arkib

Ahad, 15 Julai 2012

Doa yang digeruni-PBTM




Salam hormat!

"saya pun bekas tok khodi jugok jadi kalu ado orang berdoa minta dibutakan mato supaya tak nampok hok lain masa nok mangkah melainkan nampok hok dia jah maka doa lagu ni saya tidak bersetujulah,kalau nok berdoa tu mintalah doa hak molek moleklah sikit,sebab perangai manusia ni ado 2 jenis,ada jahat dan jugak hok baik, ado syurga dan ado juga neraka, jadi mintalah doa supaya semua orang jadi baik"  begitulah petikan rengkas kata kata daripada Ybgh Tuan Haji Samsudin bin Sulong dari unit perhubungan dan komunikasi Negeri Terengganu selaku mewakili Menteri Besar diMajlis Persidangan Perwakilan Tahunan kali ke54 Persatuan Bekas Tentera M'sia Bahagian (negeri) Terengganu,selepas ucapan beliau menyampaikan replika cek rm 50.000 dan menyampaikan salam dari MB dan dari PM.

Ini maknanya "kuasa doa" memang digeruni sebab jika dimakbulkan doa tersebut untuk minta jadi jahat akan jadilah ia sebaliknya jika barang diminta baik akan jadilah baik juga.Doa juga bolih memberi kesan mustajab walaupun ada yang tidak menyedari ...Mungkin kerana doa jugalah maka pada majlis persidangan hari ini semua ahli perwakilan telah nampak kertas undi dan berjaya menjalankan tanggungjawab masing masing untuk mengundi bagi memilih pucuk pimpinan Bahagian untuk sessi 2012 sehingga ketarikh pemilihan seterusnya pada masa akan datang.Pemilihan pimpinan kali ini dianggap penting kerana ianya bolih dikaitkan dengan PRU ke 13,sesiapa yang terpilih akan berganding bahu dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri yang akan menag pada pru ke13 nanti.Jika tidak sebulu (sekata) akan jadi sukarlah sedikit,contohnya negeri Kelantan dan lain lain negeri yang dimenengi olih Pakatan Rakyat hari ini.Walau bagaimana pun apa yang difahamkan PBTM kelantan tidak mempunyai sebarang masaallah pun dengan pimpinan kerajaan disana. Jesteru itu jika ditakdirkan PRU ke13 PR memenangi kerajaan negeri Terengganu tidak semesti akan timbul masaallah besar walaupun pemilihan kali ini masih lagi dimenangi olih seorang pimpinan yang menjadi pendokong kuat BN,kemenangan ini saya anggap adalah kerana adanya sentimen semangat kepartian BN dari orang orang lama yang ada dalam persatuan.Sebab apa saya kata begitu?

Bersambung...

saya kata begitu berdasarkan sejarah lampau dipermulaan sehingga kini PBTM ini pada asalnya telah didominasikan olih kalangan ahli ahli yang menjadi penyokong kuat parti umno,cuma sejak akhir akhir ini terdapat serpihana serpihan yang mengelarkan diri mereka dari Team BMW (Bersama Membina Wawasan) dimana idealogi politik mereka lebih pro kepada pembakang ataupun Penyokong PR,inilah sistem demokrasi yang menjadi amalan dalam persatuan,setiap ahli bebas untuk memilih parti politik mana yang disukainya. Walaupun begitu team BMW ini masih lagi minoriti maka sebab itulah suara majoritinya yang lebih pro kepada UBN telah menang dalam pemilihan kali ini.
Olih yang demikian dari analisa saya, datanglah waima apa jua bentuk ribut taupan yang melanda dalam rumah tangga persatuan ianya tidak mudah menjadi kudis gatal yang bolih memudarat kesihatan.Ini jelas terbukti apabila didalam majlis perwakilan dikedua belah pehak yang bertanding telah berbalas balas pantun mempertahankan diri masing masing,pelbagai isu panas telah ditimbulkan khususnya yang berkaitan perkara  dikatakan salah laku olih pehak penyandang jawatan sekarang dilibatkan dengan  penyelewengan  keuwangan hasil perolihan tender kurniaan kawasan balak dari kerajaan negeri dan kes ini difahamkan telah dibawa kePehak SPRM untuk siasatan lanjut,kerana itu didalam majlis persidangan pemilihan ini ada ahli perwakilan bertanya adakah perlembagaan membenarkan mereka yang terlibat dalam proses siasatan bolih dibenarkan bertanding? jawapannya bolih selagi belum disabitkan bersalah olih undang undang ataupun dari mana mana mahkamah.Keributan juga telah timbul apabila ada pehak yang tidak bersetuju kes ini dibawa kepehak berkuasa (SPRM) dengan alasan telah melanggar para sekian sekian dalam perlembagaan persatuan.Saya tidak mahu menyebut secara terperinci kronogi kes sebab dibimbangi bolih mempengaruhi siasatan tersebut.Harapan saya biarlah pehak berkenaan membuat kerja mereka secara telus dan adil.

Pun begitu saya ingin membuat sedikit komen berkaitan dengan perjalanan mesyuarat,diperhatikan mesyuarat tahunan tetap diteruskan cumanya ia dibuat selepas pengundian iaiitu semasa proses pengiraan undi sedang dijalankan.Apa maknanya? maknanya diisini ada sesuatu yang "tidak kena" ,kerana apa saya kata begitu?kerana didalam mesyuarat inilah baru hendak dibentangkan minit mesyurat berserta dengan  pembentangan penyata akaun keawangannya sekali.Apa apa kemuskhilan berkenaan dengan  pembelanjaan dan kemasukan wang keakaun tidak akan dapat mengubah kedudukan undi sebab masa mengundi sudah ditutup dan telah sedang dlam proses mengira , persolannya bagaimana jika ada dikalangan perwakilan mahu mengubah pendirian  mahu menukar apa yang dipangkah tadi setelah beliau mendapat penjelasan dari penyataan keawangan, ertinya bila ahli mesyuarat telah bersetuju dengan mengesahkan penyata keawangan ini bermakna secara "automatik" (dengan izin) segala penyelewengan dan tomahan yang disebut dan diwar warkan itu telah dengan sendiri menjadi bersih, Jika tidak bersih sudah tentu pembentagan keawangan tersebut sudah tentu digantung sementara sebab masih dalam perbahasan.Apakah ini tidak betul dengan apa yang saya kata? jika salah tolong betulkan....

Apa apa sekali pun setiap kali mesyuarat saya tetap suka untuk memberi tumpuan kepada ucapan dari wakil wakil cawangan,jadi disini saya tertarik untuk menurunkan dua ucapan dari wakil Kuala Nerus dan juga wakil dari  cawangan Hulu Terengganu.Pertamanya wakil dari Kuala Nerus meminta pimpinan persatuan Negeri turun padang yakni kecawangan cawangan bagi memberi sedikit penerangan berkenaan dengan perlembagaan persatuan, ini bertujuan untuk mengelak tidak akan berlaku lagi kes kes melapurkan terus hal persatuan kemana mana pehak dan jika dibolihkan apakah dia dan yang tidak dibolihkan apakah pula?jika perlu digubal baru kerana sudah tidak releven lagi dengan maklumat yang mengunakan teknologi mediamasa langit terbuka kini apa salahnya digubal semula,katanya.

Sementara itu wakil dari Hulu Terengganu pula meminta agar kuota yang diperuntukkan kepada NGO (PBTM) bagi menduduki kerusi ahli majlis mesyuarat tempatan dapat dipenuhi sebagaimana Jawatan Senator bagi peringkat negara mahupun diperingkat negeri ini termasuklah juga diperingkat daerah pun biarlah turut sama diadakan wakilnya (ngo).

Selain daripada itu juga saya ingin memetik sedikit ucapan dari Dato" President, katanya beliau akan cuba meminta pehak kerajaan mengiktiraf tred kemahiran yang dihadiri olih bekas bekas tentera didalam kursus kursus semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu,saya ingin memberi contoh kursus yang bolih disamakan dengan perkhidmatan awam antaranya kursus pegawai kenderaan bermotor (MTO) kursus Pengawai Penguji kenderaan bermotor dan juga kursus jurulatih memandu kenderaan darat berkelas.Pada pandangan saya kursus kursus ini terdapat juga persamaannya dengan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).Apakah mereka ini tidak bolih diserapkan terus berkerja diJPJ sekiranya mereka berminat? itu hanya sekadar contoh sahaja.
Akhir sekali diucapkan tahniah kepada semua orang yang telah berjaya menduduki kerusi kepimpinan untuk semua peringkat jawatan dibahagian termasuk yang berjaya terpilih kepercalonan diperingkat negara sekali.... maaf,terlupa nak tanya- bagaimana dengan duit sewa bilik bangunan ditingkat atas wisma pahlawan (negeri terengganu) kerana saya juga pernah terserempak dengan orang yang mahu menyewa bilik tersebut.

Tok ayah su-selamat berjuang kerana perjuangan kita belum selesai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan