arkib

Rabu, 10 September 2008

Bicara Agama/Tazkirah Ramadan (2)

Untuk Diri Sendiri dan Sesiapa Yang Sudi Teladani

Rupanya ada juga sesetengah daripada kita berperasaaan nanti akan dikatakan orang hendak menunjuk nunjuk pula apabila kita rajin datang kemasjid untuk tunai solat terawikh pada tiap tiap malam dimasjid.Sebenar kita tak perlu melayan atau tunduk dengan kata kata tersebut jika tidak pasti berlaku lain pulak tanggapan dan yang paling ditakuti nanti akan timbul pula perasaan riak pada diri,firman Allah SWT yang bermaksud “sesungguhnya orang yang menyombong diri (riak@takabur) dari mahu menyembahku maka tempatnya dineraka jahanam dengan hina dina”-Al-Mukmin:60.

Olih kerana kita atau manusia itu memang bersifat lemah maka kita sering juga tersalah tunduk dengan kata kata sebegitu lalu diambil keputusan tidak mahu datang langsung kemasjid olih yang demikian akan termasuklah kita didalam satu firman Allah SWT “wakhuliqal insanu dai’fa” (dan manusia itu dijadikan bersifat lemah)-an-nissa”28.

Manakala sifat takabbur atau riak ada tiga jenis,yang pertama takabbur terhadap Allah S.W.T ,(lagi sekali rujuk kepada ayat Al-Mukmin:60 sebagai mana diatas).Takabbur yang kedua terhadap Rasulallah S.A.W,iaitu bermaksud enggan menerima kebenaran yang dibawa baginda dan jauh sekali untuk mengikuti amalan atau sunnah pengajarannya.Jika dizaman jahilliah dahulu bangsa Yahudi bersifat takabbur dengan menganggap bangsanya sahaja yang berhak menerima darjat kenabian, malah ada juga dikalangan kaum nabi sendiri iaitu kaum Qarais sengaja menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan mengatakan tidak layak dianggap seaorang Rasul kerana berasal dari seorang anak yatim lagi miskin,lalu Allah swt menurunkan ayat mengutuk tindakan mereka itu diantaranya Abu Lahab “Tabbat yada abi lahabin watab+ma akqna an humaluhu wamakasab” (binasalah kedua tangan Abu Lahab,tidak dapat menolong akan dia akan hartanya dan apa jua usahanya)-surah Almasid:1-2.

Takabbur yang ketiga pula terhadap manusia,iaitu jika ada walaupun sekelumit dalam hati perasaan seperti gila ingin dihormati,gila mahu dipuji sentiasa sehingga lupa daratan sehingga langsung tidak suka ditegur atau dikritik,tidak mahu menerima pandangan orang lain walaupun pandangan itu benar lalu menolak kebenaran,menghina orang lain dengan berpendapat hanya pandangannya sahaja yang betul dan yang lebih bahaya lagi jika menganggap hanya akulah orang yang lebih alim.Rasulallah S.A.W bersabda “IL KIBRU BATHARUL HAQQI WAGHAM THUNNAASI (rawahul muslim) yang bermaksud “takabbur itu menolak kebenaran dan menghina hak hak manusia”.

Secara ringkasnya orang takabbur itu biasanya bolih mengakibatkan ia bersifat mudah melontarkan perkataan yang bolih menghina orang lain , menganggap dirinya lebih hebat, lebih tinggi darjah kebesarannya,lebih itu dan lebih ini sehingga dia lupa yang maha lebih segala galanya ialah Allah S.W.T ,(jadilah ia berperangai seperti Fir”aun), tanda tanda orang yang mempunyai sifat ini selalunya bersifat lekas marah,mudah berdengki apabila ada orang lain dapat menandinginya lalu dicari jalan untuk menjalankan jarum fitnahnya kepada orang yang tidak disukainya itu, dari ketiga tiga sifat itu ianya juga bolih ditakrifkan kepada mereka mereka yang ada ciri ciri takabbur atau riak dalam diri.


Lawan kepada untuk menghindarkan diri daripada sifat riak tadi ialah dengan berniat baik dan bertindak iklas dalam perbuatan,firman Allah S.W.T yang bermaksud “mereka tiadalah diperintah melainkan supaya beribadat kapada Allah dengan penuh ikhlas kerana agamanya”(Al-Anbaiyinat:5) manakala Rasulallah SWT mengingatkan supaya memulakan setiap perbuatan itu dengan niat yang ikhlas sebagaimana sabdanya yang bermaksud “sesungguhnya sebaik amalan itu perlu disertakan dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu akan diberi balasan mengikut niatnya”.

Berbalik kepada anggapan orang yang membawa mulut sebegitu sebegini dengan kehadhiran kita menunaikan solat sunat terawikh maka adalah disarankan abaikan saja malah jadikan satu dugaan untuk kita meneruskan tekad dengan menjadikan kehadhiran kita kemasjid satu amalan kebiasaan kita pada setiap tahun dan jika sekiranya dapat datang sepanjang tahun itu terlagilah baiknya kerana selangkah kemasjid untuk bersolat berjemaah akan digandakan dengan 70 kaliganda pahala kebaikan.Manakala dosa orang mengata fitnah itu akan dibalas balik dengan pahala pula kepada kita.Yang lebih penting jika beramal itu walaupun sedikit tetapi ada keiklasannya akan lebih baik berbanding dengan orang mereka yang mengata tadi.Firman Allah S.W.T lagi “illallahi” dinnu iqholisin”(ingatlah agama suci itu bagi orang yang iklas pada Allah)-Al-Zamar:3, disamping itu rasulallah saw juga ada bersabda “Aqlish dinnika yujrikaal amalul kolil” yang bermaksud “ikhlaslah dengan agamamu nescaya memadai walaupun ianya sedikit”(kita lihat orang yang menderma biarlah dalam jumlah yang sedikit semampunya jika ada keiklasan dihatinya)

Akhirnya satu amaran daripada rasullah saw dengan sabdanya “La yakbalullah minal akmali illa makana minha kholisanlahu ,wabtuqiyiaan bihi wajhuhu”yang bermaksud “Tidak diterima sesuatu amalan melainkan dikerjakan penuh iklas kerana Allah semata mata”.

Kesimpulannya marilah sama sama kita lakukan semua kerja samada untuk diniawi atau ukrowi dengan penuh keiklasan kerana takut akan azabnya dan juga kerana inginkan balasan yang baik sebagaimana yang dijanjikan dalam firman Allah SWT “wa man arodal aakhirota wasaa laha sakyaha wahuwa mukminum,paula ika kaana sagyuhum maskuura”-al-israk :19 yang bermaksud “sesiapa yang inginkan akhirat dan berusaha kearah itu lalu jadi ia seorang yang beriman maka usaha mereka itu akan diberi dengan balasan yang baik”.(inilah yang dikatakan berwawasan akhirat).

Sekianlah sahaja .Yang baik itu jadikan tauladan yang buruk itu jadikan sempadan kerana yang baik itu hanya ada pada Allah swt. Wallah huaklam….!!

Poksu-Sering juga mendengar intipati tazkirah olih alfadhil Ust. Ismail bin Othman disetiap kali poksu hadhir solat terawikh dimasjid,beliau juga memegang perjawatan sebagai Tim.YDP Pas Kaw.Hulu Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan