Salam hormat!
Saya keliru dan mungkin ada juga orang lain turut sama keliru, ini kerana mengikut kepada doktrin komunis tidak ada sebarang anutan agama yang perlu mereka patuhi. Olih sebab ada yang tidak faham maka terdapat orang melayu turut sama terpengaruh menyertai perjuagan komunis atas alasan tahalus siyassi pada masa itu. Walhal fahaman komunis seratus peratus berdasarkan pemikiran akal manusia semata dengan tidak langsung bersandarkan kepercayaan kepada tuhan seperti dalam rukun negara,bahkan komunis bersikap anti agama secara tersembunyi. Apabila berlaku genjatan senjata diantara PKM dengan kerajaan Malaysia barulah ada dikalangan orang melayu yang insaf lantas terus kembali kepada ajaran islam sebenar.Saya yakin seandainya ditakdirkan PKM dapat memerintah kerajaan Malaysia sudah pasti orang melayu tidak sebebas untuk beribadat seperti sekarang. Seteruk teruk kerajaan BN sekarang kerana terdapat sekatan untuk berkuliah dimasjid olih ualama" dari pehak parti pembangkang namun masih terselit kebaikan antaranya membenarkan laungan azan dengan volium maksima dimana ada yang menganggap bolih mengganggu kepada orang bukan islam. Jika komunis memerintah adakah dibolihkan begitu??
Bakar mayat kemudian simpan atau hanyutkan kesungai mahupun dibuang abu kelaut adalah amalan keagamaan olih salah satu agama orang bukan islam samaada Budda atau pun Hindu,jadi apabila mayat mendiang Chin Peng dibakar maka ini bererti beliau sudah memeluk salah satu dari ajaran tersebut... agaknyalah....Jadi apakah kita mahu sungai atau laut kita dikotori olih siABU Chin Peng? teringat semasa orang pelarian perang Burma yang karam dan tengelam dilaut, ramai orang yang tidak makan ikan....mahukan kita berkeadaan begitu semula? bersambung....
Sambungan- didalam keadaan tergopoh gapah dan berkejar masa saya meneliti serba sedikit berkenaan latarbelakang Chin Peng melaui beberapa portal berita diinternet termasuk link ini> http://ms.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng
Apa yang dapat saya rumuskan secara rengkas bahawa sememangnya Chin Peng adalah pada mulanya kawan dan kemudian menjadi lawan,maka kerana itulah Chin Peng telah dianugerah medal olih pehak British.Medal atau pun pingat itu sebagai mengenang jasa beliau mengetuai satu pasukan bersenjata anti Japan yang datang menakluki tanah melayu didalam sejarah peperangan dunia ke2.Kemudian daripada itu selepas Jepun kalah, jadi dengan kekuatan pasukan anti Japan ini juga beliau telah meresapkan ideologi perjuagan Komunis lalu menubuhkan PKM (Parti Komunis Malaya) dengan bergabung bersama Parti Perikatan (umno) buat seketika bertujuan sama iaitu mahu menuntut kemerdekaan dengan menentang Pertubuhan Malayan Union yang dikuasai olih British. Berdasarkan semangat petrotisma orang melayu pada ketika itu maka dengan mudah PKM mengambil kesempatan mempengaruhi sebahagian dari orang melayu untuk turut sama berjuang dalam PKM ini.
Malangnya selepas Malaya diberi kemerdekaan kemudian British berundur namun PKM tidak mahu mengiktiraf kemerdekaan tersebut.,kenapa? menurut ceritanya PKM ada agenda yang lebih besar,antaranya mahu jadikan Malaya sebagai negara republik serta hendak menghapuskan sisitem raja raja melayu dan selebihnya PKM mahu memerintah dan bukannya diperintah.Yang lebih dahsyat lagi PKM juga tidak mengiktiraf sistem demokrasi berparlimen dimana kerajaan yang ada mesti dipilih olih rakyat melalui cara berpilihanraya.Lalu PKM diharamkan sebagai pertubuhan politik.Bertitik tolak dari situlah PKM memilih untuk menentang kerajaan pilihan rakyat secara perang gorila dan militan,lalu lari kedalam hutan membuat serang hendap terhadap pasukan keselamatan Tentera dan Polis termasuk membunuh orang awam.
Jadi persoalannya sekarang,apakah dengan jasa jasa mendiang Chin Peng itu maka kita mahu jasad atau pun abunya dibawa balik?apakah pada suatu masa nanti kita juga akan akur pula dengan desakan agar dibuat satu memorial berbentuk tugu peringatan dengan tujuan untuk dipuja olih saki baki pengikut dan pengkagumnya yang masih ada diMalaysia ini? masih tidak cukupkah lagi dengan tajaan kerajaan Malaysia menghantar beberapa orang dikalangan pemimpin PKM berbangsa melayu termasuk keluarga mereka menunaikan haji keMekah? malah terdapat juga dikalangan mereka dianugerah tanah dan rumah penempatan, masih belum cukupkah lagi? cuba tanya pula adakah anggota pasukan keselamatan seperti tentera dan polis telah mendapat itu semua?.
Sebab itulah mentang mentang menjadi pembangkang maka semua perkara hendak dibangkang dan begitulah juga sebaliknya, mentang jadi penyokong kerajaan maka semua perkara hendak disokong,kalau betul nak sokong,cubalah buat usul supaya bekas anggota PKM ini juga perlu diberikan pencen....amacam?
tok ayah su-teringat lagu... putih...putih...melati...merah...merah...delima....sapa yg baik hati... pasti kan ku terima....

sisipan akbar |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan