arkib

Isnin, 1 September 2008

Kesian...baru sehari puasa sudah demam!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur setahun lagi dan diberi peluang kepada kita untuk menginsafi diri bahawa segala galanya yang ada didunia ini adalah pinjaman sementara dari Allah SWT semata mata.Untuk mendapatkan yang kekal dan mutlak kita disuruh dan dituntut berwawasan kearah persiapan menuju keakhirat,menu utama sebagai seorang muslim ialah ketaqwaan,mesti berakhlak mulia,berfikiran optimis bahawa wajib dibuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang,untuk mencapai keredhoaannya bukan sesuatu perkara yang mudah,ibarat mencari sesuatu barangan yang telah hilang maka memerlukan kesungguhan untuk memperolihinya kembali.

Masa terbaik untuk pencarian tersebut adalah dibulan ramadhan,kerana bulan ini kita diberitahu bahawa iblis dan syaitan telah dibelenggu dan dirantaikan kakinya,jika dibulan bulan bulan lain iblis dikatakan berjaya mengoda kita untuk lebih mengikut hawa nafsu mazmumah hubbudunnia (cintakan dunia),olih itu dibulan ini nafsu kita telah disekat untuk tidak melakukannya tanpa batas dengan syarat kita hanya memerlukan sedikit azam untuk berubah.Berserta niat yang iklas untuk melakukan perubahan kerana Allah S.W.T dengan melaksanakan suruhannya agar berpuasa sebulan dibulan ramadhan ini. Rasulallah S.A.W bersabda yang bermaksud “barang siapa berpuasa ramadhan disiang hari dan berjaga malam untuk beramal dengan penuh keikhlasan nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu”.Rasulallah s.a.w juga telah mengaturkan program dengan menyarankan supaya menunaikan sembahyang sunat Terawikh dimalam hari dengan tujuan untuk merapatkan hubungan terus dengan Allah s.w.t sebagimana firmannya dalam surah Al-A”raf:201 yang bermaksud “sesungguhnya apabila sesaorang itu was was dengan ganguan syaitan,lalu dia menginggati Allah,maka pasti mereka akan mendapat melihat akan kesalahan mereka yang lalu”.

Untuk terus komitmen melakukan ibadat,umat islam diseru mengamalkan amalan jihad nafsu,olih kerana jihad itu luas uslubnya ini bererti jihad itu tidak semestinya kemedan perang semata mata,keperluan jihad itu termasuklah melakukan amalan yang difardhukan seperti berpuasa dibulan Ramadhan ini.Disana ada Firman Allah yang bermaksud “Wahai orang orang yang beriman,telah diwajibkan keatas kamu berpuasa disiang hari sebagai mana telah diwajibkan keatas umat yang terdahulu daripada kamu,mudah mudahan kamu bertaqwa” (Al-Baqorah:183).

Selain daripada aktiviti sembahyang terawikh dimalam hari kita juga dituntut supaya bertaddarus ya’ani dengan membaca ayat ayat suci Al-Qur”an sekadar termampu sehinggalah khatam diakhir bulan Ramadhan. Rasullah s.a.w sendiri pun bertaddarus dengan Malaikat Jibrail,disamping itu diingatkan kepada barang siapa yang tidak berupaya atau pun berpeluang untuk kemasjid ataupun surau maka dibolih untuk menunaikan solat terawikh ini sendirian atau bersama keluarga dirumah namun kita diingatkan supaya jangan direngan rengankan amalan sembahyang sunat terawikh ini kerana ganjaran pahalanya teramat besar iaitu sama dengan solat yang diwajibkan manakala sembahyang fardhu pula digandakan 70kali sembahyang fardhu dibulan bulan yang lain.

Dibulan Ramadhan ini juga kita digalakan supaya memperbanyakan membuat amalan bersedekah,ini bertujuan untuk merengankan beban yang ditanggung khususnya kepada fakir fakir miskin,perempuan perempuan janda dan juga anak anak yatim disamping wajib membayar zakat fitrah untuk diagih agih kan kepada gulugan 8 Asnah yang berhak menerima, ataupun dengan merengankan tulang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud “Barang siapa mengundang orang berpuasa untuk berbuka nescaya pahala baginya sama dengan mereka yang melakukan puasa tersebut”.

Juga kehebatan bulan Ramadhan ini diberi keistimewaan dengan satu malam Lailatul Khadar dalam tempoh masa sepuluh hari terakhir,olih yang demikian kepada sesiapa yang berjaya diketemukan dengan malam Lailatul khadar ini dianggap bertuah badan keran berolih kelebihan gandaan pahala amalan sama dengan seribu bulan yang lain, begitulah barokahnya Ramadhan ini!

Ketahuilah juga ,puasa itu mempunyai roh dan rupa,ada pun rupa puasa ialah menahan diri dari makan dan minun juga menahan nafsu shawat dari melakukan persetubuhan bermula tempoh terbit fajar sehinggalah matahari terbenam,manakala Roh puasa pula ialah menahan diri dari melakukan sebarang perkara yang dilarang dengan disertakan melakukan perkara yang diwajib atau difardhukan.Jika tiada diperlakukan semua itu maka rugilah kita sebagaimana sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud “betapa banyak orang berpuasa,tiada mendapat sesuatu daripada puasanya kecuali selain daripada lapar dan dahaga”,sekian saja tazkirah untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang ingin mengambil pengajaran daripadanya.Wallahuaklam.

Poksu-sering ingat sabda nabi “permulaannya bulan ramadhan itu “rahmat”, pertengahannya “pengampunan”dan diakhirnya MERDEKA dari azab api neraka”. Insaallah, mudah mudahan puasa kita diterima, amimm….!(anak bongsu poksu yg berumur 7 tahun terus demam tak bolih kesekolah hari ini setelah sehari berpuasa kelmarin...hu...hu..hu...kesian!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan