arkib

Ahad, 1 Julai 2012

Diari harianku...

Salam hormat!
Sebenarnya sejak dari zaman belajar (muda muda) lagi saya sudah biasa mendiarikan aktiviti segala kerja kelakuan yang dibuat pada setiap hari,untuk itu sudah pastilah setiap awal tahun saya tidak ketinggalan untuk membeli dan memiliki buku diari tersebut, akan tetapi sejak akhir akhir ini diari nampak seperti sudah tidak berperanan lagi, sebab apa eek? Saya merasakan kemungkinannya disebabkan olih kerana telah munculnya diari bentuk baru,contohnya dengan teknologi hari ini handfon pun telah bolih disimpan dengan pelbagai maklumat apatah lagi dengan komputer,laptop dan sebagainya,jadi apabila jika ada acara yang perlu dihadiri bolih saja disetkan tarikhnya untuk mengingatkan kita apabila tiba masanya, maknanya sudah seperti "setiausaha peribadi" yang tolong memaklumkan. Maka kerana itulah juga agaknya generasi hari ini iaitu genarasi Y sudah tidak tahu apa itu buku diari dan kepentingannya.

Jika dulu dulu buku diari ini amat penting dan besar fungsinya sehinggakan jika berlaku sebarang kes kematian yang mencurigakan disebabkan olih perbuatan jenayah dan sebagainya maka diari inilah yang akan dirujuk,begitulah peri pentingnya diari ini sehingga sebarang maklumat peribadi yang tersembunyi akan dicatat olih pemiliknya malah jika ada sesiapa yang tidak berkenaan yang membaca akan dikira bersalah sehingga bolih didakwa,sebabnya ia adalah rahsia (rekod) hak asasi bagi seseorang.

Namun bagi pehak berkuasa yang bertujuan untuk siasatan sahaja yang akan dibenarkan dengan syarat syarat tertentu, begitulah hebat dan berpengaruhnya diari. Persoalannya sejauh mana kebenaran apa yang ditulis didalam diari tersebut benar belaka? harap harap tidak jadi seperti berita akbar sudahlah, sebab apa? puncanya adalah kerana terdapat dari apa yang terpapar didada akbar (tidak semua) itu bolih diklasipikasikan sebagai benar semuanya,ada kalanya sengaja direka reka....jadi pandai pandailah kita menapis dan menilaikan setiap berita itu!

Dari perhatian saya dengan perkembangan kemajuan teknologi hari ini ada dikalangan penulis telah menulis perihal peribadi kedalam media sosial mahupun blog,ini pun pada pendapat saya media baru bolih dianggap satu diari alaf baru cumanya agak terbatas,almaklum tidak semua perihal berkaitan diri sendiri itu mahu ditatap secara terbuka olih orang ramai,jesteru itu jika ianya berkelas rahsia besar adalah terbih baik disimpan sahaja kedalam diari yang bertulis tangan, dengan cara itu akan lebih selamat,mana tahu dek kerana rambut sama hitam hati lain lain nanti ada pulak yang akan mengambil kesempatan untuk membuat onar terhadap kita.


Walau bagaimana pun adalah tidaklah sampai semua perkara tidak bolih dikongsi tahu dengan orang lain, manalah tahu dengan hebahan kita secara terbuka akan ada terselit kebaikan disebaliknya.Contonya 2 hari lepas (jumaat) saya telah berkesempatan melawat anak buah yang sakit diHospital,sebelum itu saya juga telah berkesempatan menziarahi seorang rakan sekampung yang bernama Wahid Gosdor (nama gelaran) beliau telah dimasuk keWad disebabkan implikasi Jantung,katanya tidak bolih terkejut,olih itu dengan hebahan ini diharap kepada sesiapa yang mengenali dan ingin menziarahinya bolihlah datang ketinggat 7 Hospital Sultanah....Kuala Terengganu.Bilik yang ditempatkan beliau itu amat ketat kawalannya dan tidak dibenarkan masuk secara beramai ramai tetapi bolih masuk seorang dua sahaja secara bergilir gilir,kelihatannya beliau masih lagi nampak sihat dan tidaklah serius mana, sebab itu diakhir perbualan saya dengannya beliau sempat berkirim salam kepada kawan kawan yang lain dikampung. Harap harap beliau cepat semboh...amim.Malangnya saya tidak tergerak hati untuk mengambil gambar,maklumlah nak jaga takut takut dia jadi terkojut....keh...keh..keh...


Selepas daripada itu saya beredar untuk melihat anak buah pula yang berada ditingkat lima,puas juga saya melilau mencari lalu meminta bantuan dengan nerse menanyakan nama,maklumlah dah hampir 30tahun lebih tak jumpa jadi semuanya sudah berubah, dulunya masih bersekolah sekarang dia sudah berkeluarga,beliau yang saya maksudkan adalah anak Abe Puzi (sepupu) kemuning Machang tetapi telah berkerja sebagai guru sekolah dan menetap disini (Kemaman), sembang punya sembang berselang 2 katil terpandang olih saya terdapat satu lagi keluarga yang juga merupakan anak buah (sepupu juga), hendak dijadikan cerita maka berkenalan mereka berdua ini  yang hanya baru dikenal bersaudara pada hari itu,sebelum ini tak kenal pun... Saya merasakan jika tidak ada orang lebih tua yang sering berpergi mari menziarahi sanak saudara maka sampai bila bila tali persaudaraan keluarga sendiri tidak akan mengenal antara satu sama lain,Kalu bertepuh bahu bergojoh kekoh pun jadi tak kesah sebab dianggap orang luar bukan anak beranak,jika ado semangat sero worih terdekat tu jadi lain sikit,itulah kelebihannya....Jadi pada hari itu bertautlah kembali jalinan kemesraan dua persaudaraan tersebut disebabkan kehadiran saya secara kebetulan dan spontan itu, alhamdulillah....


Tok ayah su-berhasrat ingin mengadakan hari keluarga....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan