arkib

Jumaat, 20 Mac 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 38



Hari ini merupakan satu hari bersejarah buat diri saya kerana buat pertama kalinya saya datang untuk menghadiri mesyuarat agung disekolah sejak 6 tahun dahulu setelah anak anak saya bertukar sekolah disini,Adakalanya surat jemputan tidak diterima dan adakalanya ada surat jemputan tetapi tidak bersesuain dengan tarikh kerana bertembung dengan tugasan saya dengan pertubuhan/persatuan yang lain.

Dengan kesibukan waktu tugasan harian,saya terpaksa gagahi juga jari jemari kaki ini demi untuk pembelajaran dan pengajian anak anak.Jika dilihat pada "banner" (gambar) tarikh mesyuaratnya ialah pada 13 mac 2009 akan tetapi ianya telah ditunda pada hari ini (20 Mac 2009).Begitu juga dengan tokoh perasmian mesyuarat,mengikut pada jadual asalnya olih seorang YB ADUN Ajil akan tetapi telah ditukar kepada YB Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Kenapa dan apakah sebab musababnya pertukaran tarikh dan tokoh tersebut dibuat tidaklah diketahui secara konkrit.

Apa pun majlis mesyuarat telah berlangsung dengan lancar meski pun ada sedikit perbahasan kecil,itu biasalah....namun apa yang agak luar biasanya ialah berkait dengan perbelanjaan. Mengikut penyata keawangannya,perbelanjaan beli lembu kerbau untuk majlis kesyukuran (mungkin meraikan kemenangan BN) juga diambil dari akaun PIBG.Kalau setakat guna duit PIBG untuk program majlis sembahyang hajat untuk memohon kecemerlangan para murid atau bagi kegunaan makan minum pada hari hari mesyuarat itu rasanya tidaklah ada masaallah sangat,tapi kalau sudah ribu ribu hanya untuk belanja beli lembu bagi tujuan buat kenduri itu rasanya sudah jadi luar biasa,sebabnya duit PIBG adalah hasil dari yuran yang dibayar olih ibu bapa untuk tujuan seperti mengadakan kertas A4 untuk menyediakan soalan soalan kepada murid murid (walaupun setiap sekolah sudah ada pun di"suply"kan mengikut perbelanjaan peruntukan kerajaan/kementerian),duit PIBG juga adalah untuk perbelanjaan bagi mengadakan aktiviti aktiviti korkorikulum dan sebagainya.

Kita tidak menafikan setiap YB yang telah menang pilihan raya sememangnya ada menyumbangkan sejumlah wang tertentu dari dari poket peribadi beliau untuk kegunaan PIBG (termasuk YB ahli Parlimen pada hari ini telah menyumbang sebanyak rm 2.000), jadi apakah tidak bolih diambil dari duit ini untuk perbelanjaan majlis kesyukuran dimaksudkan tadi,jika perlu buat masuk kedalam cacatan minit mesyuarat. Dengan ini tidaklah perlu duit daripada ibubapa dan guru yang terpaksa dikorbankan kerana ianya adalah milik ramai,mungkin ada yang tidak bersetuju atau tidak meredhokannya,bukankah yang halal itu lebih baik?

Selain daripada itu,saya kira sudah sampai masanya PIBG juga perlu diberi peruntukan melalui tender atau projek tertentu untuk tujuan menambah dana persatuan tersebut.Dengan ini barulah ada "daya penarik" untuk sesiapa juga untuk menjadi sebahagian daripada AJK,dengan sendirinya tiadalah berlaku masing masing ingin menolak jawatan yang dicadangkan untuk dipegang dalam PIBG sebagaimana yang berlaku didalam mesyuarat pada hari ini.

Keputusan mesyuarat pada hari ini juga telah menetapkan setiap orang murid perlu membayar sekurang kurang hampir 100 ringgit untuk seorang setahun, jika ada 3 orang anak bererti 300 ringgit terpaksa dibayar secara insuran atau ansur ansur.(Nampak gayanya tidak sama dengan bayaran ahli khairat kematian yang hanya mewajibkan seorang sahaja perlu membayar bagi seisi keluarga,meskipun satu keluaraga ada 10 orang dalam satu rumah).Walau pun ada cadangan lain supaya diwajibkan hanya seorang sahaja yang perlu dibayar yuran PIBG ini untuk yang ada adik atau kakak didalam sekolah yang sama,namun mesyuarat terpaksa akur dengan keputusan suara ramai supaya yang berkehendakan kesemua adik beradik diwajibkan membayar yuran PIBG tersebut.Alhamdulillah,rupa rupanya ibubapa disini agak senang lenang tahap ekonomi mereka malah dengan kegawatan ekonomi dunia tidak sedikit pun merisaukan mereka........cuma apa yang saya mahu lihat,tidak akan ada para ibubapa yang terpaksa menanggung hutang kerana tertunggaknya yuran PIBG sampai kesessi tahun hadapan !

Poksu-tuntutlah ilmu walaupun sampai kenegeri cina (maksud hadith).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan