arkib

Sabtu, 11 Julai 2009

manek Hurai kan aqidah ! (6)
















Salam hormat !
Secara rengkasnya hukum hudud adalah satu atur peraturan yang telah ditetapkan olih Allah S.W.T yang dipetik dari sumber Alqur"an dengan gabungan dari sumber hadith Rasullah S.A.W bertujuan untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang yang melakukan kesalahan dibawah kanun jenayah syariah, tersebut juga didalam kitab fekah hukum syariah yang lain seperti qisas dan takzir.Inilah yang dikatakan ibu kepada undang undang islam yang diperjuangkan dan mahu ditegakkan olih Parti Pas setelah melihat Parti umno tidak begitu bersungguh sungguh untuk mendaulatkan undang islam ini sebaliknya yang diagong agongkan ialah undang undang lord red yang ditinggal olih penjajah British.

Saya bukanlah seorang pakar untuk menghuraikan secara terperinci namun dari perspektif peribadi saya melihat ini adalah satu peraturan yang positif kearah untuk hendak menjaga agama (islam) menjaga nyawa (rakyat) menjaga akal (kesihatan) memilihara keturunan (bangsa) dan juga harta benda (tanah air).Olih yang demikian sebelum itu suka saya hendak memetik beberapa potong ayat dari surah Al-Baqoroh ayat 219,surah Annisa"ayat 43 dan surah AlMaidah ayat 90-91 yang antara lain intipatinya bermaksud setiap larangan allah itu (mengharamkan arak) dibuat secara beransur ansur dan secara berperingkat peringkat (AlTadriz pistasriq) dengan tujuan tidak mahu membeban dan memberatkan (taqlil Al Taqlid). Peringkat yang dimaksudkan ialah menerangkan (dakwah),mengingatkan (tazkirah) dan seterusnya melarang (menghukum).Olih kerana itu cuba kita tanyakan berapa ramaikan diantara umat islam khusus didalam sesebuah negeri itu faham akan undang undang syariat ini?.
Berkata para ulama' Tidak sah mengerjakan perkara wajib sebelum dibuat perkara wajib terlebih dahulu',sebagai contoh tidak sah mengerjakan solat sebelum diambil wudud terlebih dahulu.Kemudian cuba kita tanyakan yang manakah terlebih wajib diantara kerja berdakwah (terang) terlebih dahulu sebelum menghukum? fikir betul betul......!
Poksu-buat jika agama kata bolih buat....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan