arkib

Isnin, 9 Mac 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 27








Tulisan ini menyentuh dasar kerajaan khususnya dasar Pendidikan,saya kira sebagai ibubapa yang mempunyai anak murid yang sedang mengikuti pembelajaran PPSMI perlu melahirkan pendirian masing masing,salah satu jalan yang terbaik jika sekiranya PIBG juga turut membincangkan isu ini, jadikan juga suara PIBG turut sama bolih menentukan dasar yang akan dibuat olih Kementerian Pendidikan itu sendiri.Sudah sampai masanya PIBG kena membincangkan dasar pembelajaran mata pelajaran Sains dan Mathematik ini didalam agenda mesyuarat tahunan mereka, kerana dasar ini telah banyak dipersoalkan,mungkin dikampung kampung pendalaman,soal ini para ibubapanya menjadi pak turut sahaja atas alasan semua dasar yang dibuat olih kerajaan kononya untuk kebaikan,ini merupakan satu dahyah yang diperkenalkan olih kerajaan dengan alasan suara selain daripada datang olih kerajaan itu sendiri dianggap hanya suka membangkang secara melulu.
Sebenarnya kalau kita baca maklumat dari wadah rakyak melalui internet misalnya pasti kita dapati kenapa tidak sama dengan apa yang dipaparkan dari kaca televison, Jawapannya ialah kerana apa yang dipaparkan itu semata mata mengikut sebelah kacamata (kerajaan) sahaja dan bukannya memenuhi kehendak dan suara rakyat terbanyak.Jika kerajaan mengambil tanggungjawab memuaskan hati semua pehak,kita pasti tidak akan berlaku perarakan besar besaran baru baru ini untuk menyerah memorandum kepada Duli yang maha mulia Raja yang DiPertuan Agong.Rakyak sudah tiada "flatform" lain selain berarak dijalan raya dan jika ada pun orang politik yang terlibat dalam perarakan tersebut ini bukan bermakna mereka telah dijadikan alat atau ada dalang disebalik isu PPSMI ini.Kehadiran orang politik mungkin sekadar tanda cakna dan turut prihatin serta bersimpati dengan masa depan bahasa melayu yang dilihat dari sehari kesehari kedudukannya semakin terhakis,yang menghakiskan nasib bahasa ini bukan orang asing, bukan bangsa asing tetapi olih satu bangsa yang bernama melayu itu sendiri.Dengan ini isu PPSMI ini tidak bolih dilihat ianya telah dipolitikkan.
Kita bukan ingin sempitkan fikiran,kerana anak anak dizaman ini perlu diberi pendidikan mengikut peredaran masa mereka,akan tetapi persoalannya apakah kita mahu melihat 20 ke 30 tahun akan datang kesemua 26 juta rakyat Malaysia yang mempunyai anak pada hari ini kesemuanya ingin melihat anak mereka menjadi seorang pakar akauntan,menjadi seorang pakar saintis,jika begitu bagaimana dengan kerjaya seorang ahli sastrawan dan wartawan,bagaimana kerjaya seorang ustaz,bagaimana dengan kerjaya seorang wirawan seperti tentera dan polis dan sebagainya.Apakah kita perlu mewajibkan mereka turut sama lulus cemerlang pelajaran sains dan mathematik dalam bahasa inggeris ini.Apakah bahasa inggeris "pertuturan" sahaja tidak mencukupi .Bagaimana dengan kerjaya politikus yang hanya tahu memakan labu kononnya dengan niat untuk membaiki labu tersebut.Ini jelas Isu PPMSI ini diera tahun 60an dulu kita sudah ada dasar pelajaran dua pilihan iaitu satu aliran sastera/agama dan satu lagi aliran Inggeris,olih itu sebabnya kita lihat ada keputusan LCE dan juga MCE.Olih yang demikian kita dapati dasar PPSMI ini satu racun yang akan membunuh bahasa melayu secara beransur ansur. percayalah....
Jika kita lihat dari sudut kaca mata agama,ada batasan batasan dalam cara beribadat,sebagai contoh kita lihat seorang muslim/islam ada dalam bidang bidang tertentu seperti pengkhususan dalam bidang ilmu ahli falak,ahli ilmu wahyu,usulluddin,bidang perundangan syariat dan muamalat. Olih yang demikian islam sendiri ada tokoh saintis yang termasur dalam bidang perubatan iaitu Ibnu Sinar,Jadi persoalannya apakah pehak kerajaan tidak mahu selesaikan isu pembelajaran mata pelajaran Sains dan Mathematik ini sebagai fardhu kifayah (memberi pilihan) kepada rakyat yang kurang bersetuju dengan dasar PPSMI ini? kerana hanya inilah sahaja jalan cara penyelesaian yang terbaik memulihkan keyakinan rakyat (yang semakin geram) terhadap isu ini supaya tidak terus berlanjutan...
Poksu-Tidak mahu menjadi ketam mengajar anak supaya berjalan lurus....!

2 ulasan:

  1. kena air sembur jugak ke poksu hari 7hb baru ni?

    BalasPadam
  2. Salam untuk pok NIk Bekeng

    Air sembur ? macam tahu tahu pulok poknik....biasalah tu,orang berjuang dokleh mudoh serik !

    BalasPadam

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan