arkib

Khamis, 6 Ogos 2009

pentas masyarakat...!

Salam hormat !
Tiap tiap hari sisuami mengisi sedikit wang kedalam tabung dirumah selepas selesai balik dari keluar kerja sebagai pemandu teksi,pada suatu hari tiba masanya sisuami ingin mengambil wang dari tabung tersebut untuk disimpan kedalam bank pula.Semasa membuka tabung itu alangkah terpanjatnya dia apabila didapati wang tabungan tersebut yang disangkanya sudah banyak tiba tiba tinggal hanya satu not seringgit sahaja,lalu ditanya pada isterinya, adakah awak yang ambil wang ini?"tanya suami.
Dengan selamba isterinya jawab "ala...kalau ayang ambil pun,esok abang bolih cari lain'. Berderau darah sisuami tahan perasaan marahnya apabila dapat tahu rupanya isterinya yang telah ambil (curi) tanpa pengtahuannya,"amboi,senangnya awak cakap,"apa? awak ingat saya tak penat ke tiap tiap hari kehulu kehilir memandu teksi sampai sakit sakit tulang belakang ni,senang senang pulak awak yang habiskan " bentak suaminya,awak tahu tak itulah duit untuk saya nak simpan bagi masa depan keluarga kita dan berbini satu lagi (secara perlahan)"tambah suaminya lagi.Maka berlakulah perang kofrantasi mulut antara suami isteri tadi.
Akhirnya siisteri berkata "kalau susah susah sangat,esok biarkan saja saya keluar bawa teksi dan awak duduk rumah pulak" .Dipendekkan cerita maka jadilah siisteri tadi membawa teksi mengantikan tugas suaminya.ketika pusing pusing mencari penumpang tiba tiba berdentum tayar teksi tersebut pecah tapi masih bernasib baik kerana tidak terbabas atau excident. "Waduh...macammana aku nak buat ni?aku tak mampu nak jack dan tukar tayar ni sendirian, keluh isterinya, fikir punya fikir,barulah dia teringat pada suaminya,mahu tak mahu terpaksalah dia telofon untuk menghubungi suaminya minta bantuan.Beberapa ketika selepas itu datanglah suaminya dengan muka merah padam kerana masih simpan perasaan marah.

"Haa..apa apa hal pun,tak lepas dari tangan abang juga,lain kali jangan buat buat mudah kerja abang,sekarang baru awak tahu ya"runggut sisuami untuk lepaskan buah keras.Semasa nak ditukar kepada tayar simpanan,tiba tiba tayar sparenya pula juga bocor (rosak).Sekali lagi sisuami pergi kekedai tayar untuk beli tayar baru."Rabak poket aku kali ini"bebel suaminya .
Esoknya siisteri barulah tahu betapa sukar tugas suaminya lalu timbul kekesalan dalam hati dan sudah rasa serik tidak mahu bawa teksi lagi.Namun sisuaminya berkata "awak kena bawa teksi tu lagi sehingga kesuatu tempoh habis bayar hutang tayar dikedai Ah Chong sebab hari itu saya berhutang" kata suaminya.
"apalah abang ni nak buat zalim pada saya, zalim,zalimm" sambil menumbuk numbuk badan suaminya. Hey ! hey ! siapa yang zalim ni? apa kena dengan awak ni, saya nak tidur pun tak bolih,jangan kacaulah,kenapa awak main main tumbuk tumbuk saya ni"?kata suaminya sambil menyedarkan isterinya.Lalu isterinya tergaman dan terpingga pingga kemudian berkata "...ooo...astaqfirullah aku mengigau rupanya, sambil mengurut gurut dada....!
Poksu-masih ada tenaga tapi kurang belanja untuk bermadu...he...he..he...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan