arkib

Selasa, 23 September 2008

Wahai JKKK....apakah fungsimu ??


Sejak terbitnya sebuah akbar tabloid yang banyak mendedahkan hal ehwal aktiviti masyarakat kampong didapati banyak perkara yang bilih diambil perhatian daripada rencah rencah berita yang disiarkan olih akbar tersebut (bukan nak promote).Dalam banyak banyak perkara yang disiarkan ada yang positif dan ada yang nagatif,dengan kata lain ada pro dan kont khususnya kepada kerajaan negeri hari ini.


Poksu cuba untuk mengutip dan membuat sedikit analisa berkait dengan artikel yang mengesahkan setiap program dan gerakkerja diperingkat JKKK.Poksu cuba mengredkan dan mengorditkan markah mengikut pengamatan sendiri setelah mengambil kira beberapa pendapat dari sahabat sahabat harian yang poksu temui.


Hari ini (23 sept 2008) akbar tersebut melapurkan MB mengalu alukan pehak BPR membuat siasatan jika terdapat penyelewengan agihan dana khas Aidilfitri terhadap JKKK yang cuba pilih kasih untuk meluluskan pemberian bantuan tersebut sebagai contoh ada desas desus yang mengatakan ada pehak cuba memalsukan jumlah pendapatan dan tanggungan isi rumah sebagaimana syarat yang ditetapkan pendapatan yang layak terima tidak melebihi rm 1,500.


Disamping itu ada juga keluhan yang didengari terdapat segelintir dari JKKK ini mengambil kesempatan mengunakan sedikit kuasa yang ada dengan tidak mahu bertindak iklas dan adil malah bersikap bagaikan seorang "raja" yang hanya mahu menunggu kedatangan "sembah" dari orang kampung untuk mengadu hal,kemudian sikap ini pula diterbalikkan konon kononya orang kampung bersikap ego dengan tidak mahu melayan atau menghadhirkan diri dalam setiap program yang dianjurkan olih JKKK.


Sebenarnya orang kampung hari ini sudah bolih menilai setiap program anjuran JKKK kebanyakannya lebih menjurus kepada kerja ingin berkempen untuk jangka hayat perjuangan kepartian,olih itu mereka sudah mulai muak jika setiap perkara hendak dikaitkan dengan politik,sedangkan mereka juga sudah tahu JKKK adalan satu badan dibawah pentadbiran kerajaan manakala politik pula bersifat kepartian,jadi mereka bertanya apa untungnya jika seorang yang berlainan fahaman hadhir kedalam majlis seumpama itu jika setiap tutur bicara JKKK sering berbau politik kepartian ? malah tak kurang juga ada yang menyindir dan memperli malah tak kurang ada yang ditempelak bagaikan seorang peminta sedekah,walhal mereka dikenali tidak meminta minta melainkan apa yang diberi maka itulah juga hak mereka.Tahukah kita mereka juga ada perasaan?


Penduduk kampung juga sudah mulai sedar hak mereka sebagai seorang pembayar cukai dimana keuntungannya mestilah dikembalikan semula walaupun dengan kadar yang sedikit.Begitu juga hari ini semua orang tahu jika seorang penduduk kampung itu merupakan seorang peniaga,lesen niaganya itulah yang dikatakan cukai,jika rumahnya pula berada dalam kawasan majlis perbandaran maka cukai pintu yang dibayar kepada PBT itulah juga sebagai cukai,jika seseorang itu juga mempunyai eset lain seperti tanah dan sebagai maka cukai tanah itulah yang dikatakan cukai ( hanya sekadar menunjukan beberapa cukai yang terpaksa dibayar dan ditanggung olih mereka) Jadi dimana rasionalnya jika ada yang layak tiba tiba disisihkan disebabkan beberapa faktor,masa hendak "meminta" dari orang ramai digunakan beberapa akta dan undang undang akan tetapi bila tiba masa hendak "memberi" undang undang sudah ditolak ketepi,adilkah begitu? kata mereka !


Faktor yang jelas sekali ialah soal pilih kasih mengikut ketegori fahaman politik,jika berbeza ediologi pasti akan ditapis ketepi,sikap segini bolih mengundang maki hamun dan rasa tidak puas, amalan ini jelas apabila paksu terbaca banyak aduan yang dibuat melalui akbar yang poksu sebutkan diatas tadi,sebagai menyebut antara 2 contoh yang mengakibatkan satu keluarga Raja Ahmad yang terpaksa tinggal dirumah usang ditanah lot Kubu di DUN Pengkalan Berangan(SH 16 Sept 08) contoh kedua Satu keluarga dari Kg Bujal,Payoh,Kemaman juga masih tinggal dalam keadaan tanpa bekalan asas air letrik dan air bersih.


Alasan yang diberi teramat mudah iaitu dengan menyalahkan keluarga tersebut tidak datang berjumpa dengan JKKK,jadi apakah dengan sikap alpa dan berlagak ego menunggu orang datang "menyembah"ini bolih menguntungkan pentadbiran kerajaan negeri yang mana dimasa yang sama melaung laungkan dasarnya untuk tidak mengabaikan dan membela kebajikan rakyat tanpa ada sebarang prajudis sebagaimana kenyataan yang dibuat olih MB ketika melawat mangsa ribut kampung Banggol,Mengkaban,Telipot,KT (dipetik dari akbar sinar harian).Apakah saranan tersebut direalisasikan olih JKKK atau hanya sekadar retorika semata mata?.


Kita sering bercakap tentang beretika,contohnya jika seorang wartawan mestilah menjaga tulisannya supaya bolih menimbulkan keharmonian kepada umum,jika seorang doktor mestilah tiada sifat pilih kasih sama ada pesakit beliau merupakan sahabat atau musuhnya,jika seorang peguam mestilah tulus untuk menunaikan kewajibannya sebagai pengamal undang undang agar tindak tanduknya tidak bolih merosakkan sistem keadilan.Jadi amatlah malang jika hala tuju JKKK ini tidak jelas bagi memperkasakan pencapaian hidup selesa khususnya untuk warga luar bandar dan begitu juga untuk mengurangkan bebanan hidup kepada mereka yang tinggal dikawasan bandar atau pun pekan.


Kita juga nak bertanya apakah tidak ada skot pemantau JKKK ini untuk sekali sekala turun padang menjenggok mana mana pendudk kampung yang tercicir dari arus pembangunan?Apakah JKKK hanya mementingkan diri sendiri,kroni dan kaum kerabat sahaja sehingga lupa bahawa mereka adalah pemimpin yang menjalankan agenda kerajaan bukannya parti?Apakah mereka lupa tugas JKKK adalah satu amanah dari Allah jua (jika mereka mengatahui)?Apakah ular menyusur akar itu membawa kepada hilang bisanya?


Kesimpulannya,tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan JKKK masih lagi lemah dari segi pencapaian pengurusannya,itulah hakikat itulah realiti dan itulah jumlah ordit yang bolih ditapsirkan,jadi selamat melakukan perubahan dalam pentadbiran anda wahai JKKK...!!


poksu-Takut nak tambah Mok Su no.2 kerana bimbang tidak dapat berlaku adil....nanti dikatakan pilih kasih...he..he...he....jangan mare !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan