arkib

Ahad, 7 Julai 2013

Mesir: Amerika dikambing hitamkan?

Salam hormat!
Sehari dua ini peristiwa dan berita dari Mesir lagi syok dibaca berbanding cerita dari dalam negara sendiri,apatah lagi cerita PRK diBesut yang akan berlangsung tidak lama lagi sudah menjadi berita picisan sahaja olih akbar dan juga media massa tempatan... Kenapa eekkk?

Antara salah satu sebabnya aku rasa adalah kerana sistem demokrasi ala pilihanraya sudah tidak memberi apa apa makna lagi jika Pemimpin atau kerajaan yang dipilih olih rakyak secara sah melalui sistem itu bolih diganggu gugat atau digulingkan dengan sewenang wenangnya. Bersambung....
Terkini-
Hampir 2 hari saya terputus hubungan dengan dunia internert kerana terdapat sedikit gangguan teknikal dan juga line miss connet,setelah dilapur kemudian datanglah juru teknik TM datang melihat dan membaikinya, pertama wayar telipon putus dan masaallah kedua pasal net work card PC problem, jadi lo ni beroh doh belaka, alhamdulillah...bolihlah ambe tulis komen sikit lagi pasal pergolakan diMesir.

Saya rasa agak terperanjat dan cukup bersimpati dengan berita yang melapurkan kekecohan diMesir kembali bergolak,Jika setahun yang lepas gerakan Tamarod dikatakan turut serta keluar berdemontrasi menuntut President Horni Mubarak letak jawatan tetapi kali ini kumpulan ini juga telah berpaling tadah mahu President Mursi yang mengantkan Hosni Muibarak bertindak melepaskan jawatan,melihat kepada kegawatan ini Pasukan tentera telah mengambil kesempatan mengulingkan Muhammad Mursi tetapi rakyat yang masih setia dengan Mursi bangkit menentang maka jadilah ketumbukan dua golongan iaitu antara penyokong Mursi dengan pehak Temarok yang berpaling tadah itu yang bersama tentera,jika setahun lepas tidak pula dikaitkan dengan AS sebagai dalangnya tetapi tidak pula pada kali ini,kenapa? apakah kerana Dr Mohammed Mursi kononnya hanya menopoli dengan melantik proksinya sahaja dalam pentadbiran kerajaan dan dengan alasan itu Mursi dianggap diktator? Dengan ketiadaan sebarang kenyataan resmi dari Obama ini menunjukkan AS tidak bolih disabitkan secara langsung dengan rampasan kuasa ini,maka itulah hujahnya bahawa AS mungkin hanya dikambing hitamkan (dipersalahkan) sahaja.

Kebiasaanya AS bersikap "gentleman",sebagai contoh cuba perhatikan campurtangan terang terangan olih kuasa besar (AS) ini terhadap sengketa dua negara Iraq dan Iran,dengan mencipta sedikit alasan kononya Saddam Hussin mempunyai pelbagai senjata pemusnah lalu George Bush dengan sokongan beberapa negara sekutu seperti Perancis dan Australia beliau menyerang Iraq sedangkan Iran yang memgamalkan islam autordok tidak diusik wahal Iran lah yang jelas bersikap anti Amerika manakala Iraq pada masa itu lebih kepada separa sekular dalam pentadbiran kerajaan Saddam Hussin.Aku bukan hendak membela  AS,malah dalam banyak perkara aku cukup tidak bersetuju dengan beberapa tindakan Obama terutama beliau telah turut mengkambing hitamkan Osama Ben Laden yang terlibat berjihad bersama Mujahidin Afghanistan menentang Taliban dengan mengetuai Kumpulan Al Qaeida.Apa salah Osama? Sedangkan untuk mengaitkan Osama dengan peristiwa  9/11 tidak dapat dibuktikan sehingga sekarang.

Dengan perkembangan diMesir,apakah gerakan yang juga dinamakan 'arab sprint" ini berkemungkinan bolih berlaku diMalaysia terutamanya apabila ditakdirkan PR bolih mengambil alih kerajaan dari UBN? bersambung lagi....
Terkini- Pada suatu hari ketika bersembang santai santai dengan rakan rakan,terdapat salah seorang bertanya "apakah pasukan tentera Malaysia negara kita tidak bolih melakukakan rampasa kuasa sama seperti mana dilakukan olih sesetengah tentera dinegara luar tu?" lalu selamba saja dijawab olih rakan seorang lagi "Bolih..."katanya rengkas "dengan syarat ada pehak yang bolih mempengaruhi kudeta raja raja melayu termasuk agong kemudian menitahkan panglima tentera berbuat demikian,jika sekiranya ada mana mana pehak mahu pun rakyat jelata yang engkar akan bolih diambil tindakan dibawah akta menderhaka kebawah Duli Ydp Agong dengan kata lain bolih juga digubal undang undang khas menderhaka" tambahnya.
 Wah...bolih tahan juga pendapat rakan aku ini (dalam hati) apa apa pun anggaplah semua itu hanyalah satu persepsi dan bukanlah realiti....satu imiginasi dari minda seorang marhain.

Sebagai seorang bekas murid sekolah aliran agama yang mengunakan bahasa perantara Arab,saya (kami) sering dimotivasikan olih guru,katanya "siAnu yakni salah seorang murid tua sekolah ini sudah berjaya melanjutkan pelajaran KeMesir,jadi saya harap kamu semua juga turut dapat sama belajar sampai kesana".Tatkala itu tanpa disedari air mataku mengalir,timbul kehibaan kerana terkenang mana mungkin aku akan dapat terus belajar sampai ketahap itu,aku dapat merasakan dengan kedaifan hidup keluarga aku maka mustahil akan tercapai hasrat dari guruku itu.Mesir satu nama sebuah negara yang sangat gah dengan pusat menimba ilmu sejak sekian lama jadi amat malanglah jika Mesir pada hari ini suasananya berkeadaan amat kucar kacir,olih itu aku berdoa kepada tuhan agar dapat dikembalikan keamanan disana.

tok ayah su-ambil iktibar dari jauh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan