arkib

Ahad, 19 Julai 2009

betina pisau cukurkah kita ?

Salam hormat !

Kadangkala saya terpengaruh juga dengan pendapat seorang sahabat yang juga merupakan seorang bekas tentera setelah beliau mengatakan tidak ada menafaat suatu apa pun berada dalam persatuan kerana pada penilaian beliau mereka yang berada didalam persatuan hanya untuk dijadikan batu lonjatan bagi melangkah kejawatan yang lebih tinggi kemudian jika ada rezeki akan dilantik pula sebagai senator dan sebagainya, kemudian selepas dari itu ahli ahli yang berkerja keras diperingkat bawahan (akar umbi) untuk menaikkan "seseorang" itu tiba tiba dibuat buat lupa. Apabila saya amati kata katanya itu secara halusi ada betulnya juga,ini berdasarkan pengalaman saya yang telah berada hampir dua penggal didalam cawangan selaku jawatan kuasa maka saya dapati pada setiap kali datang bermesyuarat ada ada saja cawangan akan meminta itu dan ini termasuklah duit ringgit,olih kerana atas dasar perasaaan simpati dan sayangkan pada perjuangan parti agar dapat bergerak untuk menjalankan segala aktivitinya mahu tidak mahu maka terkeluarlah dari poket masing masing untuk dihulurkan dengan rasa "rela dalam duka".

Rela yang dimaksudkan ialah diberi secara iklas walhal ada diantaranya merasa duka kerana jika hendak diungkit dan dibangkitkan mereka yang datang mesyuarat itu pun sudah melakukan satu pengorbanan,sebab ada diantaranya berkerja sendiri ataupun berniaga,ini bermakna jika seorang peniaga maka pada masa itu akan ditinggalkan kedainya atau perniagaannya,jika seorang yang tinggal jauh jaraknnya dari tempat mesyuarat/aktiviti/program sudah tentu duit minyak terpaksa dikeluarkan sendiri,jika hendak disebut satu persatu atau diKLIM balik memang banyak,cuma saya sekadar hendak memberi beberapa contoh sahaja.

Olih kerana itu,saya berpendapat janganlah kita jadi seperti "betina mata cukur".Di peras habis habisan sehingga botak sijantan lalu sibetina tadi akan lari mencarai jantan lain pula...... elokkah begitu?.Dengan perkembangan terbaharu yang diumumkan olih Menteri Pertahanan untuk mengkaji balik pencen terkini bagi bekas tentera  maka teramat amatlah kita alu alukan.Setidak tidaklah bolih memberi satu suntikan semangat untuk ahli ahli hadhir didalam setiap aktiviti atau pun mesyuarat selain untuk bermatlamat kerah" jasamu dikenang".Lagi sekali saya ulangi jangan sampai kita dicop seperti "betina pisau cukur"....kerana ahli kini sudah tahu dimana tempat pelaburan yang bolih mendatangkan pulangan balik.....jadi PK betul betul !

Poksu-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan