salam hormat!
Sebagai meneruskan artikel yang lepas > http://berkatilah.blogspot.com/2012/07/
jadi untuk yang terkini saya perturunkan sepatah dua kata lagi dengan memetik sedikit dari maksud ayat suci alqur"an surah Jumaat:9 yang berbunyi "wahai orang orang yang beriman! apabila diseru azan untuk mengajak kamu menunaikan sembahyang jumaat,maka hendaklah kamu bersegera mengingati tuhan dengan menunaikan solat dan hendaklah kamu tinggalkan urusan berjualbeli kerana dengan itu adalah lebih baik jika kamu mengtahui". Ayat tersebut adalah sebahagian dari contoh contoh bentuk larangan Allah tetapkan untuk golongan yang menjalankan perniagaan sehinggakan ada hari hari mahupun waktu tertentu yang bolih dan diharamkan untuk berniaga.
Kemudian dari itu diterangkan terdapat 3 jenis kelompok manusia yang bolih dan tidak bolih berurusan untuk menjalinkan kerjasama didalam dunia perniagaan:
Golongan pertama: Yakni orang orang yang sudah sedia kita maklum akan latar belakangnya begitu lurus aklak perjalanan hidup mereka.Maknanya moral mereka sudah tersohor baik akan keturunan mahu pun tingkah lakunya sendiri maka golongan seperti ini dinasihatkan harus berurus niaga tanpa perlu ada banyak soal jawab dan usul periksa.
Golongan kedua: Golongan orang yang tidak dikenali latar belakang dan diketahui adakalanya dia seorang yang suka mencampur aduk secara sembunyi sembunyi dengan sengaja melanggar perkara perkara yang disahkan halal dan haram,hukumnya disunatkan orang yang sebegini perlu diselidik dan memeriksa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perjanjian jualbeli agar tidak mudah tertipu dengan helahnya.Penelitian secara halusi perlu dibuat dan dianjurkan olih agama serta termasuk dalam golongan peniaga yang warak (alim).
Gologan ketiga: Adapun golongan ini merupakan orang yang dilarang untuk menjalinkan sebarang hubungan urus niaga,antara hujahnya ialah golongan ini sudah jelas diketahui tidak mengambil berat perihal haram halal didalam sirah perjananan hidupnya, sikapnya terkenal tidak jujur dan sering tidak menepati janji,jika terpaksa berurus niaga juga maka adalah disarankan agar senantiasa membuat usul periksa dan pemantauan sepanjang masa.
Sehubungan dengan itu diingatkan juga kepada anda seandainya diketahui seseorang itu banyak memiliki harta secara subhah ataupun haram seperti "CheGu Pa Kemuning" maka hukumnya adalah haram sama sekali anda bermuamalat dengan spesis orang sebegini walaupun diketahui beliau itu sering berurusan dengan Sultan ataupun dengan mana mana pembesar sekali pun.
Selain daripada itu juga kita diingatkan agar berhati hati dalam mencari rezeki 9/10 yang datang dari perniagaan,langkah ini untuk mengelak diri dari turut tercebur melakukan perkara perkara yang ditegah sebagaimana diterangkan tadi. Para SalifuSolih juga turut sama memberi peringatan dengan memberitahu beberapa ciri jenis orang yang mencari rezeki agar tidak terlepas dari turut sama berolih keberkatan hidup dunia dan diakhirat.Diantaranya:
Pertama: Mereka yang senantiasa sibuk dengan urusan menjalankan kerja kerja beribadat untuk bekalan dihari akhirat semata mata sehinggakan tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menguruskan kerja kerja keduniaan maka dikatakan golongan ini akan termasuk dalam kalangan orang orang yang berjaya.
Kedua : Iaitu golongan wasyotiah atau pun bersederhana terhadap tindak tanduknya berkaitan perihal keduniaan mahu pun soal akhirat, maknanya walaupun didalam kesibukan menguruskan kehidupan keduniaan termasuk bermuamalat namun dimasa yang sama juga mereka tidak memisahkan dengan melakukan kerja kerja beribadat bagi buat bekalan diakhirat.Orang jenis ini disebut dalam ketegori golongan mereka yang beriktisad yakni mereka yang berwawasan hidup berekonomi serta pandai membahagikan masa.
Ketiga: Satu golongan yang tidak langsung mengambil berat tentang kehidupan selepas mati iaitu akhirat,apa yang dilakukan seharian hanya semata mata untuk berolih habuan kesenangan hidup didunia. Jadi golongan yang mempunyai gaya hidup sebegini diketegorikan sebagai mereka yang menyibukan untuk menginayakan diri sendiri....Olih yang demikian,cuba perhati dan renung renungkan serta bertanya diri sendiri didalam ketegori manakah kita?
Tok ayah su- sentiasa berdoa memohon keberkatan rezeki...
Sebagai meneruskan artikel yang lepas > http://berkatilah.blogspot.com/2012/07/
jadi untuk yang terkini saya perturunkan sepatah dua kata lagi dengan memetik sedikit dari maksud ayat suci alqur"an surah Jumaat:9 yang berbunyi "wahai orang orang yang beriman! apabila diseru azan untuk mengajak kamu menunaikan sembahyang jumaat,maka hendaklah kamu bersegera mengingati tuhan dengan menunaikan solat dan hendaklah kamu tinggalkan urusan berjualbeli kerana dengan itu adalah lebih baik jika kamu mengtahui". Ayat tersebut adalah sebahagian dari contoh contoh bentuk larangan Allah tetapkan untuk golongan yang menjalankan perniagaan sehinggakan ada hari hari mahupun waktu tertentu yang bolih dan diharamkan untuk berniaga.
Kemudian dari itu diterangkan terdapat 3 jenis kelompok manusia yang bolih dan tidak bolih berurusan untuk menjalinkan kerjasama didalam dunia perniagaan:
Golongan kedua: Golongan orang yang tidak dikenali latar belakang dan diketahui adakalanya dia seorang yang suka mencampur aduk secara sembunyi sembunyi dengan sengaja melanggar perkara perkara yang disahkan halal dan haram,hukumnya disunatkan orang yang sebegini perlu diselidik dan memeriksa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perjanjian jualbeli agar tidak mudah tertipu dengan helahnya.Penelitian secara halusi perlu dibuat dan dianjurkan olih agama serta termasuk dalam golongan peniaga yang warak (alim).
Sehubungan dengan itu diingatkan juga kepada anda seandainya diketahui seseorang itu banyak memiliki harta secara subhah ataupun haram seperti "CheGu Pa Kemuning" maka hukumnya adalah haram sama sekali anda bermuamalat dengan spesis orang sebegini walaupun diketahui beliau itu sering berurusan dengan Sultan ataupun dengan mana mana pembesar sekali pun.
Selain daripada itu juga kita diingatkan agar berhati hati dalam mencari rezeki 9/10 yang datang dari perniagaan,langkah ini untuk mengelak diri dari turut tercebur melakukan perkara perkara yang ditegah sebagaimana diterangkan tadi. Para SalifuSolih juga turut sama memberi peringatan dengan memberitahu beberapa ciri jenis orang yang mencari rezeki agar tidak terlepas dari turut sama berolih keberkatan hidup dunia dan diakhirat.Diantaranya:
Pertama: Mereka yang senantiasa sibuk dengan urusan menjalankan kerja kerja beribadat untuk bekalan dihari akhirat semata mata sehinggakan tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menguruskan kerja kerja keduniaan maka dikatakan golongan ini akan termasuk dalam kalangan orang orang yang berjaya.
Kedua : Iaitu golongan wasyotiah atau pun bersederhana terhadap tindak tanduknya berkaitan perihal keduniaan mahu pun soal akhirat, maknanya walaupun didalam kesibukan menguruskan kehidupan keduniaan termasuk bermuamalat namun dimasa yang sama juga mereka tidak memisahkan dengan melakukan kerja kerja beribadat bagi buat bekalan diakhirat.Orang jenis ini disebut dalam ketegori golongan mereka yang beriktisad yakni mereka yang berwawasan hidup berekonomi serta pandai membahagikan masa.
Ketiga: Satu golongan yang tidak langsung mengambil berat tentang kehidupan selepas mati iaitu akhirat,apa yang dilakukan seharian hanya semata mata untuk berolih habuan kesenangan hidup didunia. Jadi golongan yang mempunyai gaya hidup sebegini diketegorikan sebagai mereka yang menyibukan untuk menginayakan diri sendiri....Olih yang demikian,cuba perhati dan renung renungkan serta bertanya diri sendiri didalam ketegori manakah kita?
Tok ayah su- sentiasa berdoa memohon keberkatan rezeki...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan