arkib

Rabu, 15 Julai 2009

Komplen: PBTM



Salam hormat !
Persatuan bekas tentera Malaysia (PBTM) pada tahun ini akan mengadakan pemilihan kepimpinan disemua peringkat bermula dari cawangan (daerah) bahagian (negeri) dan sehinggalah kejawatan Presiden (Negara). Kebanyakan cawangan telah pun selesai menjalankan pemilihan didalam mesyuarat agong masing masing, manakala bahagian negeri Terengganu dijangka akan diadakan pada awal bulan ogos nanti.
Selain daripada itu seperti biasa banyak usul usul akan dibentangkan didalam mesyuarat tersebut, kebanyakkan daripada usul usul akan berkisar kearah untuk menjaga hal ehwal kebajikan ahli ahli.Pada asas bunyinya memang baik tetapi yang lazimnya banyak dari daripada perancangan kurang menjadi sebagai satu contoh pada suatu ketika persatuan dibahagian negeri terengganu pernah melaburkan piluhan ribu ringgit kedalam ASDI (amanah saham darul imam) walhasilnya bukan melabur tapi jadi hancur lebur, natijahnya persatuan hendak bergerak sendiri tidak mampu dan terpaksa menagih ehsan dari kerajaan negeri, difahamkan pada setiap tahun sejumlah rm30 ribu telah disumbangkan kepada persatuan olih kerajaan negeri kepada persatuan namun ianya masih lagi tidak mampu menampung atau menimbus hutang lebih rm50 ribu maka kerana itu pada mesyuarat agong tahunan pada tahun lepas sejumlah hutang tersebut dibawa kemesyuarat untuk mendapatkan mandat dari ahli bagi melupus kira (bil out). Walhal jalan terbaik ialah dengan membawa mereka mereka yang terlibat terus kepihak berkuasa untuk pengadilan.Tetapi tidak berlaku sedemikian.....
Bukan setakat itu sahaja malah diperingkat Negara juga terdapat masaallah tersendiri,dari apa yang difahamkan Bangunan Empat tingkat yang dinamakan wisma pahlawan dibandaraya Kuala Lumpur milik kebanggaan sekian lama ahli ahli bekas tentera telah menanggung pelbagai hutang piutang sehingga ada syor supaya dijual sahaja bangunan tersebut.Mungkinkah disini bolih ditakrifkan berlakunya banyak korupsi atau ketidak kecekapan mengurus, agaklah sendiri......andainya tiada perubahan kepimpinan pada tahun ini maka sudah pasti perkara lama akan datang kembali !
Berbalik keperihatinan persatuan untuk menjaga kebajikan ahli memang tidak dinafikan cuma peranan dan penerangannya kadangkala tidak sampai keperingkat akar umbi secara menyeluruh. Ramai tidak menyedari ujudnya ruang dan peluang setiap apa yang disediakan olih persatuan secara khusus dan juga peranan jabatan hal ehwal veteren (JHEV) dibawah kementerian pertahanan secara amnya.Walau bagaimana pun syabas kepada persatuan kerana mengambil langkah melakukan penerangan dari masa kesemasa kepada setiap ahli PBTM dan juga kepada bukan ahli (yang layak ditakrifkan sebagai bekas tentera mengikut syarat syarat tertentu).Soal pembiayaan pendidikan dari apa yang dipaparkan (rujuk keratan akbar diatas) amat dialu alukan kerana setidak tidaknya untuk mengelak para pelajar terlibat dengan bayaran bayaran faedah bunga (rujuk risalah penyata pnjaman PTPTN diatas) walaupun pelajar tersebut masih lagi dialam pengajian akan tetapi ianya telah pun dibebankan dengan "interrest".
Soal pembayaran skim pencen baru,pada hemat saya masih banyak perkara yang bolih dipertikai dan dibahaskan.Sebagai contoh ayat menyebut bekas tentera yang layak hanya untuk anggota yang bertugas 'lebih daripada 21 tahun" berkhidmat,untuk memberi lebih keadilan pada semua saya kira ianya sepatutunya berbunyi "genap 21 tahun keatas".Dengan ini tidaklah hanya tertakluk kepada mereka mereka yang telah pun mempunyai pencen lebih daripada rm3000, jika tidak diubah bermakna pendapatan pencen bagaikan langit dengan bumi perbezaannya diantara bekas pegawai bertauliah dengan bekas pegawai lain lain pangkat.Apakah kita mahu orang senang akan bertambah senang manakala yang susah akan kekal statik kedudukannya.... jadi fikir fikir betul betul !
Poksu-mahu pengadilan yang tulus untuk semua...!

2 ulasan:

  1. orang susah kena selalu sedar diri, ingat orang kaya boleh jadi kaya tiba2 ke??? mereka juga berusaha untuk mencapai satu tahap mereka yang tersenidiri.. sbg contoh, semasa kecil lagi mereka da berusaha belajar bersungguh dan akhirnya nikmat tersebut dikecapi apabila mereka di alam pekerjaan, tetapi orang susah yang terus menyalahkan takdir dan tidak berusaha akan terus kekal berada di takuk yang sama.. perubahan terhadap diri sendiri adalah perubahan yang paling dituntut.. berubah ke yang lebih baik..

    BalasPadam
  2. mama aiman

    untuk mengubah ada cara :

    1.Ubah dengan tangan (undi)
    2.Ubah dengan hati (benci)
    3.Jika che puan tahu tolonglah beritahu....

    Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya (ayat suci alqur'an).

    BalasPadam

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan