arkib

Jumaat, 13 Mac 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 34


Catatan dairi peribadi (tempat jatuh lagi dikenang....inikan pula tempat bermanja !)

Sudah lama saya ini ingin memberi respon kepada keratan akhbar ini yang mana sebelum ini saya pernah terbaca didalam satu laman blog.Apa yang hendak saya paparkan ini bukanlah berkait dengan artikel yang tersurat didalamnya,sebaliknya cuma ingin berkongsi cerita dengan para pembaca akan hal ehwal "riwayat" hidup saya sendiri.

Sebenarnya disinilah bermulanya kesah hidup saya yang kerdil ini,dikampung yang bernama Kg Kemuning inilah tempah lahir dan tempat tumpah darah dan tempat lubuk permainan didalam suasana kekampungan.Bermula disinilah juga sejarah akan dipahat didalam sejarah cerpen panjang sejarah hidup jika dinukilkan diatas kertas.Mungkin akan ada bertanya,apakah yang hebatnya kesah ini? Ya..mungkin dari pandangan seorang bangsawan akan melihat satu perasaan "rendah diri" dari seorang penulis.Akan tetapi jika dari pandangan mereka yang senasib akan melihat satu dorongan semangat dari sudut untuk berjuang menghadapi cabaran hidup.

Ini jelas kira kira dalam tempoh 50 tahun yang lalu lahirlah seorang insan yang bergelar "poksu" bersama seorang lagi pasangan kembar lain jantina (lelaki & perempuan) dalam keadaan yatim yang mana kemudian dari itu terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kedaifan dan kemiskinan. Dijadikan cerita dihari pertama kelahiran sebahagian daripada kulit badan diseliputi bulu seakan bulu Mawas (secara kebetulan semasa mengandung,ibu telah terlalai menyaksikan kelincahan mawas hutan).Nenek amat marah dengan ejekan dan keceluparan dari mulut mereka yang menyaksikan keadaan fizikal poksu tatkala sehari dua selepas hari lahir.Berkat doa nenek dan guru agama maka wajah dan fizikal poksu sedikit demi sedikit telah menjadi manusia normal berkulit licin dan bulu halus yang ada itu terus hilang dari pandangan mata. Alhamdulillah,syukur ! Akan tetapi ada satu lagi mesteri yang cuba direka reka olih orang kampung ketika itu yang berfikiran agak kolot dengan perkara perkara tahyul, almaklumlah, kegangjilan dua jasad manusia lain jantina lahir serentak (kembar) yang sememangnya tidak pernah berlaku dimana mana pun diwaktu itu telah menjadi tumpuan ramai (jika hari ini sudah tentu akan dimasukkan kedalam Malaysia Book of Recod).Apakah perkara mesteri tersebut?rasa segan pula nak diceritakan.....biarlah ianya akan terus kekal menjadi rahsia.......setuju?

Setelah berusia lebih empat puluh hari .........

Poksu-akan bersambung (kerana kesibukan masa pada waktu ini)....sila tunggu kesah selanjutnya,harap dapat bersabar !!!! !

Nak sambung balik -part 2

Setelah berusia lebih empat puluh hari,ibu telah membawa poksu untuk bersama sama ayahda pergi berdagang dinegeri Terengganu iaitu disuatu tempat yang terletak didaerah Hulu Terengganu. Mengikut sejarah yang diceritakan,kedatangan ayahda dan bonda diTerengganu bermula sejak sebelum merdeka diawal tahun 50 an untuk berdagang/berniaga.Turut serta bersamanya adalah beberapa orang lagi sahabat dan juga saudara mara beliau yang terdekat, sambil itu untuk mencari peluang berdakwah ilmu keagamaan.Diceritakan juga batu bersurat yang berada di Kg Buluh Hulu Terengganu adalah peninggalan sejarah yang ada kaitan dengan kedatangan rombangan pedagang dari kelantan ini yang menetap disini untuk sementara waktu. Entah bagaimana olih kerana rombangan ayahda dan sahabat sahabatnya telah terpikat dengan keramahan dan layanan baik penduduk setempat diwaktu itu akhirnya beliau mengambil keputusan untuk terus menetap secara kekal dan seterusnya membuka beberapa tanah hutan untuk dibuat kerja kerja pertanian. Disamping itu didirikan juga sebuat tempat beribadat (surau) secara bergotong royong mengunakan tiang kayu bulat balak hutan.Tempat beribadat tersebut akhirnya telah berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih besar yang mana telah bertukar status menjadi sebuah masjid yang sehingga kini dikenali dengan nama Masjid Kg. Tok Randok.Adapun asal usul nama kampung ini adalah sempena dengan kecekalan datok datok (gelaran untuk orang orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian dari kawasan disini keadaan tanahnya berair dan berpaya. Bermula dikampung inilah juga tempat poksu membesar sehingga keusia 5 tahun.

Dalam seusia 5 tahun ini,poksu telah diambil olih seorang keluarga angkat yang juga merupakan saudara disebelah nenekda yang berasal usul dari Kg.Cetok, Pasir Mas kelantan seterusnya dibawa kePetani Thailand untuk mempelajari ilmu keagamaan,malangnya poksu dapat bertahan tinggal disini cuma dalam sekitar 3 tahun sahaja.Sempat belajar beberap patah perkataan bahasa siam seperti "pai nai"(nak kemana),"pai tiaw" (dari sana) serta beberapa jenis mata wang "kot" serta sedikit ilmu pengenalan sifat tuhan (sifat 20).Masih kekal ingat didalam kepala sampai kini.

Apabila genap usia 7 tahun,poksu kembali diambil olih bonda untuk belajar disekolah kebangsaan Bukit Perah,Ajil.H.Trg.Disini hanya sempat belajar setahun (darjah satu) kemudian diambil lagi untuk dijadikan anak angkat olih bapa saudara (ayah ghah) yang ketika itu menetap diSeberang Tayor,Air Putih, Kemamam.Poksu meneruskan pelajaran dalam darjah dua hingga darjah tiga di Sek.Kebangsaan disini.Apa yang poksu masih ingat ialah disekolah ini ialah kecergasan poksu untuk menghafal sifir dharab dari sifir 2 sehingga kesifir 12 berserta dengan hafalan hari dan bulan (Sunday-Sat dan January ke December) mengalahkan pelajar pelajar lain sehinggakan sekarang ini poksu bolih ingat dan tersemat didalam kepala,olih yang demikian kadang kala hari ini poksu sering mencabar anak anak yang berumur 8 atau 9 tahun untuk mengikuti jejak langkah yang pernah poksu lakukan dahulu.

Apabila telah berusia 10 tahun sekali lagi poksu jadi bola diambil balik olih nenek diKg Kemuning, seterusnya meneruskan persekolah dalam darjah 4 hingga 6 disekolah Agama (arab) Wataniah, Machang, Kelantan.

Poksu-Aduh dah penat menulis.....akan disambung semula,tungguu !

Nak sambung lagi-Part 3

Setelah tamat darjah enam disini,berhijrah untuk pindah sekolah sekali lagi,kali ini diSekolah Menengah Agama (Arab) Pulau Chondang,Olih kerana kesempitan hidup,poksu sering menanggis didalam hati serta bertanya apakah diri ini akan dapat meneruskan persekolahan hingga keperingkat yang lebih tinggi.Malah kadangkala timbul perasaan ingin sahaja mengetuk pintu rumah orang orang kaya untuk mengemis mohon simpati agar diri ini diambil sebagai anak angkat seterusnya dapat membiayai pelajaran .Tetapi apakan daya perasaan malu masih menebal dihati,maka jadi selamat dan tamatlah persokolahan poksu hanya keperingkat menengah pada tahun 1977 seterusnya jadilah seorang penganggur terhormat.

Dicelah celah masa (tahun 1978-1979) menganggur tersebut sempat poksu berkerja sambil belajar untuk sementara waktu disebuah restoran dan hotel sebagai pembantu sekaligus sebagai pendaftar nama pelangan keluar masuk hotel diBandar Diraja Pekan Pahang.Dimasa itu juga poksu tidak putus putus memohon pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan serta mendaftarkan nama sebagai pencari kerja dipejabat buruh.Tiba tiba pada suatu hari seorang sahabat telah mengajak poksu untuk turut serta bersamanya pergi menjalani temuduga terbuka sebagai seorang Tentera.Bagaimana kesah poksu dalam tentera dan bagaimana pula poksu tidak lepaskan peluang menambah ilmu (jika ada masa terluang )maka ikutilah kesah seterusnya dalam siri siri yang akan datang!

Poksu-insaallah (dengan izin allah) !

2 ulasan:

  1. Pak su buleh buat lirik lagu 'bangkit asal ii' serupa halim yazid. kalau halim tak sir nyanyi, ambo pun buleh asalkan ada sponsor. Sedap crita pak su tu. Pengalaman lepas yg mematangkan hidup kita, betul pak su?

    BalasPadam
  2. Terima kasih poknik,ambo memang minat lagu dikir halim yazid tu,kalu poknik ada audio dan videonya bolih tolong paste ka poksu,ya betullah pengalaman lampau bolih menjadi pengajaran yang berguna untuk kita bermuhasabah diri supaya lebih bersemangat dan tabah sekaligus bolih juga menjadi tatapan dan panduan untuk anak cucu kita nanti.insaallah !

    BalasPadam

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan