arkib

Sabtu, 8 Ogos 2009

jelajah 2 perbatasan !


(imej 1)

(imej 4)

(imej 5)
(imej 6)
(imej 7)
(imej 8)
(imej 9)
(imej 10)
(imej 11)
(imej 12)
Salam hormat !
Pada hujung minggu kali ini saya mempunyai jadual aktiviti sendiri yang agak padat,saya telah menjelajah dua perbatasan dari perkampungan terengganu ke perkampungan kelantan,semasa sampai dibandar Pasir Putih saya sempat singgah sebentar untuk membeli sedikit buah tangan untuk keluarga disebelah mertua.Apa yang menarik dan sempat saya rakamkan Meter bayaran parking (lihat imej 1 dan 2:tiang kuning disebelah kiri kanan tangga pasar raya) yang kelihatan nya tinggal tiang sahaja dan meternya sudah tidak ada dan menjadi alas tiang meja pasar raya tersebut,saya terasa seolah begitu bermurah hati rupanya pahak PBT disini kerana memberi ehsan kepada pasar raya ini mengunakan tiang miliknya....
Selepas solat jumaat,saya dijemput kerumah penghulu Mukim Tok Adam (imej 3 dan 4) untuk majlis solat hajat kemudian dijamu makan laksa kuah putih,ummm...sedap juga sebab lama dah tidak merasa laksa kelantan.Secara tidak diduga didalam majlis ini telah bertemu dengan seorang bekas anak murid semasa ketika saya pernah menjadi julatih latihan kerjaya didalam perkhidmatan tentera dahulu (imej 5 dan 6:berpakaian serba hitam) beliau masih lagi lagi dalam perkhidmatan dan katanya kini baharu sahaja bertukar kekem 8Briged infrantri Pengkalan Chepa.Kami berbual panjang untuk bertanya khabar perkembangan terkini akan rakan rakan yang masih lagi berkhidmat.Sebagai seorang bekas jurulatih beliau meminta sedikit tip tip dari saya untuk membolihkan beliau jadikan panduan kerana katanya beliau kini juga diberi peranan kepangkat pangkuan warant officer.Seperti biasa saya kepada setiap bekas pelajar saya akan sarankan supaya memantapkan diri dalam ilmu persenjataan atau menembak, pelbagai ilmu kawad dan untuk disiplin dan pentadbiran jangan lupa mendalami ilmu undang undang tentera dan jika berada diDivision tumpukan kepada modiul latihan.
Disebelah petangnya pula saya kerumah warga emas yang juga waris terdekat iaitu adik kepada ibu saya yang terletak kira kira beberapa kilometer sahaja dari kampung Kemuning iaitu kampung kelahiran saya (imej 7 dan 8:emak saudara),tanah tapak rumah nenekda saya disini masih lagi menjadi mesteri kerana menurut wasiatnya secara lisan mengatakan beliau tidak pernah menjualkan kesemuanya melainkan tanah getah sahaja,kes perbicaraan hak milik tanah ini telah dibawa kemahkamah tetapi perbicaraan terhenti dan tidak lagi diteruskan setelah beliau meninggal dunia,jadi saya sebagai cucundanya akan cuba berusaha untuk kembalikan hak tersebut,insaallah !
Kemudian selepas itu saya menziarahi pula kerumah salah seorang keluarga sepupu (imej 9) yang ditimpa musibah,rumahnya habis ranap hangus dijilat api,punca kebakaran dikatakan berpunca dari gas memasak,bahagian dapur rumah dan bilik tidur habis terbakar yang tinggal hanya sedikit sahaja diruang tamu (imej 9 dan 10) akibat daripada kejadian malang ini kerugian yang dianggarkan mencecah hampir seratus ribu ringgit malaysia juga. Banyak pehak telah tampil menghulurkan bantuan termasuk olih Yang Berhormat Wakil Rakyat PAS, cuma katanya secara jujur belum lagi ada menerima dari pehak umno melainkan dari segelintir pimpinan umno kampung,itu pun hanya sekadar menghulur wang poket sahaja.Apa pun kita ucapkan keluarga ini tabah menghadapi ujian yang menimpa,mudah mudahan dengan itu adalah pula hendaknya hikmah disebaliknya.
Semasa didalam perjalanan pulang saya juga sempat merakam gambar bahagian depan sekolah menengah tempat saya mula mula belajar dikelas menengah (imej 12) ,bekas sekolah ini yang banyak meninggalkan nostalgia dalam hidup ini,kelihatannya teramat jauh perubahannya dari segi bentuk bangunannya yang sudah tumbuh berbangunan batu dan bertingkat tingkat jika hendak dibanding semasa dizaman saya belajar dahulu yang berdindingkan papan dan hanya mempunyai dua bangunan teres sahaja. Apakah perubahan ini berlaku setelah kesemua sekolah agama rakyat diambil alih olih kerajaan/kementerian pendidikan....?sama samalah kita fikirkan fikirkan jawapannya !
Poksu-Berhajat untuk hendak menghantar salah seorang anak kembali belajar kesekolah ini...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan