Salam hormat!
Bila dah spesis kepala "otak kuning" setiap benda atau perkara baik pun dia akan tafsir ikut suka sendiri yang kadangkala sehingga berbau lucah, contohnya orang bercerita tentang barang naik tetapi dia jawab kalau barang tak naik nanti tak bolih nak "main" dengan bini,ayat sebegini bukan dari orang biasa biasa tetapi terkeluar dari mulut orang ternama bergelar YB bergema didalam dewan mesyuarat pulak tu, alahai....
Jika perbualan orang luar dari Kelantan dengan masyarakat disana pun bolih jadi salah tafsir jugak, contohnya "saya nak bela anak kau bolih tak? mengikut loghat Kelantan ayat "bela" itu memberi makna berjimak (bukan berjimat) jadi hati hati bercakap dengan orang Kelatan sebab takut nanti tak pasal pasal kena kapak kecik atau kena perambat dengan penyapu.
Begitulah juga diperhatikan dengan isu Bughah, yang mengomen tentangnya didapati langsung tidak ada asas pendidikan agama tetapi masih tetap nak berhujah maka terserlah akan kedangkalan serta kejahilan mereka.Apa pun jika merujuk kepada kitab Fiqah seandainya terdapat sebarang masaallah agama yang tiada didalam Nas alQur"an mahu pun hadith makam jadi para ulama" muktabar ( العلماء والفقهاء) bolih sahaja berijtihad mengikut majlis syura untuk dipersetujui bersama. Ini maknanya bukan dari ulama" yang tidak berkelayakan,yang tidak habis khatam alQuran atau bukan dari ulama" yang tidak suka makan Sup sebab banyak penyakit, gaut, darah tinggi, kencing manis dan pelbagai lagi.Atau fatwa yang datang dari orang perseorangan yang berkata tulisan jawi sudah "Expiredate' (luput tarikh).
Saya bersetuju dengan isu Bughah yang diperkatakan cuma yang saya tidak bersetuju apabila masa serta kejadiannya yang tidak releven dengan keadaan. Alangkah baiknya Bughah itu diguna pakai ketika tatkala peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dahulu.
Sama juga dengan apa yang terjadi diNegara Mesir sekarang ini,kenapa Ikwan Muslimin dilabel Bughah sedangkan mereka hanya ingin mempertahan hak yang diberi kuasa olih rakyat disana melalui amalan demokrasi? Dalam kontek dinegara kita Malaysia,bagaimana pula jika diterbalikkan PR dapat kuasa kemudian selepas itu penyokong Ubn pula dianggap pemberontak seandainya mereka mengadakan sebarang perhimpunan menentang dasar kerajaan baru?
Malam kelmarin (Jumaat) masjid dikampung saya baru khatam sebuah kitab pengajian yang hanya setebal 500 muka surat namun ianya mengambil masa selama 14 tahun, bermula dari tahun 2000 sehingga masuk ketahun 2014 barulah tamat.
2 minggu sekali berselang seli masa pengajiannya, "start" dari selepas maghrib sampai kewaktu isya". Walaupun sudah habis tetapi masih ada orang yang tidak faham dengan jelas maka disuruhnya Ustaz itu meneruskan kuliahnya dengan mengulangi balik semula pembacaan dari kitab yang sama. Ini maksudnya bukan senang untuk membuat tafsir atau mendalami sesuatu ilmu agama.
Soal tidak bersependapat didalam soal agama bukan perkara baru,malahan perselisihan itu diraikan jia ada kebaikan sebabnya setiap kejadian tuhan, tidak ada yang sia sia melainkan terselit hikmah disebaliknya yang tidak diketahui olih manusia.Begitulah juga dengan mereka yang tidak bersetuju dengan pembelian kereta mewah olih kerajaan Pulau Pinang,kerana beranggan tidak bersesuaian dengan masa yakni tatkala rakyat bergelut dengan suasana menangani kenaikan kos sara hidup, alih alih pimpinan P.P sana bolih berbelanja besar.Nampak seperti sengaja mahu mempermain mainkan hati dan perasan rakyat kebanyakan.Itulah bab kata bidalan kalau udah emas yang dipandang berada digigi,bertemu bibir kebibir pun sanggup untuk mencongkil dengan lidah wahhal ia hanya sekadar tahi gigi sahaja. bersambung.....
Bila dah spesis kepala "otak kuning" setiap benda atau perkara baik pun dia akan tafsir ikut suka sendiri yang kadangkala sehingga berbau lucah, contohnya orang bercerita tentang barang naik tetapi dia jawab kalau barang tak naik nanti tak bolih nak "main" dengan bini,ayat sebegini bukan dari orang biasa biasa tetapi terkeluar dari mulut orang ternama bergelar YB bergema didalam dewan mesyuarat pulak tu, alahai....
Jika perbualan orang luar dari Kelantan dengan masyarakat disana pun bolih jadi salah tafsir jugak, contohnya "saya nak bela anak kau bolih tak? mengikut loghat Kelantan ayat "bela" itu memberi makna berjimak (bukan berjimat) jadi hati hati bercakap dengan orang Kelatan sebab takut nanti tak pasal pasal kena kapak kecik atau kena perambat dengan penyapu.
Begitulah juga diperhatikan dengan isu Bughah, yang mengomen tentangnya didapati langsung tidak ada asas pendidikan agama tetapi masih tetap nak berhujah maka terserlah akan kedangkalan serta kejahilan mereka.Apa pun jika merujuk kepada kitab Fiqah seandainya terdapat sebarang masaallah agama yang tiada didalam Nas alQur"an mahu pun hadith makam jadi para ulama" muktabar ( العلماء والفقهاء) bolih sahaja berijtihad mengikut majlis syura untuk dipersetujui bersama. Ini maknanya bukan dari ulama" yang tidak berkelayakan,yang tidak habis khatam alQuran atau bukan dari ulama" yang tidak suka makan Sup sebab banyak penyakit, gaut, darah tinggi, kencing manis dan pelbagai lagi.Atau fatwa yang datang dari orang perseorangan yang berkata tulisan jawi sudah "Expiredate' (luput tarikh).
sisipan akhbar SH |
Sama juga dengan apa yang terjadi diNegara Mesir sekarang ini,kenapa Ikwan Muslimin dilabel Bughah sedangkan mereka hanya ingin mempertahan hak yang diberi kuasa olih rakyat disana melalui amalan demokrasi? Dalam kontek dinegara kita Malaysia,bagaimana pula jika diterbalikkan PR dapat kuasa kemudian selepas itu penyokong Ubn pula dianggap pemberontak seandainya mereka mengadakan sebarang perhimpunan menentang dasar kerajaan baru?
Malam kelmarin (Jumaat) masjid dikampung saya baru khatam sebuah kitab pengajian yang hanya setebal 500 muka surat namun ianya mengambil masa selama 14 tahun, bermula dari tahun 2000 sehingga masuk ketahun 2014 barulah tamat.
2 minggu sekali berselang seli masa pengajiannya, "start" dari selepas maghrib sampai kewaktu isya". Walaupun sudah habis tetapi masih ada orang yang tidak faham dengan jelas maka disuruhnya Ustaz itu meneruskan kuliahnya dengan mengulangi balik semula pembacaan dari kitab yang sama. Ini maksudnya bukan senang untuk membuat tafsir atau mendalami sesuatu ilmu agama.
Soal tidak bersependapat didalam soal agama bukan perkara baru,malahan perselisihan itu diraikan jia ada kebaikan sebabnya setiap kejadian tuhan, tidak ada yang sia sia melainkan terselit hikmah disebaliknya yang tidak diketahui olih manusia.Begitulah juga dengan mereka yang tidak bersetuju dengan pembelian kereta mewah olih kerajaan Pulau Pinang,kerana beranggan tidak bersesuaian dengan masa yakni tatkala rakyat bergelut dengan suasana menangani kenaikan kos sara hidup, alih alih pimpinan P.P sana bolih berbelanja besar.Nampak seperti sengaja mahu mempermain mainkan hati dan perasan rakyat kebanyakan.Itulah bab kata bidalan kalau udah emas yang dipandang berada digigi,bertemu bibir kebibir pun sanggup untuk mencongkil dengan lidah wahhal ia hanya sekadar tahi gigi sahaja. bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan