Jom selongkar link dibawah >
arkib
Isnin, 31 Ogos 2009
Uyid & itah:Episod 3+terawikh malam seterusnya...
Ahad, 30 Ogos 2009
Sabtu, 29 Ogos 2009
Anak merdeka !
Soalan
1-Apa itu merdeka mengikut tafsiran bagi anak kelahiran selepas pegistiharan hari kemerdekaan 31 ogos 1957?
2-Berlaku ketidak kepuasan hati diantara kaum dan agama angkara siapa dan kenapa ?
2-Berlaku ketidak kepuasan hati diantara kaum dan agama angkara siapa dan kenapa ?
3-Ramai dikalangan peniaga anak melayu bumiputra gagal,apakah disebabkan kuota atau dasar ekonomi baru hanya sekadar ali baba atau ada pehak yang memanipulasikan pasaran?
4-Benarkah pendidikan melalui bahan bacaan dan media eletronik hanya dimonopoli olih golongan pemerintah?
5-negara kaya rakyat miskin....kenapa ?
6-Kata pepatah melayu "hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri,lebih baik dinegeri sendiri?....kenapa ?
7-Sejauh manakah ketebalan semangat petriotik kita ?
7-Sejauh manakah ketebalan semangat petriotik kita ?
TUNGGU ULASAN RENGKAS akan bersambung kemudian.......insaaallah !
Tok Ayah Su- Masih tergiang giang diteliga kerana teringat kata kata seorang cendikiawan dan ilmuan melayu "jangan sampai belajar saja tinggi tinggi akan tetapi pengisian ilmu (termasuk keagamaan) tidak ada didalam dada....
Uyid & itah : Episod 2+Ramadhan

Bulan puasa pada tahun ini uyid dan itah belum lagi tinggal puasa,selepas berbuka kami berdua akan turut bersama abah kemasjid untuk sembahyang sunat tewarikh,ooppp...silap! terawikh, kami lihat abah sering merakamkan suara dari seorang ustaz,jom kita
dengar.....

Tok ayah su-Download media flast player untuk lihat video (tazkirah ramadhan 2)
Jumaat, 28 Ogos 2009
Uyid & itah : Episod 1+Jungle sigh
ikon yang kami minati iaitu Upin dan ipin...
Jungle sigh suka berpantun,cuba dengar pantun dari dia...
Ini bulan orang melayu puasa..
Apa pasal awak suka suka ?
Tok ayah su-adik adik kena jawab pantun Jungle singh lanun ha....
Ramadhan:seminggu tumbang seekor lembu!




(Download adobe media flast player untuk lihat video)
Salam hormat !
Imej diatas adalah suasana gotong royong persiapan@majlis berbuka puasa yang diadakan dimasjid Tok Randok di DUN Ajil,majlis seperti ini adalah menjadi satu adat kebiasaan pada setiap tahun dibulan ramadhan tatkala genap tiap tiap tujuh hari berpuasa,ini bermakna sebulan empat kali diadakan...begitu hebat perpaduan ahli jamaah masjid disini,dan sementara menunggu waktu berbuka satu majlis tazkirah turut disampaikan olih alfadhil Ust Ismail selaku Pengerusi Markas Tarbiyyah Dun (MTD) Ajil !
Tok Ayah Su-teringat hadith yang berbunyi "barang siapa memberi makan kepada orang untuk berbuka puasa maka tidak dikurang sedikit pun akan pahalanya malah akan ditambah berlipat kali ganda lagi kebaikan baginya'-fikir fikir kan....!
Khamis, 27 Ogos 2009
Selamat hari lahir !
Salam hormat !
Tok Ayah Su-Hendak mengucapkan selamat hari lahir kepada diri sendiri termasuklah juga kepada sesiapa jua yang sama lahir pada tarikh ini iaitu pada 28 ogos dan juga secara kebetulan pada tahun ini jatuh didalam bulan Ramadhanul Karim bersamaan 8 malam solat terawikh.
Sementara itu beberapa hari lagi akan bersambung pula dengan tarikh hari sejarah kemerdekaan Negara kita Malaysia,kata orang angka 8 bolih membawa tuah.....insaallah...! Merdeka ! merdeka! merdeka !
Penguatkuasaan disiplin ! (isu semasa)

Kata orang politik mudah sahaja "sejak bila kerajaan/negeri pahang bertukar tuhan?",jika sebelum ini banyak kes telah berlalu begitu sahaja dengan sedikit hukuman denda akan tetapi hari ini telah menampakkan perubahan sebagaimana kehendak parti pembangkang (pas) iaitu supaya kesalahan dibawah jenayah syariah hendaklah dihukum mengikut lunas lunas islam makanya kerana itu kita lihat hukuman hudud telah dikuatkuasakan juga dipahang akhirnya.Jadi adakah pahang sudah bertukar tuhan....?
Islam juga mengafdhalkan supaya tidak mendedahkan keaiban bukan sahaja bagi diri sendiri malah keiaban diri orang lain jika pendedahan tersebut bolih memudaratkan maslahat ramai namun untuk pengikbaran umum ianya dibolihkan.
Olih yang demikian harus diingat, jihad itu luas!kerana itu untuk menyelamatkan maruah air muka juga adalah satu jihad....bagi mereka yang suka bermegah dan berbangga dengan kesalahan yang dilakukan harus diberi kesedaran dan keinsafan supaya tidak timbul fitnah yang bolih menjadi Ikon ikutan yang tidak baik kepada orang lain...jadi fikir betul betul !
Poksu-mentalaah ilmu feqah.....!
Rabu, 26 Ogos 2009
Jelajah (lawatan) ramadhan ! (3)
Salam hormat !
Dibulan Ramadhanul-Karim (ramadhan yang mulia) ramai yang mengambil peluang merebut untuk membuat amal kebajikan dengan melawat sambil menghulurkan sumbangan dengan mengunjungi rumah rumah penempatan orang orang tua dan anak anak yatim,pada kebiasaannya mereka yang berada disini sudah tiada lagi tempat untuk berlindung, sudah tiada lagi sanak saudara terdekat,malah sudah tidak ada anak anak sebagai tempat bergantung harap. Olih itu rumah tumpangan yang disediakan olih sesebuah egensi atau jabatan kerajaan negeri itulah yang menjadi tempat menumpang teduh malah disinilah juga segala galanya tersedia ada disegi bekalan makan minum.
Alangkah bertuahnya bagi mereka yang bernasib baik,yang masih ada anak anak yang mahu mengambil peduli akan nasib orang tua mereka,anak anak yang jenis ini biasa diberi jolokkan nama sebagai 'anak emas",bertuah badan dan sejuk perut ibu mengandung jika mempunyai anak seperti ini,kerana "tuah anak" bolih membuatkan mereka bolih tumpang sekali rezeki yang dikurniakan olih Allah S.W.T melalui perantaraan anak.
Pernah seorang ibu merasa syukur dengan mengatakan seumpama telah berada diSyurga kerana "barang minta barang jadi,barang dihajat barang diperolihi",bersunggut sahaja nak makan apa,roti canai? nasi kerabu? nasi dagang? pasti akan disediakan olih anak,itulah gambaran bertuahnya badan jika berolih anak yang amat prihatin dengan sentiasa memberi perhatian pada kedua ibu bapa.Namun masih juga ada orang orang tua yang merugut katanya "seorang ibu bolih membela sepuluh orang anak akan tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu tua " jadi fikir betul betul !
Poksu-Pernah melawat 'Padang Bank" di Kota Bharu pada awal tahun 80an...!
Isnin, 24 Ogos 2009
Jelajah bazar ramadhan ! (2)
Tok Ayah Su-Sekadar abadikan memori dibulan ramadhan yang diberkati !
Ahad, 23 Ogos 2009
PP:Mohon sumbangan (hebahan)
Kepada para dermawan dan hartawan yang budiman, dipelawa untuk berimfaq jariah kepada PRK Pengkalan Pasir dan juga kepada cawangan cawangan yang berada dibawah DUN Ajil. H.Trg. sebagaimana mengikut arahan surat yang dilampirkan diatas.Mudah mudahan mendapat keberkatan rezeki....wasssalam !
Tok Ayah Su-tolong hebahkan......!
Sabtu, 22 Ogos 2009
Ramadhan pesta makanan...?
Poksu-Mengabadikan kenangan suasana dihari pertama bazar ramadhan diPekan Ajil. H.Trg.
Langgan:
Catatan (Atom)
peng-ekor khabar anda (peka)
muka buku tok ayah su
zon usaha-wang
pilih bahasa anda
lakaran memory
Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga
Powered by
EMF Online Payment Form
