Salam hormat!
|
sisipan akhbar SH |
MUKADDIMAH Teringat dulu dulu tatkala mendengar kuliah secara tidak formal disurau kampung dari seorang Ustaz yang mengajar mengunakan bahasa berbunga bunga,ayatnya "hari ini kita belajar usuludin yakni ilmu mengenal Allah dari kitab sifat 20....ujud kidam baqa' muqho lapatuhu taallaa lilhawadith... sehingga akhir ayat...adapun ujud itu maknanya ada, apa yang ada? adanya Allah lawannya tiada, mustahil tiada....adanya Allah itu tidak berjirim dan berjisim, tambahnya lagi contohnya begini "jika adanya angin bolih dirasai apabila kipas berpusing atau pun angin bertiup, tidak bolih dilihat tetapi dapat dirasai tiupan angin tersebut. Meskipun begitu ujudnya Allah berlainan sekali sebab ia tidak berjirim dan berjisim (waduh...pening nak faham) apa tu? ertinya ia tidak berbentuk dan tidak pula dapat dilihat apatah lagi merasainya (oo begitu)
Itu baru sikit belum lagi masuk bab Hakikat...Tarikat...Makrifat...diwaktu itu barulah saya terasa rupa rupanya makin saya mendengar makin banyak perkara yang masih belum saya tahu.Dua tiga hari yang lalu saya ada mengunjungi kerumah salah seorang anak buah sambil sambil juga melawat seorang abangnya yang telah meninggal dunia.Nasibnya agak bertuah kerana dapat kerap pergi keMekah menunaikan haji dan juga buat umrah.Macam macam cerita dari Mekah yang dibawa balik.Katanya semacam tidak percaya apabila mendapat tahu bahawa ramai dikalangan orang melayu kelantan dari Malaysia yang berfahaman ASWJ yang duduk bermastautin dan menjadi pentadbir urusan ibadat dikota Mekah, tok Arab beri kepercayaan pada mereka tetapi kini sudah tinggal sejarah kerana golongan bangsa berfahaman Wahabi pula yang mengambil alih. Sementara kalangan mereka yang berfahaman ASWJ telah lari jauh kekampung kampung pendalaman , kenapa?
|
Anak buah bersemangat bercerita. |
Menurutnya lagi, cara Wahabi beribadat cukup rengkas,selepas solat tiada wirid wirid dan doa,lepas beri salam terus angkat kaki, tiada juga doa qunut,dan banyak lagi yang agak pelik pada kebiasaan amalan kebiasaan daripada kita. Manakala dikampung ini pun pada suatu waktu dulu pernah juga dia terjumpa seorang guru yang meniru amalan wahabi,jika hendak berdoa ataupun wirid dilarang keluarkan suara. katanya.
Disemasa perjalanan pulang saya sempat lagi menyambung perbualan mengenai perihal ajaran Wahabi dengan abang saya yang turut sama menumpang kereta pergi kerumah anak buah saya itu, secara kebetulan abang saya ini pernah berguru atau mendengar kuliah agama dari ustaz Rashid, seorang tenaga pengajar agama disebuah ladang koko. Katanya jika merujuk kepada kuliah ustaz itu ada mengatakan ajaran Wahabi lebih bebas atau tidak terikat denga apa apa mazhab,amalan wahabi terus "direct" merujuk kepada hadith dan AlQur"an.Maknanya jika bercanggah dengan hadith/alqur"an atau sunah nabi maka akan dianggap sebagai bidaah atau sesat,tiada komperomi ketegori dolollah atau hasanah, contohnya jika nabi sendiri tidak menyambut hari lahir kenapa harus ada sambutan perarakan dan sebagainya pada tarikh kelahiran baginda Rasullah itu.
|
sisipan akhbar SH |
Dan yang agak berbeza dengan ASWJ adalah sentuhan diantara jantina ajnabi, maksudnya jika sentuhan itu tidak mendatangkan atau menaikkan nafsu shahwat adala tidak terbatal air sembahyang, dihalalkan.... dalihnya? dari kesah Siti Aishah isteri nabi, pernah dimana disuatu subuh hari Rasullah S.A.W bersolat subuh ditepi sebelah Siti Aishah yang masih tidur. Apabila Siti Aishah terjaga didapati nabi tiada disisi, didalam kegelapan Siti Aishah meraba raba mencari cari nabi tiba tiba tersentuh dengan nabi yang sedang solat. Namun nabi meneruskan solat tanpa mengambil wudud semula, kenapa? jadi itulah yang dijadikan hujahnya.
|
gambar hiasan... |
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan