arkib

Sabtu, 6 Jun 2009

Respon !





salam hormat !

Sehari dua ini suasana masih lagi dengan demam akan keputusan pemilihan pucuk pimpanan Pas Pusat,walaupun keputusan telah diketahui umum namun tumpuan bagi jawatan yang dipertandiingan lebih mendapat perhatian ramai terutama untuk jawatan Tim.President dan juga para Naib.

Sebagai respon kepada keputusan ini saya sebagai pemerhati dari luar lingkungan muktamar melihat tidak ada perpecahan akan berlaku diantara mana mana kumpulan atau pun kem masing masing,ini adalah kerana sikap wala' pemimpinan tetap utuh hasil pentarbiahan yang ditanam sejak sekian lama kepada setiap ahli mahu pun kepada para perwakilan itu sendiri.
Walaupun sebelum ini telah timbul beberapa percanggahan pendapat diantara satu sama lain ini tidal bermakna kem kem ini tidak bolih untuk duduk bersama dan bersatu kembali bagi mengukuhkan gerakan untuk menghadapi lawan politik sebenar (UBN).

Namun demikian sebagai memberi sedikit respon akan keputusan ini maka disana kita melihat terdapat isu isu yang menyebabkan bolih mempengaruhi perwakilan terutamanya pernah sebelum ini dikatakan jawatan nombor dua parti mestilah dikalangan ulama" dan ada juga pendapat mengatakan bagi sesiapa yang kuat berkempen pada kebiasaannya akan kalah.
Saya yang juga sebagai seorang peniaga agak kurang bersetuju jika dikatakan faktor kekalahan disebabkan banyak berkempen ini kerana cuba kita lihat sesebuah syarikat yang menjual biskut cekedis yang hanya berharga 30 sen akan tetapi telah mengeluarkan kos kempen dan iklan yang banyak malah disiarkan dikacakan tv hampir lebih 20 kali dalam sehari,jadi jika difikirkan apakah berbaloi?maka dengan itu amat tepatlah langkah Husam yang dilihat begitu ghairah mengadakan sidang media dan sebagainya bagi tujuan mempromosikan hala tuju bawaan politiknya.

Rasionalnya husam ditewaskan ialah mungkin ada yang berpendapat beliau terlalu yakin untuk mengambil tempat umnobn bagi menarajui politik malaysia tanpa perlu diadakan muqabah dengan parti tersebut (umno)dan keyakinan beliau ini banyak disokong olih anak anak muda yang juga mempunyai sifat keghairahan tersebut dan juga disertai olih gaya politik ardogen DSAI.Mungkin kata kata husam jika bermuqabalah akan terjadi seperti kata pepatah "yang dikejar tak dapat,yang dikendong pula akan keciciran" itu perlu diambil peringatan.

Manakala kemenangan Ust.Nasa pula membayangkan idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan Dato" seri president sendiri itu telah dipersetujui olih sebilangan perwakilan dan juga ahli.Apa pun ada hikmah disebaliknya yang mana disana masih terdapat ketidak ada kesediaan (ready) dalam banyak hal terutama dari segi kerjasama sesama rakan gabungan dalam PR (PKR dan DAP). Semangat setia kawan dalam menentukan kerjasama erat dikalangan anggota sayap parti (kelab penyokong pas) juga perlu diambil kira...jadi fikir betul !

Poksu-"ready and steady"and tahniah kepada yang menang.......!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan