arkib

Jumaat, 5 September 2008

Anak nak periksa ibubapa pula tak lena tidur...


Orang yang lebih risau apabila tiba hampir saat peperiksaan bagi anak anak ialah ibubapa dan mungkin juga guru guru itu sendiri tetapi bukanlah kepada kanak kanak yang terlibat.Apa tidaknya jika diperhatikan tarikh peperiksaan UPSR dan juga PMR tinggal tak beberapa hari lagi namun anak anak ini masih lagi leka bermain main,bagi poksu sendiri sudah naik berbuih mulut menyuruh anak anak mengulangkaji pelajaran tetapi suruhan itu ibarat pahat dengan pemukul,sekali diketuk sekali ia masuk,hendak dipaksa lebih lebih nantikan bimbang ada yang memberontak lalu membaikot terus,naya pulak dibuatnya.Mahu tak mahu,terpaksalah sekadar main pujuk memujuk sahajalah yang mampu.

Tahun ini juga difahamkan bahasa penghantar mata pelajaran sains dan metematik adalah kali terakhir mengunakan bahasa inggeris,untuk tahun akan datang dan seterusnya dengar khabarnya dasar ini akan kembali balik asal.Dengan ini bererti jika calon UPSR dan PMR ini tidak disubtelise (didwibahasakan) sudah tentulah pelajar/calon ini akan jadi mangsa terakhir atau dimangsakan dengan experiment (ujikaji) dasar pelajaran Negara ini.
Apa pun kita mengharapkan ia tidaklah memberi kesan buruk kepada pencapaian keputusan dalam peperiksaan itu nanti.

Walaupun isu ini telah mendapat perhatian dan kerap dibacarakan olih para professional dan NGO serta para pendidik itu sendiri yang rata ratanya kontra namun pendekatannya masih lagi nagatif.Dasar yang telah diperkenalkan sejak tahun 2002 ini dikatakan bersikap mengorbankan bahasa ibunda sendiri dan sebaliknya mengagung agungkan bahasa asing.Mengikut satu pendapat dari artikal seorang cendikiawan melayu yang pernah poksu terbaca yang mengatakan kaedah ini amat merugikan anak bangsa kerana jika hendak diperbaiki mutu komunikasi bahasa inggeris sekalipun biarlah sekadar memperkemaskan disegi “pastethen”(nahunya) sahaja tanpa melibatkan mata pelajaran yang penting seperti matematik dan sains ini.

Demi kepentingan komersial ataupun “bisnes” (perniagaan) sekalipun janganlah sampai mengadaikan masa depan anak anak yang masih hijau ini,dan jika perlu dan terdesak latihlah kepada pelajar pelajar yang telah berada dikelas menengah atas atau pelajar di intitiusi pengajian tinggi kerana barulah ianya dilihat lebih rasional dengan tahap kecerdasan fikiran mereka,itupun kita bersetuju dilakukan mengikut kehendak fardhu kifayah (yang terpilih sahaja dan bukannya pakai borong semua seperti sekarang).

Mengikut pendapat itu lagi ,kajian telah dibuat mendapati Negara seperti Rusia,Jerman,China,korea dan Jepun telah maju dan berjaya dalam banyak bidang mengunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Jika dilihat tamadun Islam sekalipun,umat atau penganutnya bolih disatukan dengan satu bahasa Al-Qur”an daripada bahasa bangsa Arab,jadi dalam pada kita sibuk membicarakan soal perpaduan maka apakah tidak bolih kita satukan berbagai bangsa yang ada diMalaysia ini dengan satu bahasa sahaja iaitu dengan mengunakan bahasa dari bangsa melayu?

Poksu-Ni hau ma? How are you?sawadikap?Nandri”?Haula enta?kabare wak? Apa khabar semua….??

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Poksu!
    Tajuk yang menarik. Saya mengendali pusat online tuisyen di Selangor dan pada peringkat akhir masih ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sini kerana risau UPSR dah dekat...minggu depan.
    Allahamdulillah, mereka yang berdaftar dipusat online tuisyen saya pada awal-awal dulu, sekarang mereka cukup bersedia. Tetapi ada dikalangan mereka yang ditahap lemah dari segi asasnya dan saya rasa tidak adil jika tanggungjawab untuk memulihkan mereka ini diberikan kepada kami dalam masa terdekat. Tugas guru dan ibubapa untuk mendidik pelajar / anak adalah 80% dan 20% adalah kami sebagai pusat tuisyen untuk pelengkap sistem pembelajaran pelajar.

    Sila lawat blog saya di www.tws828.blogspot.com

    Selamat Berpuasa!

    BalasPadam

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan