arkib

Rabu, 26 Ogos 2009

Jelajah (lawatan) ramadhan ! (3)




Salam hormat !
Dibulan Ramadhanul-Karim (ramadhan yang mulia) ramai yang mengambil peluang merebut untuk membuat amal kebajikan dengan melawat sambil menghulurkan sumbangan dengan mengunjungi rumah rumah penempatan orang orang tua dan anak anak yatim,pada kebiasaannya mereka yang berada disini sudah tiada lagi tempat untuk berlindung, sudah tiada lagi sanak saudara terdekat,malah sudah tidak ada anak anak sebagai tempat bergantung harap. Olih itu rumah tumpangan yang disediakan olih sesebuah egensi atau jabatan kerajaan negeri itulah yang menjadi tempat menumpang teduh malah disinilah juga segala galanya tersedia ada disegi bekalan makan minum.
Alangkah bertuahnya bagi mereka yang bernasib baik,yang masih ada anak anak yang mahu mengambil peduli akan nasib orang tua mereka,anak anak yang jenis ini biasa diberi jolokkan nama sebagai 'anak emas",bertuah badan dan sejuk perut ibu mengandung jika mempunyai anak seperti ini,kerana "tuah anak" bolih membuatkan mereka bolih tumpang sekali rezeki yang dikurniakan olih Allah S.W.T melalui perantaraan anak.
Pernah seorang ibu merasa syukur dengan mengatakan seumpama telah berada diSyurga kerana "barang minta barang jadi,barang dihajat barang diperolihi",bersunggut sahaja nak makan apa,roti canai? nasi kerabu? nasi dagang? pasti akan disediakan olih anak,itulah gambaran bertuahnya badan jika berolih anak yang amat prihatin dengan sentiasa memberi perhatian pada kedua ibu bapa.Namun masih juga ada orang orang tua yang merugut katanya "seorang ibu bolih membela sepuluh orang anak akan tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu tua " jadi fikir betul betul !
Poksu-Pernah melawat 'Padang Bank" di Kota Bharu pada awal tahun 80an...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan