arkib

Sabtu, 13 Jun 2009

Majlis diROSAKan olih siseluar dalam putus getah !




Salam hormat !
Semalam 13hb June 2009 saya menghadiri majlis perkahwinan anak sulung kepada seorang saudara terdekat disebelah ibu,rombangan kami bertolak ramai ramai pada jam 0930 pagi dari rumah di Ajil menuju ke Masjid Pengadang Baru diKT, dimasjid inilah berlansungnya majlis akad nikah pengantin.Alhamdulillah suasana majlis berjalan dengan lancar namun apa yang hendak diperkatakan disini ialah suasana telah bertukar menjadi kelam kabut selepas imam (juru nikah) balik, selepas itu rombangan kami masih mengambil sedikit masa lagi kerana hendak memberi peluang sessi bergambar dan salin menyalin pakaian pegantin, dengan tidak disangka sangka datang seorang warga emas yang tidak memperkenalkan dirinya siapa beliau, lalu menyergah dan menyumpah seranah dengan perkataan yang akan kurang sopan,katanya "majlis sudah habis,kamu semua diminta keluar dan tidak dibenarkan lagi berada didalam masjid ini kerana kos lampu eletrik disini siapa nak bayar? (dengan suara kasar dan agak kuat ) kemudian dimasa yang sama beliau terus memadamkan kipas dan mematikan semua lampu masjid.Apa lagi.... kami semua menjadi terkejut dan terkedu sambil bertanya sesama sendiri,beginikah cara orang disini melayan tetamu ?

Ada diantara kami cuba memberi penjelasan dengan berkata "sebelum upacara dimulakan dimasa awal awal kaki kami melangkah masuk kami telah mencari tong Tabung masjid dan memasukkan sejumlah wang kedalamnya,jika masih belum cukup, nah...ambil duit ini,kami bolih tambah lagi" (sambil menghulur not sejumlah wang tunai ) akan tetapi yang anehnya tidak pula diambil olih "si seluar dalam putus getah" itu,namun beliau masih membebel tidak henti henti diantaranya berbunyi "kamu banyak bercakap hal keduniaan,haram dalam masjid,tau tak?.
Wahhh !! apa lagi,adalah diantara kami yang naik menyirap darah lalu berlawan cakap dan bertekaklah dengan suasana yang agak tegang sikit kerana kami mempertahankan apa yang kami lakukan ini bukannya kerja buat maksiat malah kami juga tahu akan adab adab berada dimasjid, bukannya pakcik tidak nampak !
Tanpa ingin memanjangkan pertelingkahan ini, kami pun terus cepat cepat beredar untuk 'berarak" kerumah pengantin perempuan (kg.Binjai berambu) pula sambil masing masing membawa hati dan emosi yang kurang berpuas hati sambil beristgharfar, Masa"allahhh.macam macam perangai disiplin orang misjid ! difahamkan warga emas tersebut seorang bekas guru yang dipanggil dengan nama Che'gu Harun....siapakah sebenarnya dia ini ? ajk masjidkah? atau salah seorang yang ada kaitan dengan pehak pengurusan masjid? tolonglah ditarbiah dan dimusahabahkan dirinya dahulu ! keluh diantara kami....
Poksu-dugaann...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan