arkib

Khamis, 14 Mac 2013

Sendiwara maut...part 4

Salam hormat!
Dalam siri 3 saya meimiginasi dengan mengatakan ramai daripada blogger atau penulis maya meletakkan topik perbincangan apa yang hendak ditulis dengan topik yang agak keras sebagai satu strategi untuk menarik pembaca menjengok blog atau pun catatan mereka.Sedangkan dari apa yang diperkata itu kebanyakan atau sebahagiannya sebagai andaian ataupun perspeksi penulis semata, contohnya ada penulis yang menyatakan negeri Kelantan akan dilanda krisis bekalan air bersih,saya akan cuba kupas isu ini dilain bab setelah baru baru ini saya sendiri pulang dan sempat berbual bual dengan beberapa orang dikampung asal kelahiran saya diKemuning sana. Selain daripada itu dalam kes Lahad Datu terdapat penulis yang telah memberi gambaran salah mendakwa bahawa satu layanan buruk telah diterima sejak sekian lama olih pendatang pendatang asing yang berasal dari Filipina ini, katanya inilah yang menyebabkan salah satu punca utama terdapat dari sebilangan pendatang asing ini telah menaruh satu perasaan benci dan dendam kepada pasukan keselamatan kita, katanya lagi Allah tidak zalim sebaliknya telah memberi "cash" balasan dengan disebabkan kejadian diLahad Datu itu.Apakah kata kata itu hanya satu pespektif yang sengaja direka reka sebagai mahu memburuk burukkan keadaan terutamanya kepada bekas/anggota keselamatan kita itu sendiri? Saya juga ada waris sepupu sepapan juga kembar ditanah Malaysia Barat itu,kubur bapa saudara yang juga bekas tentera Msia pun ada disemadikan disana.

Sebelum itu biarlah saya imbas sedikit kesah yang pernah saya tulis dan lalui sendiri dibeberapa bulan yang lalu,dalam siri kesahan tersebut itu saya tidak segan memaklumkan bahawa anak saya juga turut terlibat dalam kemalangan motorsikal yang diboncengnya.Dalam peistiwa itu saya tidak mahu hendak membuat andaian mengatakan itu satu perisrtiwa lakonan atau sendiwara,ini kerana tidak mungkin ada manusia sanggup bergadai nyawa melakukan aksi stan MAUT walaupun diupah sekian banyak sekalipun kecuali kes "berani mati" dalam sejarah peperangan ditimur tengah seperti diPalestin dan sebagainya,tidak berbayar pun ada yang sanggup dilakukan atas nama perjuangan jihad demi agama,tetapi agama mana yang ada mengesyor melakukan tindakan sedemikian rupa? Walau pun demikian dalam kes kemalangan anak saya ini saya berani menegaskan terdapat insan dipehak ketiga yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan dengan alasan mungkin bolih mendapat keuntungan dengan menangguk diair yang keruh. Ini banyak peristiwa yang semacam sudah dalam perancangan,apakah ianya berlaku secara kebetulan? saya fikir tidak mungkin....saya tidak bolih menyatakan secara terperinci kesemuanya secara terbuka akan kronologi kejadian itu disini kerana ianya masih dalam proses penyiasatan pehak berkuasa polis....bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan