arkib

Jumaat, 17 Julai 2009

Baling batu sembunyi tangan... kenapa?


Salam hormat!

Terdapat beberapa faktor menyebabkan seseorang itu terpaksa "membaling batu sembunyi tangan".Pertama-kerana timbul perasaan benci dan dendam kesumat didalam hati,kedua-ialah lahir daripada pehak ketiga yang sengaja ingin membuat provokasi dengan harapan dapatlah ia mengambil kesempatan dengan menangguk diair keruh,ketiga-ialah tiada ruang atau tempat untuknya mengadu atau bergantung harap.Keempat-memang sengaja hendak menyembunyikan kesalahan sendiri dengan kata lain hendak menegakkan benang basah.Dalam ketegori manakah kita?

Baiklah, saya ada sedikit huraiannya,disini sudah tentu ada pro dan kont atau baik dan buruknya.Pertama cuba kita lihat dimana kesilapan dan kecacatan sehingga ada yang sanggup atau tidak berani menonjolkan diri dengan cara membaling batu sembunyi tangan dan tidak mahu bertanggungjawab untuk berdepan atau bersemuka.Sikap ini seolah olah sudah tidak ada satu cara atau kaedah lain untuk menyelesaikan sebarang masaallah,natijahnya banyak keburukan akan timbul pada kedua dua belah pehak akan tetapi kata dari kacamata agama jika keburukan itu dilihat lebih baik untuk mengelak timbul kemudhoratan maka ianya bolih dimaafkan.Sebagai contoh keburukan dalam peperangan adalah untuk mencari satu kebaikan selepasnya.

Terlebih dahulu saya hendak menyatakan bahawa tulisan ini tidak ada kena mengena dengan tajuk akbar diatas cuma apa yang saya hendak kaitkan disini ialah tentang bagaimana saya telah dihubungi olih seseorang apabila terkeluarnya kesah titik bengik apa yang telah berlaku didalam PBTM pada artikel saya diblog sebelum ini.Beliau yang dimaksudkan bukan calang calang orang kerana pernah memegang jawatan diperingkat Jawatankuasa kerja pusat (negara) malah katanya pernah mengarang satu buku yang bertajuk BUKTI DAN FAKTA PENYELEWENGAN PBTM.Ekoran daripada edaran buku tersebut kepada ahli ahli maka beliau telah disabitkan dengan kesalahan dibawah undang undang perlembagaan persatuan kerana melanggar sekian sekian fasal dalam peraturan tersebut lalu satu lapuran polis telah dibuat keatas beliau.Apa yang dimuskhilkan disini ialah penyelewengan yang dimaksudkan didalam buku itu telah tenggelam sebaliknya kes kesalahan melanggar pelembagaan persatuan pula yang berbangkit..... akibatnya beliau kini telah digantung keahlian.

Saya amat faham kenapa beliau bertindak sedemikian (mengeluarkan buku tersebut),ini adalah kerana berpunca daripada betapa amat sukarnya untuk beliau mencari satu 'barisan bertindak" disebabkan yang pertama pengaruh wang ringgit dan kedua ialah ramai diataranya yang masih banyak mengambil kira aliran politik kepartian dengan kata lain satu tindakan berbau politik lalu mencari helah untuk menyusut atau berselindung disebalik kononnya kesalahan perlembagaan.

Olih yang demikian maka kita lihat ada sesetengah pehak atau seseorang individu itu mengambil jalan tengah dengan menyebarkan risalah mahupun dalam bentuk buku dengan harapan ingin menyedarkan orang ramai (ahli ahli).Tapi AWAS kerana terdapat banyak daripada risalah berbentuk sampah maka berhati hatilah jangan sampai terperangkap kerana agama sendiri menyarankan "selidikilah terlebih dahulu sebarang berita itu jika datangnya dari seorang fasik". Jadi fikir betul betul....!

Poksu-Pernah terima surat layang... yang baik dibuat tauladan yang buruk dijadikan sempadan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan