Diatas adalah gambar gambar yang sempat disambar olih sinaran lensa kemera poket saya di Kuala Besut dan ulasan berkenaanya akan diulas kemudian....tunggu !!!
Sambungan terkini:
Ada pun DUN Kuala Besut diawal tahun 80an dulu telah kerap juga saya datang kesisni terutamanya melibatkan tugas membuat operasi latihan tentera diGong Kedak,disemasa itu kem tentera TUDM belum lagi ujud tetapi lapangan terbang peninggalan dizaman perang dunia kedua telah pun ada,lalu timbullah cerita macam macam kononya lapangan terbang itu adakalanya dilihat terdapat kapal terbang mendarat kemudian terus hilang kedalam terowong, kononnya juga tempat itu keras dan bermisteri.Itulah perkara nostalgia yang ada disini.
Pengundi diPulau Perhentian ini sudah ada yang swin kepada Pas contohnya didalam PRU yang lalu dimana calon Pas telah berolih 250 undi lebih disana iaitu 10 peratus daripada penduduk yang bolih mengundi dipulau itu,seandainya didalam PRK ini PAS berolih undi peningkatan sebanyak 30% lagi kemudian 30% peratus undi fix deposit BN dari Kem Tentera dan sedikit undi daripada pengundi atas pagar jadi tidak hairan majoritin 2,450 yang diperolihi olih arwah Dr Abdul Rahman akan dapat diperolihi dan DUN Kuala Besut akan dapat mencipta sejarah ditawan olih Pas.Kata kawan saya "di PRK Kuala Besut Pas bolih menang dengan majoriti 16 undi sahaja, maka akan jadilah 16:16" katanya membuat andaian.
"Apa akan jadi apabila DUN Terengganu menjadi 16:16, lagi sekali sejarah tercipta,jika dilihat kemelut bermuram durja diantara dua puak Idris dengan Mat Said maka inilah masa dan peluangnya orang Besut ingin membela Idris,16:16 bolih membangkitkan seribu satu kemungkinan,Kelemahan Mat Said akan dilihat dengan ketiadaan sokongan dari orang Idris diKuala Besut" kawan saya menambah kata."Kemungkinan lain, UBN akan hilang hak bersuara seandainya untuk mengadakan undian usul jika ada diantara ahli dewan yang tidak dapat hadir pada sidang DUN,jika keadaan begitu berlaku bagaimana untuk meluluskan bajet dan sebagainya?" Kemungkinan lain DUN negeri Terengganu juga akan dibubarkan untuk membolihkan diadakan undian Pilihanraya semula,jika diadakan MB secara bergilir gilir maksudnya 2 tahun Bn dan 2 tahun MB dari Pas ini juga tidak dapat menyelesaikan masaallah.Olih yang demikian jika Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya mahu melihat sejarah ini berlaku maka pilihlah PAS pada pilihanraya kecil Kuala Besut pada kali ini" Syarah kawan saya didalam kereta semasa didalam perjalanan kesana.Masihkah kita terkenang sejarah16 kali PRK pada penggal lalu 2008-2013, penggal kali ini Kuala Besut memulakannya. Jika dipusingan pertama dulu (PRK 2008-2013) dimenangi olih PR maka tidak mustahil sejarah itu akan berulang lagi.
tok ayah su-selamat memilih pemimpin kepada pengundi Kuala Besut.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan