arkib

Ahad, 14 September 2008

Bicara Agama/Tazkirah Ramadan (2)


Jika hendak dirujuk kepada banyak banyak buku ataupun kitab nanti kita merasa tak mampu dan naik mabuk dengan maklumat yang kadangkala kosong daripada ilmu yang bolih memberi menafaat pun,apatah lagi dizaman sebah canggih dengan kemudahan dunia IT hari ini kita seolah olah mudah rabung mata untuk membezakan yang mana satu betul dan yang mana satu bolih menyesatkan kita.

Olih yang demikian seorang pengarang risalah “kitabul Tauhid” yang bernama Allah yarham tuan Haji Abd Ghoni yang dipercayai seorang guru agama yang berasal dari Cetok P.Mas dengan penuh tawadukmerendah diri mengatakan karyanya tidaklah yang terlebih molek kerana dengan ketidak maksumnya sifat beliau,sayugia dengan itu beliau menadah tangan menerima sebarang apa jua teguran atas kekhilafan yang ada dalam karangannya dan berjanji serta bersedia mengubah atau menarik balik kata katanya itu dengan harapan kerja ikhlasnya adalah semata mata untuk memberi memberi sedikit ilmu kepada anak bangsanya (petikan kata katanya dari risalah tersebut yang bertarikh pada 18 Safar 1372 bersamaan 6 Nov 1952).

Daripada syarah dan matan dari risalah kitab tersebut sekali lagi poksu akan susun daripada masa kesemasa sekadar yang terupaya disampain untuk menambah, mencantumkan apa yang difikirkan perlu bagi tujuan meminda ayat ayat yang banyak mengunakan bahasa sunkrit lama melayu,namun apa diharapkan tujuan asalnay tidak lari dan tidak bukan hanya untuk beriktikad dan beragidah sebagaimana yang diunjurkan olih Allah S.W.T.

Nisbah ilmu in berbanding dengan ilmu lain adalah yang paling utama sekali yang terbangsa kepada pengamal ajaran islam itu sendiri,adaun kandungannya mengandungi pengtahuan darihal membahaskan ketetapan perjuangan,kepercayaan kepada tuhan (Allah SWT) dan kepercayaan kepada rasul rasul nya berserta dengan dalil dalilnya sekali supaya berolih keyakinan medaha mudahan membangkitkan semangat dan membakar keinginan untuk bekerja dan beramal sebagaimanan menurut titah perintah Allah SWT.

Tempat maududnya (bacaannya)kepada 4 tempat:-

Yang pertama-menghuraikan pada zat Allah darisegi sifat yang wajib,sifat yang mustahil, dan juga sifat yang harus padanya.
Yang kedua-Pada rasul juga ada zat dan sifat yang wajib,harus dan mustahil yang wajib kita beriman dengannya.
Yang ketiga-Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim iaitu dalil kewujudan penciptanya.
Yang keempat-Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada pengkhabaran rasul Allah seperti hal hal syurga,neraka dan hari khiamat.

Sekian dahulu buat kali ini,jika dipanjangkan umur akan disambungkankan lagi pada siri siri yang akan datang dengan tajuk apa faedah dan menafaatnya ilmu ini (tauhid). Insaallah,wassalam.

Poksu-jika dizaman Rasulallah S.A.W pergi berjihad berperang Badar pada pertengahan bulan Ramadhan,jadi poksu juga terpaksa berjihad ekonomi (berniaga) dipenghujung ramadhan untuk menjana ekoinomi ummah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan