Salam hormat!
Didalam siri perkesahan yang pertama Tok mengakui tidak banyak tahu tentang sejarah Bangsa yang ada diselatan negara Filipina,yang Tok tahu hanyalah satu bangsa yang ada genetik yang hampir dengan bangsa Melayu diMalaysia atau khususnya diberhampiran negeri Sabah.Kebanjiran masuk bangsa Selatan Filipina ke Sebah disemasa Tok berada diLabuan diawal tahun 80an dulu dulu sudah pun ada.Rupa paras mereka mudah dikenali iaitu berkulit agak gelap sedikit berbanding rakyat biasa diLabuan malah tutur bahasanya juga tidak sama dengan bahasa orang melayu/asal Sabah.
Setelah meneliti beberapa maklumat sejarah dari rangkaian sesawang internet maka timbul pula pertanyaan kenapa sampai terlajak sehingga keSabah tuntutan mereka,sedangkan negeri Sabah sudah terkeluar dari kuasa politik jajahan takluk negara Fiipina, oooo....disini timbul dan berbangkit pula pelbagai kesah dan sejarah lama,konon kononya asal usul Sabah adalah dibawah penguasaan nenek moyang dari keSultanan mereka disuatu ketika dulu kemudian selepas mengalami proses demi proses terjual gadai dari satu tangan kesatu tangan sehinggalah yang terakhir menjadi milik kerajaan negara Malaysia.Jadi apa masaallahnya sekarang? Apakah mereka mahu menuntut balik secara sebegitu sahaja tanpa melibatkan sebarang perundangan atau menuntut dengan memilih jalan kekerasan yakni perang bersenjata? Teringat saya akan kata kata Tun M yang Tok pernah dengar dari mulut kemulut orang,"kalau Tengku Abdul Rahman dulu bolih beri Singapura jadi kenapa kalau dia hanya sekadar memberi kerakyatan sahaja kepada bangsa Sulu itu bolih menjadi satu kesalahan? Maaflah....Ini soalan politik yang sukar untuk dijawab olih Tok....Yang Tok nak jawab mengikut pandangan dan kefahaman Tok iaini pasal peranan anggota keselamatan yang berkhidmat sampai kehilangan nyawa...berkorban demi mempertahan kedaulatan sebuah negeri yang dibawah penguasaan ketua negara yakni Duli Yang Maha Mulia Raja Yang DiPertuan Agong. Disini timbulnya ayat "taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan penguasa/ketua dari kalangan kamu"... bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan