadan dengan Kg.Tok Randok disebelah selatan.

Selain daripada itu Taman Perumahan Tok Randok yang dijangka akan dibina didalamnya masjid dan padang permainan kanak kanak adalah juga menjadi bekas laluan tapak rumah keluarga saya sebelumnya dibangunkan menjadi taman perumahan. Sebelum ini saya juga pernah menceritakan sejarah pembinaan Masjid Kg.Tok Randok yang pada mulanya adalah sebuah surau yang dibina secara gotong royong diantara "pakatan" penduduk tempatan dengan orang orang mendatang (yang masih lagi diberi gelaran dengan panggilan orghe kelate) yang mana pembinaan masjid ini juga mula dibina sejak diawal tahun 50an lagi.Hari ini terdengar pula desas desus satu masjid lagi akan dibina dengan jarak tapaknya kira kira tidak sampai 1/2 km daripada masjid asal.Maka selepas ini akan terbinalah 2 masjid dalam satu kampung cuma zon nya sahaja berlainan tempat.Olih yang demikian cuma disini perlu dilihat kesesuaian disegi perpaduan jamaah.apakah wajar dengan alasan masjid yang sedia ada ini dikatakan tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah atau pun sekadar hendak mengalih arah atas dasar kefahaman anutan politik?ataupun sekadar "projek" semata mata?
Didalam satu mesyurat Ajk Pas cawangan ada membincangkan perkara ini,ada yang mengemukakan soalan "kemanakah akan pergi imam dan bilal,adakah ianya akan ditarik untuk berkhidmat dimasjid baru itu nanti"?dan bagaimana pula dengan status masjid lama,adakan akan berperanan sebagai masjid seperti biasa atau pun akan diturunkan taraf balik menjadi surau seperti mana diasal pembinaannya? Ada yang memberi pendapat masjid lama ini akan tetap kekal berstatus masjid dan para imam dan bilalnya sanggup kekal memberi khidmat. Manakala masjid baru nanti pandai pandailah mereka untuk melantik imam dan bilal baru.Akan tetapi saya juga juga tertanya didalam hati,bagaimana pula dengan elaun khidmat para imam dan bilal dimasjid lama tadi? biarlah saya tinggalkan soalan ini untuk dijawab olih pehak pehak tertentu pula....manakala para jamaah (penduduk kampung) pula tetap akan ada pilihan kemana mereka akan berjemaah nanti.Suatu perkara lagi yang perlu difikirkan ialah tidakkah nanti akan memecah belah serta akan menjarakkan hubungan sesama orang melayu islam itu sendiri?.

Berbalik kepada isu pemberian wang dana (imej 4) atau orang disini panggil "pitih ehsan", sebenarnya sebagaimana yang sedia kita maklum ianya adalah suatu pemberian umpan untuk meraih undi politik dan ada juga dikatakan menjadi modal ugutan untuk sesiapa yang tidak mahu menyokong pasti nanti tidak akan diberi dana tersebut.Pernah disuatu ketika saya ditanya olih seseorang "apakah paksu tidak dapat terima pitih ehsan'? lalu saya jawab "tidak apalah,bagilah sahaja kepada orang orang yang lebih perlu dan susah',lalu tanpa diminta sipenanya tadi memberi penjelasan "bukan semua yang dapat itu terdiri dari orang susah,malah ada yang sudah berupaya berkereta mewah dan berumah besar tetapi masih juga dapat",secara kebetulan dia sendiri seorang peniaga runcit yang dikira berjaya namun beliau juga ada menerima, satu pengakuan yang ikhlas daripadanya namun tambah beliau duit itu nanti akan diberi sedekah balik kepada sesiapa yang memerlukan......oooo....begitu rupanya ! persoalannya bolihkah dipercayai?

Poksu-fikir betul betul...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan