Salam hormat!
Saya masih mahu menyambung tajuk berkenaan dengan dosa dimana pada siri yang lalu (25/3/03) saya telah mengariskan 7 dosa dosa yang masih menjadi pegangan sebahagian dari ahli politik khususnya dari parti Pas.Jadi untuk kali ini mahu pembaca dan juga termasuk saya sendiri cuba merenung dan mengambil pengajaran daripadanya. Perkara dosa yang hendak saya sebut ini adalah "basic" atau pun perkara yang menjadi fardhu ain,umpama sepohon pokok ianya dipanggil akar tunjang,jika tiada akar maka pokok itu akan cepat mati,begitulah cerita tatkala saya belajar sains semasa disekolah atap dahulu.Perkara fardhu ini wajib diketahui bukan sahaja kepada saudara baru atau mualaf yang baru memeluk islam malah kepada semua orang yang mengaku beragama islam. Teramat naif sangatlah jika sudah mengaku orang islam tetapi masih tidak mengtahuinya,apatah lagi jika dia itu salah seorang dari ahli parti politik yang berteraskan islam sebagai dasar perjuangan.
PERTAMA- Syirik-iaitu menyekutukan Allah S.W.T dengan makluk,satu dosa yang tidak terampun jika terlambat bertaubat.
KEDUA- Makan minum sesuatu bahan atau air yang memabukan seperti arak.

KETIGA- Memakan riba-yakni menjalankan perniagaan yang mencekik darah dengan melebihkan bayaran balik dari jumlah pinjaman asal
KEEMPAT- Bertenung nasib,bernujum atau pun berjudi.
KELIMA- Melakukan zina yakni persetubuhan tanpa nikah.
KEENAM- Menyamun,mencuri,memiliki harta secara batil seperti memberi rasuah dan sebagainya.
KETUJUH- Memakan harta anak yatim.
KELAPAN-Melakukan kezaliman seperti membunuh dengan cara yang tidak sepatutnya tanpa alasan yang dibenarkan.
KESEMBILAN- Nifak-berpura pura beriman kepada Allah S.W.T sedangkan pada hakikatnya ia menentang ajaran islam.
KESEPULUH- Tidak membuat apa yang disuruh mengikut apa yang terkandung dalam rukun islam dan rukun iman sedangkan ia berkemampuan.
Begitulah lebih kurang secara kasar bacaan dosa dosa yang dicatatkan didalam satu buku agama yang pernah saya baca,jika mahukan ulasan yang lebih 'ditail' maka hendaklah para pembaca mencari guru guru yang lebih alim untuk menerangkan berkenaan dengannya.Kalau saya terangkan semuanya takut takut nanti tak bolih nak cari makan pulak orang lain....keh...keh...keh...
Tidak dinafikan terdapat dikalangan rakan rakan saya tampaknya seoalah olah telah tawar hati untuk turut sama berjuang memberi nasihat berkaitan perkara makruf sebaliknya melihat sahaja perkara mungkar berlaku didepan mata.Kenapa sampai jadi begitu? apakah mereka dipersolkan siapakah mereka hendak berlebih lebih? tetapi dari apa yang saya perhatikan kebanyakannya seperti sudah "terpukau' dengan segala macam pemberian,pancing BRIM....BRUM ...BRAMMM... dan sebagainya telah mengena sehingga mengkelukan lidah untuk membuka mulut untuk berkata kata.Namun begitu kata salah seorang daripadanya "pemberian bantuan bantuan tersebut tidak akan mudah diterima seandainya tidak terdapat suara suara dari pimpinan parti pembangkang yang sentiasa lantang bersuara,olih kerana takutkan hilang sokongan maka pemberian demi pemberian ditaburkan,walau bagaimana pun mereka bukanlah budak budak yang begitu mudah digula gulakan" tambah kawan saya itu.
Apa pun mereka teramat kagum dengan kerja kuat PM Najib yang kelihatannya tidak senang duduk,sentiasa bergegas kehulu kehilir,dalam dan luar negara demi untuk mengatur strategi tranfomasi politik.Olih itu ada yang berpendapat berkemungkinan ada yang akan buat U Turn dan swin disaat saat akhir khususnya bagi yang berada diatas pagar.Jika diDun Ajil telah kehilangan 2 ribu undi pada tahun 2008 apakah didalam PRU ke13 ini mampu ditarik balik? itulah yang menjadi teka teki setakat ini....
Tok ayah su- masih istiqamah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan