arkib

Jumaat, 24 Julai 2009

Respon dari pelawat

Salam hormat !

Terkini:
setelah tersiarnya sedikit pendedahan berkenaan PBTM, seorang pelawat blog ini yang menamakan dirinya dari AICSB TEAM telah memberi respon didalam ruangan comment mengenainya,berikut adalah komen tersebut:-

PADA TAHUN 2009 INI PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNANNYA DAN AGENDA UTAMA UNTUK MEMILIH KEPIMPINAN BARU. BAGI PERINGKAT CAWANGAN MESYUARAT TAHUNAN SUDAH LEPAS DAN SEKARANG INI BERALIH KEPADA PEMILIHAN KEPIMPINAN DI PERINGKAT NEGERI DAN NEGARA. DIHARAPKAN PERWAKILAN PBTM YANG TERPILIH DAPAT BERMUHASABAH DIRI UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG BAIK UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN PERSATUAN PBTM YANG KINI DILIHAT SEPERTI KURANG BERMAYA.

SEDIA MAKLUM PBTM YANG MEMPUNYAI KEPIMPINAN DI PERINGKAT DAERAH (CWG), NEGERI (BAHAGIAN) DAN NEGARA MASALAHNYA KEBANYAKAN PENERAJU-PENERAJU YANG SEDIA ADA INI SUDAH SAMPAI TARIKH LUPUT DAN TIDAK DAPAT MENYUMBANG APA-APA LAGI MAKA SEPATUTNYA BERALIH KERUSI KEPADA PENASIHAT PBTM SAHAJA KERANA MEREKA INI YANG PASTI SUDAH TIDAK BERDAYA LAGI, KURANG VISI DAN MISI, ‘MENTAL BLOCK’ DAN TIDAK BERWAWASAN KURANG MENGAMBIL BERAT TENTANG APA-APA PERKEMBANGAN TENTANG ISU-ISU SEMASA. ADA LAGI MASIH MENYIMPAN RASA MARAH KEPADA BEKAS PEGAWAINYA. PERWAKILAN PATUT BERMUHASABAH DIRI, PILIHLAH DARI KALANGAN MEREKA-MEREKA YANG TELAH TENTU BERKEBOLEHANNYA, YANG BERWIBAWA, YANG TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENJADI KETUA SEPANJANG ZAMAN.

DIMASA YANG SAMA PERLU DIFIKIRKAN DIMANAKAH PERGINYA CERDIK PANDAI BEKAS PEGAWAI TENTERA YANG PERNAH MENJADI PEMIMPIN DALAM ATM SEBELUM INI YANG BOLEH MENJADI PENERAJU UTAMA PBTM DI PERINGKAT DAERAH (CWG), NEGERI (BAHAGIAN) DAN NEGARA ? INI SATU PERSOALAN ?.SAYA RASA BAGI BEKAS PEGAWAI TENTERA YANG SUDAH BARANG TENTU MEMPUNYAI TAHAP KEPIMPINAN, ILMU DAN PENGALAMAN YANG LUAS DAN JUGA TELAH TERUJI. KENAPA TIDAK BERADA DIDALAM PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA. DIMANA MENGHILANGNYA MEREKA-MEREKA INI. SAYA BERHARAP MEREKA-MEREKA INI YANG PERNAH MEMIMPIN KETUMBUKAN TENTERA DAPAT PULA MEMIMPIN MASYARAKAT BEKAS TENTERA. MARILAH SAMA-SAMA BERJUANG KEMBALI DI ALAM MASYARAKAT AWAM SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN KOMUNITI MASYARAKAT BEKAS TENTERA DI PERINGKAT CAWANGAN, NEGERI DAN NEGARA SECARA KESELURUHANNYA.

DALAM MEMBINCANGKAN MASALAH BEKAS TENTERA IA ADALAH SAMA SAHAJA. SEDIA MAKLUM TENTERA (LAIN-LAIN PANGKAT) AKAN BERSARA PADA 21 TAHUN PERKHDMATAN PADA UMUR RATA-RATA PADA AWAL UMUR 40`AN, DENGAN PENCEN YANG ADA TIDAK MENCUKUPI. TIDAK KIRA LAGI YANG TAMAT PERKHIDMATAN DISEBABKAN MASALAH DISPLIN. SEBABNYA - ANAK MASIH KECIL BARU HENDAK MEMBESAR. PERLUKAN KEWANGAN YANG BANYAK. DAPAT PENCEN (SEPARUH GAJI AKHIR) TIDAK CUKUP. MESTI BEKERJA LAGI ATAU BERNIAGA.- PELUANG PEKERJAAN YANG SESUAI TIDAK BANYAK BAGI YANG TIDAK PANDAI BERNIAGA. KEBANYAKAN MAJIKAN TIDAK DAPAT MENERIMA PEKERJA BERUMUR LEBIH 40AN.

- MASALAH TIDAK MEMPUNYAI TANAH DAN RUMAH KERANA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN ASYIK BERPINDAH RANDAH DEMI KEPERLUAN PERKHIDMATAN. TIADA BERPELUANG MOHON TAPAK RUMAH DAN TANAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN.

- BEKAS TENTERA BERNIAGA TIDAK RAMAI YANG BERJAYA. TETAPI YANG GAGAL CUKUP RAMAI. DARI ITU SEMUA AHLI PBTM HENDAKLAH BERKERJASAMA, BERMUAFAKAT SALING BANTU MEMBANTU, INI LEBIH BAIK DARIPADA MENYIMPAN RASA MARAH KEPADA PERKHIDMATAN DAHULU ATAU BEKAS PEGAWAI ATASANNYA.

KITA SUDAH MATANG DAN WARAS UNTUK UNTUK MEMILIH APA YANG TERBAIK. FIKIRLAH UNTUK KEBAIKAN SEMUA BEKAS TENTERA SECARA KESELURUHANNYA. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA BEKAS TENTERA SUPAYA BANGKIT, JANGAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA TERUTAMANYA YANG ADA BERKEBOLEHAN DAN BERKEMAMPUAN, BANTULAH KEPADA RAKAN-RAKAN KITA BEKAS TENTERA MENGHABISKAN SISA-SISA KEHIDUPAN.

UNTUK LEBIH BERDAYA SAING SAYA CADANGKAN SUPAYA MASYARAKAT BEKAS TENTERA INI MENUBUHKAN PARTI POLITIK AGAR SUARANYA DAPAT DI DENGAR DIDEWAN RAKYAT ATAU DIDEWAN NEGARA. HANYA MELALUI SALURAN POLITIK SAHAJA SUARA DAPAT SEGERA DIDENGAR OLEH KERAJAAN YANG MEMERINTAH.

Dan berikut adalah respon dari saya:-

Salam hormat kepada AICSB TEAM !

Soal kenapa masih berbangkitnya tanggapan kononnya terdapat dikalangan bekas anggota LLP yang menyimpan perasaan dendam dan marah marah pada bekas bekas pegawai? saya kira ianya satu perspeksi semata mata seolah olah merasakan diri melakukan kesilapan keatas orang bawahan pada masa perkhidmatan dahulu.Sebenarnya masing masing ada peranan didalam sewaktu sama sama bertugas dahulu, Apatah lagi selepas bersara,yang pastinya mestilah kedua pehak merapatkan atau menyambung kembali hubungan setia kawan dengan motto "berkerja dalam satu pasukan" sebagai mana pernah diamalkan didalam service.Dan yang lebih penting cubalah hakiskan sifat kegoaan "putih kata ku maka putihlah juga katamu' walaupun hakikat sebenar adalah disebaliknya.Jika perlu belajar belajarlah untuk turut sama menghargai idea dan buah fikiran orang lain demi kearah kebaikan bersama.

Keluhan yang mengatakan PBTM dilihat kurang bermaya adalah pada pandangan peribadi saya ianya berpunca dari beberapa faktor, sudut yang saya lihat ialah terlalu banyak meminta minta subsidi sehinggakan ada ayat 'rayuan hari pahlawan". Jesteru itu tidak hairanlah jika kita mudah dicucung hidung kerana sering merayu rayu.Manakala mereka mereka yang pada suatu ketika dulu pernah memimpin satu satu organisasi ataupun formasi dilihat telah menyembunyikan diri,jesteru itu saya menganggap mereka ini sudah terlalu selesa kehidupannya dengan memegang pelbagai jawatan tinggi dengan gaji yang lumayan dimana mana sektor sama ada awam mahupun swasta.

Adapun yang terkapai lemas adalah terdiri dari mereka mereka yang menjadi mangsa keciciran arus pembangunan.Disaat inilah akan munculnya nahkoda yang pada asalnya untuk menyelamatkan anak anak kapal yang sedang terkapai kapai mohon dibantu ini.Tidak dinafikan ada yang iklas mahu menolong dan tidak kurang juga ada yang cuba menangguk ditengah gelombang.Kerana itu kita lihat ada yang dapat diselamatkan dan ada yang pula yang terus tenggelam,kenapa?Sebagai contoh terdapat dikalangan bekas tentera yang kandas didalam dunia perniagaan.salah satu yang menjadi sebab musababnya ialah ketidak ada tempat pergantunggan yang disediakan dari PBTM sendiri seperti dana untuk tambahan modal perniagaan tatkala berlakunya kemorotan jualan,akhirnya pergilah mereka mereka ini menyembah ahlong ahlong ataupun bank bank yang menyediakan kadar faedah bayaran pinjaman balik sehingga 10 peratus.kesudahannya yang lemas akan bertambah lemas dan tenggelamlah jadinya....

Soal cadangan supaya bekas tentera perlu mengujudkan satu pertubuhan parti politik,pada saya kita perlu lihat dari sudut perpecahan suara,PBTM satu suara dan Parti baru itu pula nanti akan jadi suatu suara,sydah berpecah dua.ini akan jadi kurang realistik dan mudah diperkotak katikkan atau diperalatkan olih mana mana pehak yang kurang senang dengan kewujudan parti baru itu nanti, jesteru itu jawapannya PBTM itu sendiri adalah kearah mempolitikkan ahli ahlinya dengan secara tidak sedar,tanpa disedari PBTM juga adalah satu kompenan bebas mana mana parti politik yang sedia ada,kerana itu kita gelarkan ianya satu pertubuhan badan bukan kerajaan atau pun NGO (non govermen organisation)dengan berkerjasama diantara parti parti politik inilah suara PBTM itu dapat disalurkan melalui perantaraan ketua/exco (YDP/negeri) ataupun President/senator (Pusat/negara).

Olih yang demikian betapa pentingnya pemilihan ketua dibuat secara tulus dan teliti demi menjamin kesejahteraan keseluruhan ahli ahli itu sendiri dan bukan untuk kepentingan seseorang individu semata mata...jadi marilah kita fikir betul betul !

Poksu-Cadang mohon bon dari kerajaan untuk mengelakkan kurnian projek akan diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu shj...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan