arkib

Selasa, 11 Ogos 2009

Respon@ulasan....projek !



salam hormat !

Kita merasa kagum jika sekiranya ada diantara insan insan berhati mulia yang sanggup mewakafkan tanahnya untuk tujuan kegunaan masyarakat ramai (bukan untuk kepentingan individu semata mata),jesteru itu apabila blog ini telah mengeluarkan satu keluhan dengan mendedahkan kedudukan kampung disini ketiadaan padang permainan khususnya bagi anak anak muda kampung untuk bermain bola (padang golf bagi golongan dewasa),dan alhamdulillah hari ini saya lihat terdapat ada insan yang sudi mewakafkan tanah imarahnya untuk tujuan tersebut, dengan sedikit peruntukkan dari pehak kerajaan tempatan (PBT) makanya segala kerja kerja pembersihan tapak telah pun mula dijalankan (lihat imej/gambar diatas).Mudah mudahan dengan adanya padang ini tidaklah nanti anak anak muda kampung bermain ditanah lapang "sawah padi tinggal" bekas pijakan tapak lembu kerbau yang berlubang lubang lagi merbahaya yang mana sebelum ini ada pemaian yang tercedera,tergeliat atau tergelecah kaki.
Disamping itu kewujudan padang ini nanti dapatlah kiranya menjadi satu wadah atau medan bagi merapatkan hubungan perpaduan/silaturrahim sesama pemuda kampung,malah diharapkan juga ada diantara pemain pemain muda ini kelak akan menempatkan diri mereka menjadi jaguh bola sepak hingga keperingkat yang lebih ternama atau akan ada wakil dari kampung ini nanti mampu mengukirkan kejayaan dan mengegarkan dunia bola sepak negara pada suatu masa nanti, perkara ini tidak mustahil bolih terjadi jika sekiranya terdapat sokongan dari semua pehak disertakan pula dengan bimbingan dan latihan yang tersusun rapi,jadi itulah harapan kita kerana sukan itu untuk semua, insaallah...! Cuba kita teliti sikap dan sifat istimewa yang ada pada seseorang ahli sukan ialah mereka ini bolih bermusuh diatas padang perlawanan tetapi bolih bertukar menjadi kawan dimeja makan,mampukan kita ujudkan suasana sebegitu? maka sama sama kita fikirkan betul betul !
Berbalik kepada tuan punya tanah imarah tadi, terdapat sedikit ralat dimana ada diantara hasil kerja tangan tuan empunya tanah ini terpaksa dikorbankan atau ditimbus seperti beberapa buah kolam ikan buatan yang pernah dibina atau digali pada suatu ketika dahulu.Olih yang demikian beliau amat mengharapkan agar dapatlah kiranya pehak PBT meluluskan sedikit saguhati atau pun ehsan untuk mengembalikan balik hasil titik peluh petani tersebut yang telah banyak keluar kos belanja pembinaan kolam dan pembersihan tanah, katanya.Apapun kita mengharapkan hasil keputusan itu nanti akan dapat memberi satu kepuasan kepada semua dan menyerahkan diatas budi bicara pehak pehak yang berkenaan untuk memutuskan pemberian saguhati (ehsan )tersebut. Dapatkah kita wujudkan suatu keputusan diatas semangat "win-win setting-vasion"?,sama sama kita fikirkan kan..!
poksu-pernah mengada latihan dengan tentera negara asing (NZ) dan "landing helikopter" dipadang yang luas seluas padang bola....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan