arkib

Rabu, 11 September 2013

Bajet:saya juga ada cadangan (sambungan)

Salam hormat!
Didalam siri pertama berkaitan tajuk ini saya telah memetik sedikit kata kata dari wakil rakyat 2 UPU cawangan DUN Ajil Yang Berbahagia Ust Razki,ekoran daripada itu saya ingin menambah sedikit lagi  apa yang telah diucapkan didalam majlis perasmian mesyurat agong cawangan tersebut,antaranya beliau membangkitkan rasa ketidak puas hatian orang ramai hasil dari tindakan kerajaan uBN yang telah menaikkan harga petrol dan diesil dipasaran.Ini juga melambangkan ketidak pekaan akan keperitan hidup rakyat yang telah sedia terbeban dengan segala macam kenaikan harga barang sebelum ini.

Sebagai seorang yang akrab dengan kepimpinan peringkat kawasan dan masih memegang beberapa jawatan sudah tentu beliau lebih mengtahui perihal dari dalaman parti,menurutnya terdapat sedikit konflik yang dibimbangi akan berlaku terutama ketika menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti kelak.Riak riak ada menunjukkan seolah olah golongan ulama" cuba dipinggirkan olih golongan berpendidikan liberal atau dipanggil juga tokoh profesional didalam parti.Pertembungan ini bagaikan cuba menafikan peranan ulama' terdahulu yang menghidupkan Pas sehingga mempu digeruni dan disegani kawan dan juga olih pehak lawan, katanya sebagaimana dipetik.

Apakah sebenarnya difinasi ulama" dan profesional? apakah dengan penampilan dari segi berpakaian memakai kopiah dan berjubah itu ulama"? atau dinilai dari berkebolihan mentazkirah dan memberi kuliah agama itu ulama"? atau seorang yang mempunyai ilmu dari latar belakang berpendidikan agama? atau semua jawapan diatas soalan itu sebetulnyalah ulama? kalau begitu bermakna selain daripada kriteria tersebut tadi maka adalah dialah seorang profesional? atau dengan kata lain profesinal itu adalah seorang yang berpendidikan lebih banyak kepada berlatar belakang ekedemik,maksudnya tidak banyak tahu tentang hudud,hadish,hukum hakam syariah dan sebagainya? hanya sekadar tahu mengimankan solat sahaja....
itulah difinasi profesional,begitukah?

Olih itu maaf cakap,sebab saya ingin memberi sedikit respon dari pemerhatian kaca mata saya yang mana tidak langsung berniat untuk memperkecil atau memperlekehkan  mana mana orang. Dengan seiklasnya saya berkata sebenarnya suara ulama" tidaklah begitu menyengat,dengan trend dewasa ini orang ramai lebih gemar kepada fakta semasa yang dibawa olih golongan profesional,mereka lebih releven untuk membawa isu isu semasa khususnya kes kes yang berprofile tinggi,contohnya pembongkaran terhadap salahlaku pimpinan uBN samada diperingkat Nasional mahupun negeri, dilihat amat bersesuaian golongan profesional berbuat demikian,tak kiralah ikut saluran melalui sidang akhbar mahupun dipentas pentas ceramah politik., ada pun ulama" adalah tidak manis dan tidak molek jika bermulut celupar dengan membuka keiaban orang kerana tidak semestinya yang dibongkar itu adalah benar belaka,adakala hanya sekadar untuk gimik politik semata, olih kerana ada dikalangan ulama" yang tidak memperdulikan hal sedemikian maka kotokohan mereka telah menjadi ejekan dan segali gus ada yang mempertikaikan kewibawaan bagaimana bolih seorang yang berilmu agama bersikap munafik,sesat,mengadu domba dan macam macam tomahan lagi.Ini bolih menjatuhkan imej ulama: itu sendiri. malah bolih menjejaskan imej sesebuah organisasi parti yang berteraskan islam, jesteru itu ulama" dilihat lebih rasionalis berperanan dalam hal mengkaunseling dan menasihati masyarakat dengan memaklumkan aturan dan peraturan mengikut syariat yang ditetapkan olih Allah dan Rasul.Apa pun ulama": dengan profesional bolih diibaratkan seperti aur dengan tebing atau seperti isi dengan kuku,saling berpautan dan saling memerlukan. Biarlah masing masing dengan peranan tersendiri tetapi dengan satu matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan kerajaan dari parti lawan melalui sistem pilihanraya demokrasi berparlimen.

sisipan akhbar
 Tetapi jika diparlimen (sidang DUN) pun suara rakyat tidak juga dilayan contohnya kes petisyen PRU13 yang asyik ditolak olih mahkamah tanpa bicara maka tidak bolih disalahkan kepada rakyat jika pembangkang mengubahnya menjadi suara pendesak dengan mengajak rakyat turun dijalan raya dengan lunas lunas yang dibenarkan olih perlembagaan untuk menzahirkan ketidak puasan hati mereka.Dalam kes protes seperti ini, tokoh yang tidak asing dan tidak ada yang lain lagi melainkan adalah siAbang Mat Sabu....ingatkah lagi rakyat mendesak untuk menghapuskan undang undang ISA? bersambung lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan