Sisispan akhbar |
Terkini - Telah beberapa hari saya tidak mengemas kini sambungan artikel ini,sebab utamanya adalah kerana saya agak terkejut setelah mengtahui kematian Mantan Menteri Besar Kedah (2008-2013) pada 26 Sept hari khamis yang lalu,jadi rasanya biarlah saya ambil sikap bergabung dahulu beberapa hari kemudian barulah pada hari ini mahu memulakan semula menulis,namun sebelum itu terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau dengan iringan sedaqah bacaan umul kitab AlFatihah...
sisipan akhbar |
Apa yang menarik pada pandangan saya ialah tentang penonjolan imej atau perwatakan Allahyarham YB Dato" Seri DiRaja Tan Sri Ustaz Azizan ini adalah dari segi cara berpakaian.Miski pun bertaitle ustaz namun tidaklah pernah kelihatan beliau mengenakan Jubah atau berkopiah atau berserban ala Tok Arab sebagai mana sebahagian dari ustaz yang bergelar ulama" yang lain.Caranya agak bersederhana sehinggakan adakalanya kelihatan seperti ekedemiksion atau seorang profesional.Jadi benarlah kata pepatah "jangan dinilai sesebuah buku itu berdasarkan pada rupa kulitnya", tetapi dunia hari ini kalau pakeging (pembungkusan) yang menarik maka hak itulah yang banyak menjadi pilihan penguna,contohnya bahan makanan rengan,bungkusan cantik tetapi isinya tidak berzat malah ada yang bolih membahayakan pada kesihatan jika diguna makan secara melampau.
Lalu Teringat juga disemasa tarikh kematian Allahyarham Dato" Fadhil Noor, diwaktu itu Ybg Tun Dr Mahadhir turut dimasa yang sama mengistharkan mahu meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri,jadi ramailah yang dari kalangan ahli ahli Pas turut terikut ikut rentak banyak membicarakan tentang hasrat Tun Dr Mahadhir itu sedangkan peristiwa kematian President Pas telah menjadi berita sampingan sahaja,akhirnya ada seorang ahli veteren Pas telah membuat teguran terhadap sikap ahli pas yang mengkesampingkan soal kematian President mereka.Isunya betapa pandainya Dr Mahdhir mengambil kesempatan untuk mengalihkan perhatian rakyat nooo.....
Apabila sudah terlanjur membincangkan tentang Ulama" dan Profesional ini maka tidak bolih tidak kita juga mesti membicarakan soal pokok atau pun dasar perjuangan. Ayatnya tetap sama dari dulu hingga sekarang sampai selamanya iaini kalau dasar islam itu maka wajib dirujuk dari AlQur"an, alsunnah dan ijmak ulama" serta qias. Ini berlainan dan berbeza sekali dengan dasar keBANGSAan yang mana sumber rujukannya dari hasil pemikiran para profesional,contohnya undang uindang Pokai...opp silap...ejaannya POCA yakni satu akta yang baru diperkenalkan sebagai ganti kepada undang undang ISA. Jikalau akta ISA dikatakan zalim kerana disalah gunakan kepada pesalah politik sedangkan ianya satu undang undang pencegahan jenayah dizaman dharurat dahulu dan tidak releven lagi didalam kedaan negara yang sudah diistiharkan aman kini.Jadi harap harap akta POCA tidak jadi polimik dimana dianggap tetap sama zalim walaupun tidak serupa dengan ISA.
tok ayah su-percaya syurga milik Allah s.w.t...hanya taqwa jadi bekalan kesana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan