arkib

Selasa, 24 Mac 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 42

Salam hormat !
Ini satu lagi kesah seperti lagu bangau oh bangau.Senikatanya yang berbunyi "bangau oh bangau kenapa engkau kurus?'jawab bangau "macam mana aku tak kurus,ikan tak mahu timbul", ditanya pula pada ikan "ikan oh ikan kenapa engkau tak mahu timbul?",jawab ikan "macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat?",Pertanyaan demi pertanyaan akhirnya sampai kepada ular "ular oh ular,kenapa engkau nak makan katak"? lalu dijawab ular "macam mana aku tak makan,kerana katak memang makanan aku".
Soal siapa jadi siapa dalam isu ini tidak timbul,yang jelas masing masing ingin menegakkan benang yang basah atau sekadar ingin menegangkan tali ikatan yang sudah kendur.Apabila bercakap tentang kedai makan ini jadi biarlah saya bercerita sedikit serba rengkas tentang pengalaman sendiri.Sebelum terhidangnya masakan kepada pelangan,terlebih dahulu ianya melalui beberapa proses sebelum penyediaan.Pertamanya sudah tentu bagaimana dan apakah masaallah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah,pembekal akan menjual sebagai contoh sekotak daging tulang yang telah siap dilabelkan dengan kadar berat 10kg dengan harga sesekian banyak. Apabila peniaga kedai makan menimbang semula maka akan didapati beratnya tidak pun sampai 10 kilo sebagaimana dilabelkan,jika ditanya kepada pembekal kenapa jadi begini?,pembekal akan memberi jawapan bahawa pelebelan tersebut telah dibuat asal dari kilang diluar negara lagi,jawapan ini seolah olah berbalik kepada cerita bangau tadi. Manakala nak dapatkan bekalan daging tulang tempatan amat terhad dan tidak mencukupi permintaan,jesteru itu untuk menstabilan bekalan maka kita dapati harga daging tulang tempatan begitu melambung tinggi harganya....siapa yang tamak?
Kes 2-Kita dapati apabila peniagan roti canai terlalu laris jualan sehinggakan stok gandum tidak sempat di"suply'kan,maka dengan perasaan irihati agaknya akan ada pulak pehak yang cuba menaikkan harga gandum,olih kerana terlalu kerap berlakunya kenaikan dengan sendirinya peniaga kedai makan tidak sempat mengkemas kinikan senarai harga harga baru,jadi disini nak disalah kepada siapa dan siapa yang tamak?
Kes3-Apabila tiba musim hujan atau musim musim perayaan,kita dapati banyak barang baragan naik harga termasuklah sayur sayuran,akan tetapi dimasa yang sama peniaga kedai makan tidak berdaya menaikkan harga mengikut musim tersebut malah tetap menjual dengan kadar harga asal sebelumnya sedangkan modal pusingan terpaksa dikeluarkan dengan jumlah yang lebih,ini bererti keuntungan menjadi mengecil dan adakalanya mengalamai kerugian kerana menanggung kos letrik,air dan juga gaji pekerja mengikut seperti biasa.....jadi siapa yang tamak?
Hanya sekadar 3 kes sebagai contoh sudah cukup memadai untuk dijadikan hujah bagi menilai siapakah ular, siapakah bangau dan siapakah yang tamak?......jadi fikir betul betul !

Poksu-Berani kerana benar,takut kerana salah...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan