Salam hormat!
Bila bercakap soal halal haram dari sudut agama islam berkait dengan makan minum ni sememangnya telah dijelas olih agama itu sendiri,ini telah disebut dalam surah Al-Baqoroh ayat 173 yang bermaksud "Sesungguhnya diharamkan keatas kamu (memakan) bangkai,darah,daging babi,dan yang disembelih bukan dengan nama tuhan.Barang siapa dalam keadaan terpaksa (darurah) dengan tidak sengaja mahu melanggar hukum maka tiadalah ia berdosa (memakan) sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan lagi maha penyayang".
Menurut kitab "Nasihat agama dan wasiat imam"maksud haram bahagian kedua berperihal pada Zat benda itu sendiri,jika benda itu kepunyaan orang lain maka tetap ianya tidak dihalalkan olih hukum untuk anda mengambil atau memilikinya melainkan dengan jalan yang sah olih syarak contohnya seperti melakukan jual beli nazar (niat) tanpa lafaz dibolihkan, sebaliknya jika sekiranya anda memiliki barang yang tidak jelas jual belinya maka jadilah barang itu haram bagi kamu.Disebut lagi jalan jalan haram banyak sekali tetapi yang halal itu terlalu banyak juga.Untuk mendapatkan yang halal caranya ialah tinggalkan perbuatan yang haram dapatlah yang halal.Jika sudah terlanjur itu tolong kembalikan kepada tuan atau warisnya yang berhak dan bertaubatlah "Wahai Che"Gu Pa Kemuning".Walaupun sejengkal tanah haram itu tetap haram.
Sekarang jelaslah sudah bahawa soal haram halal ini tidak terarah kepada pasal makan minum sahaja.Namun begitu fokur tulisan saya pada kali ini ialah perihal Perlesenan Logo HALAL yang akan diwajibkan bagi setiap premis makanan.Hal ini juga telah disebut didalam kitab tadi,menurut pengarangnya tedapat tugas tugas yang perlu dipatuhi dan dipelajari olih sesorang pedagang muslim antaranya wajib melengkapkan diri dengan ilmu Feqah kerana disana terdapat syarat syarat sah jualbeli menurut hukum dalam agama islam.Dipetik kata kata Saidina Omar Ibn Alkhatab r.a katanya "tidak bolih seorang mukmin/nah itu melakukan penjualan dipasar sebelum terlebih dahulu ia memenuhi syarak yg ditentukan (diwartakan) olih hukum (pehak pentadbir/umarak) .
Secara rengkasnya jualbeli yang diketegorikan haram selain dari riba diterangkan juga jenis jula beli secara pilih kasih,maksudnya orang yang dikenali (tempatan) dengan orang luar (pelancong) dibeza bezakan harga,orang tempatan mendapat murah manakala orang luar atau pelancong tadi dijual mahal pula.Jualan jenis ini tidak halal dan diharamkan.Namun jika mendapat persetujuan contohnya bagi pembeli tetap yang juga mahu memperdagangkan barangan belian tersebut maka disini perlu ada tolak ansur kerana tidak sama pelangan yang membeli hari hari dengan pembeli sekali sekala apatah lagi jika barangan yang hendak dibeli itu akan dipasarkan balik,.cuba bayangkan jika sampai ketangan orang ketiga atau keempat makanya sudah jadi berkali ganda harga itu akan dinaikan sebab masing masing inginkan keuntungan.
Berbalik kepada logo Halal tadi diharapkan penguatkuasaan peraturan tersebut bukanlah berniat mahu membebankan peniaga sebabnya untuk mendapatka status halalnya itu pun peniaga memerlukan ongkos dan bukanlah percuma,sebelum ini peniaga sudah mempuyai 2 ke 3 jenis bayaran lesen untuk membolihkan pengusaha kedai makanan itu memulakan perniagaan kemudian ditambah pula dengan satu lagi dengan logo HALAL.Kita tahu hasrat dan matlamatnya baik namun apa yang berlaku berdasarkan pengalaman terdapat dikalangan peniaga yang tidak mementingkan soal sembelihan contohnya jika dimusim perayaan permintaan untuk ayam begitu tinggi dan mendadak sehinggakan ada yang terlepas pandang terdapat dari ayam ayam tersebut disembelih cara cincai cincai nampak macam seolah olah dicucuk jarum ketengkuk sahaja .Jadi apakah dengan logo tersebut kelak akan ada yang merasa sudah memperolihi lesen besar dan kebal dek kerana ketiadaan pemantauan olih pehak yang berkaitan tadi.Untuk itu persoalannya adakah mampu pehak berkuasa memastikan permasallahan tersebut sedangkan kenaikkan harga barang pun tidak mampu dibendung.
Selain daripada itu alkisah dari datuk nenek saya menceritakan disemasa dia mahu menunaikan haji dahulu iaitu diera tahun 50an,katanya para bakal jemaah haji yang akan menaiki kapal laut diSingapura untuk keMekah, mereka ini terlebih dahulu berkampung dirumah rumah angkat diJohor untuk menumpang terlebih dahulu sehari dua sebab diwaktu itu tiada lagi Komplek haji seperti diKelana Jaya hari ini,jadi tidak hairanlah jika orang Johor juga sebenarnya lebih alim soal agama sebeb mereka banyak bergaul dengan bakal bakal haji pada waktu itu jadi saya tidak peliklah jika pada hari ini terdengar laungan HUDUD diJohor....
tok ayah su-perkara baik perlu disokong....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan