arkib

Rabu, 3 September 2008

Sambut ramadhan dan bajet 2009 sekali...!




Semasa didalam perkhidmatan kerajaan dahulu perkara penting yang ditunggu dalam pembentangan bajet ialah pemberian bonus dihujung tahun,akan tetapi setelah bersara perkara yang sama tetap juga ditunggu tunggu,kali pertama dan terakhir bonus turut diberi kepada pesara ialah pada tahun 2006 yang lalu,walaupun dengan kadar yang tidak seberapa tetapi sekurang kurangnya dapatlah juga untuk belanja beli gula gula untuk anak anak.

Bagi mereka yang masih berkhidmat sudah tentulah merasa lega dengan pengumunan bonus rm1.000 ringgit yang akan diberi kepada kakitangan kerajaan.Namun tiada kesan langsung kepada pesara seperti poksu ini walaupun kadar kenaikan pencen kepada pesara yang telah berkhidmat sekurang kurangnya 25 tahun dalam kerajaan telah diumumkan dalam bajet kali ini,memandangkan rata rata pesara dikalangan tentera pangkat rendah kebanyakannya tempoh perkhidmatan mereka sekitar 22 tahun sahaja.Ini bererti poksu dan ramai lagi dikalangan sahabat sahabat seperjuangan tidak termasuk didalam ketegori dalam bajet 2009 itu.Apabila sesebuah isi rumah itu agak ramai bilangannya,sudah tentulah beban tanggungan tinggi ,tambahan pula masa hampir hampir dekat dengan persiapan hendak membuat persiapan menyambut hari raya kemudian 3 bulan selepas itu akan menempuh pula persiapan sessi persekolahan baru,cuba bayangkan jika bonus tiada dan pencen pun tidak terlibat? (senang cerita macam poksu lah….!!)

Selaku peniaga kedai makan,pengecualian duti import bihun ada sedikit kekeliruan kerana setahu poksu bahan ini kesemuanya adalah buatan dalam negera kecualilah jus buah buahan seperti laici dan jagung manis dalam tin (jika dahulu 3tin rm4 sekarang ini 3tin rm6).Barangan pengguna eletrik seperti pengisar,periuk nasi dan cerek letrik dikurangkan cukai duti import dilihat tidaklah seberapa walaupun barangan asas ini perlu kerana barangan ini hanya dibeli dalam sekali atau dua kali dalam tempoh 3-4 tahun sebab ianya bergantung kepada susut nilai dan kualiti sesuatu jenama barangan tersebut.

Sementara itu ada juga yang berkata bajet kali ini tidaklah menyeluruh kerana banyak lagi perkara yang tidak disentuh terutamanya bab pendidikan (kecuali sedikit insentif untuk murid OKU dan guru pendidikan khas bagaimana dengan guru JQAF/keagamaan?) , manakala dalam sektor pelancungan pula bagaimana?,Sebagai peniaga ataupun usahawan ,”daya tarikan utama orang luar datang ialah ingin melihat apa yang ada dalam sektor pelancungan,aliran wang akan mengalir masuk melalui pelancung pelancung ini terus kepada peniaga atau sedikit sebanyak tempias akan dapat diperolihi,jadi apakah pelan perangcangan untuk menarik perhatian pelancung dalam bajet kali ini?” Tanya kawan poksu.

Jika dalam tempoh 3-4 tahun terdahulu,poksu sebagai majikan perniagaan sering menghulurkan bonus hari raya kepada pekerja pekerja akan tetapi pada tahun ini pendapatan perniagaan agak meleset disebabkan kos selenggaraan dan barangan stok naik mendadak jadi sebagai tidak menghampakan pekerja terpaksalah poksu memberi dengan kadar yang ciput, kata orang secara ala kadar sahaja.

Berbalik kepada bajet tadi,kita difahamkan 1,300 hektar tanah terbiar telah dikenal pasti akan dibangunkan/dimajukan dengan insentif rm1billion,ini sudah pasti dengan alasan yang diberi untuk mengatasi krisis kekurangan bekalan makanan seperti mana pernah berlaku sebelum ini,jika benar demikian maka kita alu alukan,akan tetapi persoalannya adakah insentif ini nanti akan sampai terus ketangan sasaran atau tidakkah nanti akan ada tercicir dimana mana sebagaimana pernah berlaku, olih itu sebabnya kita ragui ketulusannya.Diperhatikan jika dinegeri Terengganu ini tersangat tebal dan kuat sentiment kepartian,sebab itu mereka yang berlatar belakang berlainan idealogi politik agak sukar mendapat kelulusan atau bantuan,jika dapat pun mungkin sisa sisa setelah agihan dibuat berkisar dikalangan kelumpuk itu dibuat terlebih dahulu.Ini bereti pengaruh politik adalah mainan utama.Sebagai contoh hendak mohon terekah pembahagian tanah pusaka pun dilengah lengahkan seoalah ada kerenah biroraksi atau diskriminasi,jika beginilah keadaannya yang berlaku bagaimana hasrat untuk memajukan tanah terbiar seperti yang diwar war dalam bajet tersebut tercapai dan bagaimana pula langkah untuk membasmi kemiskinan seterusnya bolih berjaya?

Dengan ini,pada pandangan poksu,rakyat harus diberi insentif sebagai pemberi galakan untuk membebaskan diri sendiri dan keluarga dari belenggu kedaifan tegar manakala mana mana pehak yang telah diberi mandat olih rakyat untuk berkuasa seharusnyalah tulus iklas ingin membantu tanpa fanatik kepada fahaman atau latar belakang politik semata mata.

Secara kesimpulannya bajet kali ini adalah dilihat bersederhana dan fokusnya ialah “bersimpati kepada yang berhak”.

Poksu-“Berilah Hak kepada golongan yang kurang berkemampuan/miskin dan kepada pejuang pejuang kearah fisabil lillah” (Arrum:38)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan