arkib

Khamis, 18 Jun 2009

PIBG



Salam hormat !
Pada 17/6/09 (rabu) untuk kali keduanya saya hadir kesekolah untuk menghadiri mesyuarat PIBG,kali pertama mesyuarat telah diadakan kira kira sebulan sebelum itu namun tiada sebarang keputusan yang dapat dibuat disebabkan kehadiran ajk tidak mencapai jumlah 2/3 majoriti,dan alhamdulillah kali ini mesyuarat telah memenuhi korum dan majlis mesyuarat telah pun dapat berjalan dengan lancar.
Diantara agenda mesyuarat ialah ingin mendapatkan persetujuan bagi meluluskan sejumlah peruntukan untuk menjalankan beberapa aktiviti serta membincangkan bab lain lain hal.Apa yang dibentangkan iaitu kos setiap satu satu aktivi (dalam tempoh setahun) memakan belanja hampir rm 4 ribu lebih, wow...agak besar juga jumlahnya ! Olih kerana itu saya telah pun bersuara agar peruntukan dari kementerian kerajaan pusat mahupun dari DUN (kerajaan negeri) hendaklah dibelanjakan secara berhemah ini kerana sebagaimana yang sedia kita maklum punca keuwangan kerajaan datangnya dari pelbagai cukai yang dikutip dari rakyat maka wajarlah dipulangkan balik kepada rakyat untuk mendapat kemenafaatan bersama.

Kita tidak mahu ada yang berselindung disebalik atas nama ingin melihat kecemerlangan pelajar sedangkan yang tersirat ialah hanya beberapa kerat sahaja yang mengaut keuntungan sebagai contoh jika program dianjurkan di calet calet mewah dan diundang pula para motivator yang mengenakan bayaran bayaran tertentu sudah tentu kita dapat menilai ini adalah hanya satu projek untuk mengkayakan pehak pehak yang berkaitan sahaja.
Jesteru itu harapan saya agar pengisian setiap program biarlah turut sama disemaikan nilai nilai keagamaan untuk membina baik sahsiah pelajar .Ini berdasarkan penilaian saya terhadap anak anak saya sendiri, didapati begitu rajin mengerjakan solat sehinggakan belum sampai waktu sudah ditanya apakah masuk waktu atau belum untuk dia melakukan amalan bersembahyang. Namun demikian setelah saya amati maka banyak lagi kesilapan kesilapan didalam sembahyang yang perlu diperbetulkan termasuk bacaan bacaan surah yang betul.Olih yang demikian saya amat berharap agar pehak sekolah turut sama memainkan peranan memperbetulkan tatacara untuk mengerjakan amalan sembahyang ini kerana walaupun ianya perkara asas tetapi seandainya untuk diadakan majlis majlis sembahyang hajat (sebagai contoh untuk memohon kemerlangan pelangan pelajar UPSR) sudah pasti kita meragui untuk menilai adakah solat kita itu diterima ataupun tidak disebabkan olih bacaan bacaan kurang sempurna. Jadi apa gunanya kita berbelanja ribuan ringgit untuk satu satu program jika perkara asas sebegini pun tidak dapat sama sama kita atasi....jadi fikir betul betul !
Poksu-Melentur buluh biarlah dari rebung !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan