arkib

Isnin, 16 Mac 2009

Aduan kepada yang berkenaan (3)

1(a)Syabas kepada seorang MB yang begitu mengambil cakna akan kesusahan anak negerinya.
1(b)Secara kebetulan saya datang kesini untuk hadhir dalam satu majlis kenduri khawin,lalu terdengarlah akan kesah dibawah ini.
1(c)Ini kesahnya-Wajah wajah ini bukanlah pelajar cemerlang dalam pelajaran ,tetapi mereka adalah dua insan yang memerlukan perhatian dan bantuan kerana kedua duanya sering uzur dan sakit sakit.
1(d)Dua beranak,salah seorang daripadanya OKU yang cacat penglihatan,seorang lagi ialah warga emas,tinggal serumah disebuah rumah usang peninggalan arwah suami.
1(e)Keduanya mendapat bantuan bulanan dari JKM,daripada bantuan inilah disimpan dan berjimat cermat untuk berbelanja, hasil simpanannya dapatlah membina tandas dan bilik mandi.
1(f)Namun demikian berapa banyak sangatkah jumlah yang dapat disimpan bantuan tersebut kerana keperluan belanja harian juga terpaksa diagihkan sama untuk makan dan minum, akibatnya tandas dan bilik air tersebut telah terbengkalai pembinaan sudah 2 tahun lamanya.
1(g)Lebih malang lagi air bersih yang disedut mengunakan mesin (engine air) daripada perigi juga sudah lama tidak berfungsi dan rosak.
1(g)Difahamkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad ada peranannya yang bolih menyelesaikan masaallah sebegini.
1(h)Selain itu,penghulu atau ketua kampung juga sudah tentu tidak bolih berlepas tangan begitu sahaja.Anak buahnya yang dimaksudkan ini terletak diKg.Chengal Batu,Saring,Pasir Putih,Kelantan.
Poksu-Mudah mudahan pehak yang berkenaan tidak bertindak seperti kata pepatah "Bagaikan pahat dengan pemukul",sekali ditegur sekali bertindak, fikir betul betul.......!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan