arkib

Ahad, 7 September 2008

Siapa bolih lompat dan junjung....??


Salam bahagia,

“Dagang pak malau dagang bertempat,dagang hamba musaffir lalu”,itulah bunyi dialog dalam sebuah filem melayu. Budaya kedaerahan,kenegerian dan semangat keNegaraan memang telah ujud sejak sekelian lama dalam kehidupan sesama orang melayu itu sendiri,kerana itu tidak hairanlah jika berlaku isu tumpang menumpang sebagaimana berlaku diPermatang Pauh baru baru ini.

Hakikat ini sememangnya tidak bolih dinafikan,cuba kita perhatikan dalam pemilihan pemimpin dikalangan tokoh politik sekalipun,kreateria utama ialah faktor “orang luar” dengan “anak tempatan” masih diambil kira,jika dilihat disegi “adventage”(kelebihannya) ,anak tempatan sudah ada 30% undian yang bolih diraih,ini kerana anak tempatan mempunyai “back ground”(latar belakang) yang telah bolih dikenali sejak kecil ditambah pula saudara mara terdekat yang ramai yang sudah pasti berpehak kepadanya,ini berlainan dengan kedudukan calon yang berasal “orang luar”dikatakan perlu berkerja keras bagi menyakinkan pengundi agar dapat bersaing untuk mengugat kedudukan calon “anak tempatan”.Tambahan pula “orang luar” sering didakyah sebagai “orang menumpang”.Title inilah yang disalah sangka menyebabkan orang luar dilebel dengan berbagai bagai perspeksi,diantaranya kunun kunun kurang mesra rakyat,dengan sendirinya bolih menjarakkan jurang pergaulan secara lebih dekat, Sebagai contoh mudah,ini jelas terbukti dalam keputusan pilihanraya ke12,dimana calon dari “anak tempatan” bolih menang selesa diParlimen Bandar Kuala Terengganu walaupun jumlah angka majoritinya ditambah dengan undi pos,(kedudukan calon ini untuk pru13sudah tentu agak tergugat).

Walau bagaimana pun,senario ini mungkin berbeza mengikut negeri,contohnya Kelantan,ramai dikalangan calon “orang luar”mendapat tempat dan bolih diterima olih pengundi dikalangan penduduk tempatan disitu.Ini disebabkan orang Kelantan lebih melihat kepada apa yang akan dibawa olih calon atau setidak tidaknya agenda “membangun bersama islamnya”lebih memikat hati,ini berlainan sekali dengan agenda ingin “memartabatkan bangsa” dikatakan lebih kepada retorik.Apa tidaknya jika diNegeri Terengganu ini,walaupun sesama Warga Negara,sama sama sebangsa tetapi jika berbeza kod nombor my kad (03) terus dianggap pendatang atau menumpang.,lalu akan dipinggir atau disisihkan dari mendapatkan hak untuk memohon walaupun sebidang tanah pertanian sekalipun,ini adalah batasan atau sekatan yang telah menjadi dasar kerajaan Terengganu pada hari ini. dahsyat sungguh….!,sedangkan dasar ini tidak pernah berlaku dan tidak pernah dibuat sebelum ini.

Sebelum itu saya hendak mengajak para pembaca melihat sejarah kedatangan orang Negeri Kelantan ke Negeri Terengganu (khususnya melibatkan dikawasan kampung tempat tinggal saya hari ini),kebanyakkan daripada mereka datang berhijrah ke Terengganu ini bermula sejak sebelum negara merdeka ,kedatangan mereka berperingkat peringakat bersama sama sahabat sahabat dan juga isteri masing masing kira kira diawal tahun 1950an,sebagai contoh arwah ayahda poksu sendiri datang berdagang sambil membuka tanah penempatan penduduk disamping itu sempat juga mendirikan masjid dengan pakatan bersama sama sahabat sahabatnya walaupun terpaksa bersusah payah membina asasnya dengan kayu bulat balak hutan.Alhamdulillah masjid itu masih kekal hingga kehari ini walaupun struktur kerangkanya sudah banyak berubah tetapi masih lagi tidak seindah masjid kristal diPulau Wan Man.Dalam pada itu juga ayahda dan bonda poksu juga terkenal sebagai guru Al-Qur”an,memberi khidmat mengajar ilmu agama ini kepada anak muda/i tempatan diwaktu itu,sejarah ini semua telah diceritakan olih seorang sahabat ayahda poksu yang juga merupakan saudara terdekat dan sama sama merantau kesini,kehebatannya,beliau ini masih ada dan masih kuat serta gagah lagi untuk datang berulang alik kemasjid walaupun umurnya sudah lebih 100 tahun.

Mungkin olih kerana orang muda genarasi kedua (anak tempatan) hari ini kurang mengetahui sejarah itu,maka mereka dengan mudah melebelkan anak generasi kedua sebagai menumpang,sedangkan tanpa rovolusi yang dibawa olih pedagang ini kemungkinan proses kesedaran untuk mengimarahkan Masjid dan memartabatkan bacaan ayat ayat suci ini menjadi lembab,ataupun setidak tidaknya pendatang dari negeri Kelantan ini tidak secara langsung banyak menyumbangkan kearah memberi menafaat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada masyarakat asal/setempat.

Jadi amat malanglah jika perbezaan kod nombor dalam my kad dianggap sebagai menumpang, kerana kebiasaannya perantau akan balik kekampung asal ibundanya untuk melahirkan anak kerana dikatakan lebih selesa.Isu ini bolih ditafsirkan sensitif sebagaimana sensitifnya rakan rakan dari kaum cina/tionghwa,sedangkan hakikatnya masing masing saling tumpang menumpang kesusahan dan kesenangan diantara satu sama lain,memang benar nenek moyang mereka dahulu menumpang dan pendatang,akan tetapi generasi kedua mereka sudah menjadikan Malaysia ini tanah tumpah darah (tempat lahir) mereka juga. Poksu kira mereka juga sanggup berjuang untuk mengangkat senjata untuk mempertahan Negara ini jika terdesak dan diperlukan.Tidak betulkah begitu…..??

Cuma satu timbul persoalan dihati,tidak ada sesiapakah yang sensitif melihat tulisan jawi semakin pupus walhal inilah identiti dan produk orang melayu sebagaimana sensitifnya orang cina untuk memperjuangkan tulisan bahasa ibunda mereka?.

Poksu-Dimana langgit dijunjung disitu bumi dipijak………..!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan