arkib

Isnin, 11 Mac 2013

Sendiwara Maut Part 3

Salam hormat!
Jika dalam siri kedua Tok kata anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat diatas slogan "saya yang menurut perintah" maka perintah siapakah yang mereka ikut? disni sudah tentu ada peringkat peringkat dan tingkatan dari mana datangnya arahan tersebut, ikut saluran saluran biasa dalam mana mana pentadbiran bagi sesebuah kerajaan sememangnya begitu,dari atas sampai kebawah dan bukannya dari bawah naik keatas, jika sebaliknya akan jadi songsang dan tidak normallah seumpama seperti hujan naik kelanggit....manakala bagi orang bawahan hanya bolih memberi cadangan atau pun sebarang usul untuk dijadikan dasar jika difikirkan baik olih pemerintah. Kenapa Tok menulis begitu? sebabnya Tok  melihat dengan kemuncullan media baru tanpa sempadan hari ini, semakin hari semakin banyak orang (rakyat) biasa menulis, bercakap dan memberi komen yang menampakkan apa sahaja dibuat olih kerajaan seolah olah tidak ada satu benda pun yang betul dimata mereka,teringat Tok dizaman arwah Dato" Ust Fadhil Nor, beliau bolih bercakap secara senada dengan Dr M diTV atas isu rakyat Palestin....tetapi dalam kes Lahad Datu hari ini sudah ada bibit bibit percakapan yang hanya mahu menyalahkan sebelah pehak sahaja....kenapa? apakah tidak bolih ikut seperti kata pepatah Melayu menyebut biduk lalu kiambang bertaut?

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ada suara yang memberi gambaran anggota PDRM muslim  yang meninggal itu seumpama "mati katak".Maksudnya tidak termasuk dalam ketegori mati syahid.Tok bukanlah orang yang layak menjatuhkan hukum sedikian rupa,namun demikian dari apa yang tok tahu bahawa tugasan mempertahan harta (tanah air/negara) demi menjaga maruah/kedaulatan negara itu juga satu cabang jihad fisabilillah.Tidak timbul soal mereka berjuang dsebabkan imbuhan ataupun kerana bayaran upah/gaji tertentu, kerana menjadi kewajipan bagi orang yang berkemampuan membantu saudara seagama termasuk hubungan kemaknusian dengan bangsa lain.

Beralih kepada topik 'Sendiwara Maut" itu sememangnya sengaja Tok mahu meletakkan tajuk sedemikian walaupun kelihatannya agak keras dan panas,sebab Tok fikir dan lihat sekiranya setiap penulisan didalam sesebuah Blog hanya meletakkan hal hal yang menjurus kearah yang lembek lembek sahaja contohnya perihal topik yang seolah olah menampak mahu membodek dan mengipas pehak pehak tertentu semata maka sudah tentulah isi penulisan sesebuah blog itu tidak ramai dikunjungi olih pembaca,jesteru itulah agaknya Tok dapati terdapat dari kalangan penulisan blog memaparkan perkara tajuk yang agak ganas ganas seperti NYAWA DIHUJUNG PEDANG contohnya.Walau bagaimana pun topik tersebut diatas bukanlah saja saja letak kerana terdapat satu mesej tersirat yang mahu Tok perjelaskan.

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan