arkib

Sabtu, 4 Julai 2009

intipati msyt agong pbtm caw H.Trg

Salam hormat !

Dibawah adalah petikan daripada sebahagian ucapan olih Ahli Parlimen Hulu Terengganu Yb Mohd Noor Othman ketika beliau merasmikan mesyurat agong cawangan didaerah Hulu Terenggannu baru baru ini :


Assalamualaikum wbt..

Pada mulanya saya agak keliru dengan persatuan (PBTM) ini kerana didapati pentadbirannya hampir sama dengan pengurusan pertubuhan parti politik, ada peringkat cawangan dan ada juga bahagian (negeri), ini menunjukkan bahawa persatuan ini begitu teratur dan tersusun dari segi bentuk organisasinya, malah yang lebih istimewa ada diantara ahli-ahlinya sanggup melupakan sementara soal pegangan kefahaman ideologi politik masing-masing. Ini mungkin kerana ahli ahli ingin memberi tumpuan lebih berkait dengan hal-hal pembelaan kebajikan mereka serta sekaligus kepada persatuan ini sendiri.

Difahamkan juga kedudukan kewangan persatuan agak stabil walaupun tidak banyak. Oleh kerana itu saya kira persatuan ini masih memerlukan bantuan dan perlu dibantu, jika di suatu zaman dahulu orang akan bertanya apa yang boleh kita sumbangkan untuk Negara, tetapi hari ini keadaannya sudah agak terbalik kerana orang akan bertanya apa yang boleh kerajaan berikan kepada mereka? Ini disebabkan suasana sudah berubah , Negara dan negeri sudah semakin maju dan membangun. Memang tidak dapat dinafikan kemajuan dan pembangunan ini dicapai adalah hasil tahap keselamatan rakyat dalam keadaan baik berkat pengorbanan anggota pasukan keselamatan termasuklah tentera. Kemajuan ini tidak seimbang sekiranya bekas tentera ini tidak ada tempat pembelaan selepas masing-masing menamatkan perkhidmatan ataupun bersara. Kerana itu kita dapati masih terdapat bekas tentera yang masih hidup dalam keadaan susah dan tinggal dirumah yang kurang selesa.

Oleh yang demikian di dalam Dewan Rakyat ketika perbahasan pembentangan bajet pengurusan pembekalan untuk Kementerian Pertahanan, saya ada menyuarakan hasrat bekas tentera ini agar mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kita juga mencari sebab kenapa ada di antara bekas tentera menyebelahi parti politik pembangkang, jika dilihat secara negatifnya kita mengatakan mereka sudah berpaling tadah menentang kerajaan. Tetapi, di sebalik positifnya kita merasakan mereka kecewa di atas layanan yang tidak setimpal jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan besar mereka yang ada diantaranya bergadai nyawa dan yang masih hidup mendapat kecacatan kekal. Jika anggota pengganas komunis yang membunuh dan mencederakan anggota tentera pada suatu ketika dahulu telah diberikan pengampunan kemudian diberikan layanan istimewa dengan mengurniakan penempatan seperti rumah dan tanah, maka cuba kita tanyakan apa pula kerajaan berikan kepada bekas tentera yang menentang komunis ini? Oleh kerana itulah kita lihat setelah seseorang bekas tentera itu tamat perkhidmatan ada kes diantaranya yang masih lagi hidup di rumah sewa, tidak ada tanah dan rumah sendiri. Jika adapun rumah yang masih separuh siap. Jadi inilah yang saya suarakan di parlimen.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya difahamkan juga bekas tentera ini ada yang bersara di waktu usia yang masih muda, manakala yang ada anak masih memerlukan belanja yang besar untuk keperluan persekolahan, dengan latihan disiplinnya yang dilatih didalam tentera, saya percaya mereka ini mampu untuk meneruskan kehidupan biasa dan mudah mendapat tempat di kalangan masyarakat kampung. Dengan itu sudah tentulah saya juga akan cuba membantu kerana jika tidak saya sebagai wakil rakyat tuan-tuan maka siapa lagi? Malah bantuan ini bukan baru. Sejak di dalam Kementerian Pendidikan saya telah pun menggalakkan kakitangan supaya menderma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan.

Akhirnya saya menyarankan agar bekas-bekas tentera perlulah pula memberi galakan kepda anak-anak muda dengan berkongsi pengalaman menarik semasa berkhidmat dahulu mudah-mudahan mereka juga turut berminat untuk sama sama berkhidmat dalam pasukan tentera ini dimasa yang sama boleh munyumbang untuk keamanan sekaligus menjadi benteng pertahanan terakhir untuk menyelamatkan tanah air kita ini jika keadaan sudah memaksa. Akhirnya dengan sumbangan sebanyak RM2000 kepada persatuan ini saya lapazkan ucapan bismillah……..dan merasmikan mesyuarat agung persatuan ini untuk kali yang ke-36.Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah wassala mulaikum warahmatullah hiwaba rokatuh.

Poksu-jadikan persatuan salah satu flatform untuk bersuara.......!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan