Salam hormat!
Semakin banyak membaca terasa semakin banyak perkara yang belum kita tahu begitu juga semakin banyak menulis akan jadi semakin banyak yang kita tidak tahu menjadi tahu,sebab apa? ini adalah kerana jika sekiranya setiap apa yang mahu ditulis itu memerlukan rujukan dari bahan bahan buku tertentu terlebih dahulu atau pun jika kita rajin mendengar kuliah kuliah ilmu sedikit sebanyak bolih dijadi bahan alternatif yang bolih diceduk untuk penulisan maka dengan sendirinya pengtahuan kita akan menjadi lebih bertambah.Jesteru itu tulisan saya kali ini terdapat sebahagiannya saya kutip dari apa yang disampaikan olih seorang guru agama iaitu Ust Md Noor,beliau banyak mengupas dan memberi huraian dari kitab "Nasihat agama dan wasiat iman" didalam setiap kuliahnya dimasjid dikampung ini selang dua minggu sekali pada setiap hari Jumaat malam Sabtu.
Terbukti Kesyumulan agama islam itu sehinggakan hendak berniaga pun ada diterangkan perkara perkara yang bolih dan tidak bolih dilakukan, yang mana halal dan yang mana haram.Didalam siri yang lepas telah saya tuliskan sedikit sebanyak cumanya sebagai tambahan saya mahu paparkan sedikit lagi. bersambung....

Pelbagai topik dihuraikan berkait isi kandungan kitab tersebut yang mana diantaranya perihal soal bermuamalat (berjual beli) Berdagang atau pun berniaga adalah sama ertinya cuma mungkin istilah berdagang itu banyak diguna pakai olih bahasa negara Indonesia,manakala orang melayu Malaysia banyak berbahasa dengan menyebut berniaga ataupun berjual beli,ada pun Muamalat itu dipinjam dari bahasa Arab,Namun jika dalam sesuatu keadaan berdagang membawa maksud menjelajah ataupun merantau kesesuatu tempat orang.Alamak...belajar berbahasalah pulak kita,tak apalah sebab itu hanyalah muqadimah sahaja.
Ini juga memberi erti bahawa penyebaran agama islam ini dipermudahkan dengan mengunakan pelbagai bahasa,setiap kerja buat diberi garis panduan untuk keseluruh pelusuk dunia yang ada umat manusia,jika tidak ada panduan agama sudah tentu kita tidak tahu hendak buat bagaimana bagi menyelesaikan sesuatu perkara, seandainya jika mengharapkan sekadar pemikiran manusia semata mata sudah tentu akalnya manusia itu terbatas untuk memikirkan kesemuanya. Kerana itu para nabi nabi sendiri pun dipandu olih wahyu wahyu dari Allah kemudian disampaikan kepada kaumnya sendiri sebelum disebarkan kepada kaum lain.
Namun demikian setelah ayat ayat Allah itu sampai kepada kita, marilah bertanya diri sendiri berapa keratkah kita mengambil berat dan menghayati dengan sepenuh hati ayat ayat suci tersebut? apatah lagi untuk dipatuhi buat panduan didalam kehidupan seharian. Walaupun begitu tugas para da'ie yakni pendakwah itu tidak bolih sekali kali terus berputus asa dalam menerangkan sesuatu perkara termasuklah perihal berjual beli ini.
Terbukti Kesyumulan agama islam itu sehinggakan hendak berniaga pun ada diterangkan perkara perkara yang bolih dan tidak bolih dilakukan, yang mana halal dan yang mana haram.Didalam siri yang lepas telah saya tuliskan sedikit sebanyak cumanya sebagai tambahan saya mahu paparkan sedikit lagi. bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan