arkib

Khamis, 18 Julai 2013

Mee celup vs Dakwat celup (sambungan)

Salam hormat!
Agak panjang lebar juga saya bercerita sejenis masakan berasas mee pada siri sebelum ini,walau pun mee kuning itu sejenis makanan separuh berat, ramai kena bersetuju bahawa asal usul pembuatan mee itu berasal dari tanah benua cina,tetapi cara masakannya telah diolah dan disesuaikan mengikut selera bangsa itu pada kemudiannya.Malah kebanyakan pengusaha kilang mee itu sendiri kebanyakannya dimonopoli olih bangsa cina dan hanya sedikit sahaja dari kalangan orang melayu,olih itu kehalalan itu harus bermula dari kilang pembuat.Ini kerja pehak berkuasa yang mengeluarkan sijil halal,rakyat tak tanggung dosa.

Ada pun kebanyakan masakan orang melayu lebih kepada berasaskan beras,contohnya Laksa,dianya diperbuat daripada serbuk beras yang dikisar terlebih dahulu...ah...nantilah dulu,saya akan ceritakan dilain siri kerana saya juga ada sedikit pengalaman membuatnya,disamping itu saya juga ingin berkongsi pengalaman bagaiamana pada mula saya kenal dengan bubur lambuk,orang ramai juga harus tahu bahawa bubur lambuk adalah berasal dari negeri Terengganu..Pada pertama kali melihat saya hampir nak jadi termuntah naik loya kerana rupanya seumpama muntah kucing,ambil masa cukup lama untuk membolihkan saya meminatinya kembali,itu pun setelah saya melihat bahan bahan dan cara penyediaannya barulah terbangkit semula selera saya, sehingga kini masaallah alahan dengan bubur lambuk tidak berbangkit lagi. Cerita lanjut akan menyusul dilain siri.

Alang alang menyentuh soal halal haram ini jadi teringin saya hendak menyatakan satu pandangan dari seorang rakan yang mengomen tantang ketiadaan exco agama didalam pembetukan kerajaan diDUN Terengganu setelah UBN memenangi PRU ke13 yang lalu.Beliau mempersolkan dengan katanya jikalaulah UBN mahu menstabilkan sikit suasana didalam dewan adalah lebih baik untuk PRK N01 Kuala Besut itu calon yang dipilih perlu ada pendidikan agama,tetapi malangnya calon itu kini seorang profesional, ini bererti Bn telah melakukan satu kesilapan besar seoalah olah UBN memang segaja mahu menolak islam,bagaimana penekanan untuk memertabatkan hal ehwal agama hendak dijalankan jika "kepala'nya tidak ada?soal beliau.Pada pilihanraya umum tahun 2004,UBN Terengganu  telah mencalonkan seorang yang juga tidak mempunyai kelayakan ekedemik yang tinggi hanya bekas seorang Pegawai Warant Tentera,tetapi nasibnya baik bolih menang ,jadi jika untuk PRK N01 kali ini Pas menaruhkan calon yang hanya berkelulusan taraf SPM tidaklah bolih dipertikaikan,baru seri....tambahnya.

Dalam pada itu saya ingin memberi sedikit komen tentang kekalutan pengunaan dakwat yang dulu dipanggil kekal yang dicalit tetapi sekarang akan ditukar dengan cara mencelupnya pula,tak habis habis bermasallah, kata orang ganu 'hok gitu pun jadi ke payoh" maksudnya perkara mudah tetapi tak bolih nok diselesaikan.
Benda barang kemesek (senang) jah....sama ada celup ke calit ke itu bukanlah isunya,yang penting hendaklah lebih awal dibuat pemeriksaan rapi pada jari tangan/anggota dipintu masuk,tujuannya adalah untuk mempastikan adakah kesan dakwat ada dijari, jika ada bolih dihalau balik sebab tandanya sudah mengundi,kemudian dari itu jika tiada kesan dakwat barulah dibenarkan masuk untuk memastkan adakah namanya pula sah sebagai pemilih,soal hendak celup atau jari itu dicalit seperti biasa sebagaimana dalam pru13 yang lalu terpulanglah,alahai...hok gitu pun jadi ke payooh.Nok keno royat so...so...satu...satu macam budok kelas Tadika jah.

Selain daripada itu bila sebut pasal celup ni,saya teringat kata kata Ketua Dewan Ulamak."bukan senang hendak disabitkan orang yang melakukan kesalahan zina sebab kena tengok betul betul seumpama macam  nampok tengok batang celok kening masuk celup kedalam botol, kemudian kena ada saksi yang baik seramai 4 orang" katanya didalam satu majlis.

tok ayah su-bercadang nak berbuka puasa diKuala Besut....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan