arkib

Selasa, 16 Jun 2009

Fokus sasaran !



Salam hormat !
Beberapa jam yang lalu saya menerima SMS yang menjemput saya termasuk beberapa orang lain lagi dalam satu satu cawangan pas diDun Ajil untuk satu program yang dinamakan Daurah tarbiah yang akan diadakan mengikut jadual pada hari jumaat 19/6 diMTD.Program ini dibuat secara bersiri dan kali ini sudah masuk siri yang ketiga.Pada asasnya saya dapati program ini sangatlah baik setidak tidaknya bolih menambahkan lagi mana mana ilmu keagamaan pada setiap ahli yang hadir.Namun demikian yang menjadi kemuskilan ialah puratanya yang hadir adalah sudah bergelar warga emas,jadi apakah mereka ini masih bolih menerima pelajaran yang dihidangkan? yang mana pada pandangan saya tahapnya ilmunya yang disampaikan agak tinggi dan sesuai untuk seseorang yang ingin mengambil sijil ataupun diploma mahupun ijazah.Adakah ada diantara kita yang terfikir dan bertanya apakah mereka ini masih ingin untuk melanjutkan pelajaran sampai ketahap itu? Atau kita hanya sekadar untuk syok sendiri supaya membolihkan mereka ini memuji bahawa para daie (penyampai kertas kerja) ini amat hebat disegi ilmunya?
Jesteru itu saya mencadangkan agar dapat kita turut sama fokuskan kepada keperluan komuniti kampung. Apakah orang kampung perlukan daripada kita?,jawapan daripada tinjauan rambang saya, yang sebenarnya orang kampung mahu dari golongan yang dipanggil "orang Pas" ini ialah supaya bolih dijadikan satu skuad (kumpulan) yang bolih memimpin dalam satu satu majlis keagamaan "yang asas" seperti majlis bacaan tahlil,sembahyang jenazah,majlis selawat dan doa selamat ketika acara aqiqah anak,mandi dan kapan jenazah serta lain lain urusan semasa berlaku satu satu kes kematian.Jika ini dapat dilakukan saya kira sudah cukup memadai untuk kita sebagai daya penarik untuk menarik orang kampung mendekati jemaah pas. Tetapi malangnya setakat apa yang saya difahamkan terdapat dari kalangan jemaah pas sendiri masih lagi ada yang tergagap gagap untuk megaji dan membaca ayat ayat suci al"Qur"an,jadi bagaimana kita mahu dedahkan tahap keilmuan yang lebih tinggi ? (sebagaimana yang saya sebutkan tadi).
Urusan ibadat dimasjid seperti kuliah dan sebagainya bolih juga digabungkan bersama jika sudah tiada lagi pilihan akan tetapi disini (dimasjid) kebiasaannya terdapat sedikit kecelaruan kerana ada dikalangan yang mengambil kira pengaruh dan pegangan politik kepartian, sedangkan urusan agama ada yang menjadi fardhu ain dan fardhu kifayah,ada kes jika tidak dibuat hanya individu yang menanggung (berdosa) dan ada juga kes yang melibatkan satu komuniti kampung itu juga turut sama menanggung dosa......jadi fikir betul betul !
Poksu-Mendidik keluarga.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan