arkib

Isnin, 16 September 2013

Bajet:saya juga ada cadangan (4)

Salam hormat! Berkaitan topik pada siri yang lepas saya ada mengulas hasrat ketua pembangakang DSAI yang ingin turut sama mahu menawarkan diri bagi mengajak kerajaan BN dibawah pemerintahan YAB Dato" Seri Najib Razak bagi mengatasi suasana semasa rakyat yang bergelut dengan rasa kurang selamat, cemas dan bimbang terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat,jadi hasrat DSAI itu diharap tidak ada yang tersalah tafsir kononya mahu mengadakan pakatan politik diantara PKR dengan uBN pula sebagaimana sama hebohnya ura ura UG  (kerajaan perpaduan) Pas/Umno pada era mantan PM Pak Lah satu ketika dahulu. Sebaliknya pandanglah dari sudut keseriusan beliau dan bukan hanya sekadar satu gurauan, sambutlah seumpama orang yang sedang mengantuk disorongkan bantal.

Alahai...sudah panjang berjela saya menulis kini sampai siri ke4 tetapi masih belum masuk kePOINT yang sebenar.Kesemua tertulis diatas adalah sekadar muqadimah sahaja,adapun yang sebenar adalah hasil  rintetan dari apa yang telah tercatat sebelum ini diantaranya pasal media cetak,teknologi ict dan tambahan sedikit lagi adalah pasal telekomunikasi.

Olih itu fokus pertama adalah sudah tentu kepada Kementerian Komunikasi dan multimedia,maka antara cadangannya adalah seperti berikut:
sisipan akbar
Cadangan Pertama:  Teknologi internet dan telekomunikasi handfhone adalah bukan lagi satu benda mewah yang mana kini semua peringkat umur termasuk kanan kanak  sekolah pun mampu memilikinya,cumanya kemampuan itu terhad kerana adakalanya terputus putus disebabkan bajet peribadi terbatas, apatah lagi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak petrol dan bahan api. Secara berterus terang saya katakan sebagai contoh syarikat Maxis mengenakan caj 20 sen dalam tempoh 4 saat tanpa bolih bercakap pun,ayatnya "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi... tut...tut...tut...6 saat caj 20 sen".alamak ooiii...bagai kan mahu mencengkik darah penguna malah lebih mahal dari harga seliter petrol,itu belum bolih berhubung...kalau bolih berhubung terlagilah berganda ganda caj yang dikenakan, jadi mohon dikaji dan dinilaikan semula kaedah keuntungan berlebihan yang dikaut olih syarikat syarikat telekomunikasi ini
Cadangan kedua: Paska teknologi ICT atau pun internet juga telah merubah budaya hidup masa kini, internet mampu memainkan peranan untuk memperolihi maklumat atau ilmu yang tidak ada dirak rak simpanan mahu pun digedung buku.Keperluannya sudah semakin meluas sehingga ada yang mengambil kesempatan memperdagangkannya. Contohnya CyberCafe telah melata dibuka bagaikan cendawan tumbuh dimusim hujan.Tetapi kesannya lebih banyak yang nagative terutama bagi anak anak remaja mahupun yang masih berada dibangku sekolah,jika ditanya kepada ibubapa pasti mereka akan kata "rasa bimbang dan menghabiskan masa serta wang ringgit".Olih yang demikian alangkah baiknya jika para ibubapa dapat mengadakan satu sudut ict dirumah sendiri,mudah mudahan dengan cara itu segala pengaruh nagative yang ada diluar sana dapat dipantau dihadapan mata ibu bapa dirumah masing masing. Cumanya lagi sekali ibubapa berdepan dengan bayaran bil perkhidmatan syarikat TM yang menyediakan hubungan maya itu. Seandainya saluaran TV bolih menyediakan gelombang siaran secara percuma terutamanya siaran tv milik kerajaan jadi apa salahnya kemudahan line internet juga bolih disediakan olih kerajaan secara percuma.
Cadangan ketiga: Negara dikatakan sudah merdeka masuk ketahun yang ke56,begitu juga yang dulunya dipanggil kementerian penerangan telah melahirkan stesyen radio dan tv (RTM) yang umur penubuhannya sudah hampir hampir sama dengan tarikh kemerdekaan, masallahnya disebalik kegemilangan jabatan penyiaran itu kini telah bolih disaingi olih pehak dari syarikat tv swasta malah RTM sudah dilihat jauh ketinggalan sehinggakan orang ramai sanggup membayar untuk mendapat siaran dari syarikat tv swasta. Yang menjadi persoalannya syarikat Astro ini dikatakan telah memenopoli ruang gelombang diudara sehingga bolih menganggu siaran tv lain, maka orang ramai tiada pilihan melainkan mesti melanggan tv berbayar tersebut untuk mendapat siaran keseluruhannya termasuk RTM secara lebih terang dan jelas gambarnya. Pehak kerajaan pula dilihat seolah olah sengaja mahu masallah ini berlaku tanpa berbuat sesuatu untuk mengatasinya. Maka dengan itu dicadangkan agar perkara ini dapat diatasi segera agar mutu siaran tv rtm juga setanding dengan siaran dari stesyen tv berbayar.Buklit Ajil adalah lokasi terbaik untuk mengadakan Pemancar  TV (jika dikawasan Hulu Terengganu)

Cadangan seterusnya untuk Kementerian Pertahanan bagi dimajukan kepada Jabatan Hal ehwal Veteren.
Rasanya Bekas tentera tidaklah sampai mahu mendesak pehak kerajaan agar jasa jasa mereka dimasa lampau dibalas,cumanya jika perjuangan mereka dihargai sudah cukup memadai,apatah lagi seandainya sebagai tanda ingatan mereka itu diberi sesuatu penganugerahan maka teralangkah gembiranya dihati. Sebaliknya alangkah kecewanya perasaan apabila melihat orang lain lebih dihargai, contohnya pekerja dari sektor awam yang mendapat imbuhan serta tajaan untuk menunaikan haji dan begitu juga jika mereka yang dikira dalam ketegori  golongan orang berada dikampung seperti JKKK pun turut sama memperolihi nikmat tajaan keMekah.maka kenapa tidak bolih diberi sama kepada bekas tentera. Saya tidak mahu mengurangkan apa yang orang lain sudah dan akan dapat akan tetapi kalau bolih biarlah bekas tentera pun turut sama ditambah nikmat kemerdekaan sebagai mana orang lain juga perolihi. Olih yang demikian lain lain cadangan , apa salahnya untuk nonmuslim ditambah kadar elaun ataupun kadar pencen, adalah tidak memadai kenaikan hanya setakat 2 peratus sedangkan keperluan harian semakin hari semakin naik harga barang dan kos sara hidup semakin meningkat tinggi.Hendaknya janganlah ada diskriminasi....

tok ayah su-mohon jasa baik agar dipertimbangkan cadangan diatas....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan