Salam hormat!
Seperti yang dijanjikan saya mahu menyambung siri perkesahan kunjungan saya diKampung kemuning pada siri seterusnya dengan tajuk yang berlainan tetapi masih menyelit sebahagian dari cerita yang sama, pertemuan saya dengan bekas Yb CheGu Ismail dengan 2 orang JKKKP termasuk beberapa kawan lama adalah secara kebetulan dan tidak pun dirancang., memang saya sengaja mahu datang lepak santai kesalah sebuah kedai kopi disini,almaklumlah untuk mengenang kembali nostalgia lama lama Difahamkan kedai kopi inilah juga merupakan tempat yang menjadi markas perjumpaan tidak rasmi dikalangan penyokong tegar UBN.
Sembang punya sembang terkeluarlah cerita cerita politik dan juga perihal isu semasa yang dilalui mereka kini. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat memuaskan hati mereka Antara katanya kerajaan Negeri kurang memberi bantuan dalam bentuk sama sebagaimana yang diberikan olih kerajaan Pusat (UBN). Contohnya seperti bantuan BRIM,OneOff untuk anak anak sekolah,termasuk bantuan pembinaan perumahan bagi rakyat miskin dan macam macam lagi katanya.Sambil itu mereka siap siap menunjukkan borang yang akan dan belum diisi untuk dimajukkan.Ada yang menambah kata 'inilah hadiah nikmat kemerdekaan yang turut sama sama dapat dirasai ,jika dahulu kita lihat hanya mereka yang ada jawatan tertentu sahaja yang berolih kemewahan hasil kemenangan politik tetapi sekarang ini tidak lagi,setiap rakyat biasa pun dapat mengecapinya".Itulah bunyi hujah kempen mereka....Selain dari itu mereka turut mengecam, katanya tidak ada apa yang bolih diharap pada kerajaan negeri.Tekanan air paip pun "slow" sebab tak berani nak buka besar besar takut pecah saluran,maklumlah saluran paip yang ada sekarang ini sudah berkarat dan tidak pernah berganti sejak berpuluh tahun dulu lagi.Perbualan kami terhenti apabila muncul selepas itu CheGu Ismail.Selepas berjabat tangan dengan saya,beliau bertanya khabar berkaitan beberapa orang yang dikenalinya termasuklah Mak Jah (emak saudara sayalah) Dari perhatian saya,sikap mesra beliau dengan anak muda kampung masih terserlah,kerana selepas itu dia mengambil tempat untuk duduk dimeja yang telah ramai dilingkungi olih generasi muda.Borak punya borak lalu ter'tubik"lah nama bakal calon UBN diDUN Kemuning, nak tahu siapa? kalau tak silap hujung namanya Ry...apa itu Hairy ke apa ke....begitulah yang saya dengar, siapakah dia siHairy ini? jeng....jeng....jeng....nanti saya akan beritahu dilain kali....okey.
Shayugia dimaklumkan kepada pembaca agar dapat membuat penilain mengenai 7 dosa politik yang menjadi pegangan asas sebahagian dari kalangan penyokong tegar Parti Pas untuk tidak menyokong Parti UBN, 7dosa klasik ini masih releven dari dulu sehingga kini,apa dia? maklumat ini saya perolihi dari satu percakapan didalam kenderaan (teksi) disemasa saya menaikinya untuk datang kesini, okey saya akan terangkan satu persatu....
PERTAMA-Orang Umno tidak bolih dibuat imam sembahyang kerana bersubahat menyokong kerajaan Toghut (kebendaan/kebangsaan).

DUA-Tidak bolih memakan daging sembelihan olih orang UMNO kerana mereka mengasingkan politik dengan agama dan mengambil sekular (politik suku agama suku)
TIGA- Tidak bolih menyokong UBN kerana mendaulatkan undang undang Lord Red bekas penjajah dan tidak mahu kepada hukum islam hudud.
EMPAT- Agama diperintah dan bukan memerintah....maknanya politik islam hanya buruh/pekerja sahaja dan tidak bolih menentukan hala tuju pemerintahan/kerajaan (melainkan kerajaan Kelantan sekarang).
LIMA- Bertentangan dengan kehendak peraturan agama sebagaiman ayat 44 surat AlMaidah yang bermaksud "barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah,maka mereka itu adalah orang orang kapir".
ENAM-Beriman dengan sebahagian dari AlKitab dan ingkar dengan sebahagian dari ayat ayatnya.
TUJUH- Barang siapa mencari selain islam,tidak akan diterima amalan daripadanya dan diakhirat kelak termasuk dalam golongan orang orang yang rugi (Ali Imran;85)
bersambung-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan