arkib

Jumaat, 10 Julai 2009

manek Hurai kan aqidah ! (5)

Salam hormat !
Sembilan Persepuluh (9/10) punca rezeki datangnya daripada perniagaan,sebahagian dari manusia yang dibangkitkan diakhirat berdampingan dengan para anbiaya (nabi nabi) ialah peniaga,tetapi peniaga yang bagaimana?juga Neraka wil menunggu bagi para peniaga,namun peniaga yang bagaimana?
poksu-tunggu huraiannya.......
Terkini : Huraiannya....
Berapa ramaikah diantara kita yang mengaku kononnya seorang peniaga muslim yang telah terlebih dahulu mempelajari hukum syarak dengan melengkapkan diri berkaitan ilmu muamalat untuk menentukan setiap urusan jualbeli menepati apa yang disarankan dalam islam? Hal ini adalah "wajib"diketahui olih setiap orang islam namun ramai diantara kita yang mengabaikannya.kenapa?
Berkata Saidina Omar r.a "tidak bolih menjual atau membeli dipasar melainkan orang itu terlebih dahulu mengtahui hukum penjualan yang dituntut dalam ilmu feqah".Ini adalah merupakan satu kata kata amaran daripada Saidina Omar ibn Alkhatab agar setiap para pedagang muslim mengetahui syarat dan hukum hakam yang mana Sah dan yang mana satu haram dan apa pula yang dikatakan makruh.
Begitu juga AlImam Ghazali telah menghuraikan mengenai hukum bertukar tangan barangan dalam urusan jualbeli mestilah dengan disertakan lafaz akad walaupun ianya hanya diharuskan (tidak diwajibkan) kerana dengan ijab kabul itu adalah terlebih afdhal.Banyak pantang larang lain diantaranya tidak bolih bersumpah dengan nama allah dengan harapan untuk menarik pelangan bagi menyakinkan barangan yang dijual itu adalah bermutu sedangkan ianya tidak tahu dengan jelas sebagai contoh isi buah didalam kulit (durian).Tidak bolih mengelirukan orang dengan cuba menutup kecacatan barangan dagangan dengan cara mencapur adukkan barangan yang rosak dengan yang baik kerana jika diasingkan asingkan dengan nilaian harga yang berlainan adalah lebih dituntut.Sabda Rasulallah S.A.w ' diantara kedua penjual dan pembeli hendaklah diberi pilihan dengan mengatakan secara jujur kedudukan keadaan barangan itu,sekira diantaranya berdusta nescaya terangkat (tidak ada keberkatan) dalam jualan".Para pedagang juga harus ada perasaan simpati dengan cara mahu menerima kembali barangan jualan jika para pembeli rasa kurang berpuashati akan mutu barangan dengan syarat syarat yang telah dipersetujui sebagai contoh "money back gerenti". Jika ada barangan yang dijual secara hutang maka hendaklah bersedia memaafkan orang tersebut sekiranya ia ingin meminta tangguh akan bayaran baliknya dengan syarat sipiutang tadi didapati dalam keadaan benar benar susah.
Apa pula yang dikatakan jual beli yang haram ?secara rengkasnya jika sipenjual telah pun menjual sesuatu barang akan tetapi selepas itu ia telah menukar fikiran (dari apa yang dijanjikan) dengan menjual untuk kali kedua bagi tujuan tertentu seperti ingin mengaut keuntungan yang lebih atau sebaliknaya,cara jualan ini adalah haram,juga jangan menyorok barangan dengan tujuan ingin menopoli harga kerana dengan demikian itu teramat berat dosanya.Sabda Rasullah S.A.w lagi "orang yang membuat/menjual makanan untuk orang ramai akan dijamin rezekinya manakala orang yang menyorok makanan dari orang ramai nescaya akan dilaknati kerana kelak akan dibangkitkan diakhirat bersama sama para pembunuh".
Itulah gambaran beratnya tangungan yang harus dipikul olih seorang pedagang,berkata para saliful salih "saya tidak mahu membeli neraka wil daripada allah kerana disebabkan lebihan berat timbangan sebiji sawi".ini bererti setiap barangan yang perlu disukat atau pun ditimbang perlulah dilebihkan sedikit (basi timbangan) manaka sipembeli pula hendak berlebih kurang sedikit dari jumlah berat timbangan,ini jalan tolak ansur diantara pembeli dan penjual yang dianjurkan olih islam.Tetapi adakah cara ini yang kita praktikkan?cuba kita perhatikan sipenjual barangan basah seperti ikan, sotong, udang atau apa apa saja,kebanyakannya ikan yang bercampur dengan icebatu tidak ditos atau dikeringkan terlebih dahulu sebaliknya ditimbang tanpa mengambil kira berat yang bercampur dengan air,walhal perkara ini bolih diatasi jika dibasikan atau dilebihkan sedikit timbangan,adakah perkara ini berlaku?Ini bukan perkara kecil dan remeh berdasarkan dalil dari ayat ini "Neraka wil bagi orang mengurangkan timbangan ataupun sukatan"(AlMutopipin:1).jadi fikir betul betul !
Poksu-peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa jua yang ingin mengambil pengiktabaran darinya...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan