arkib

Jumaat, 21 Ogos 2009

Nak islam undi Pas nak syurga pangkah umno?










Salam hormat !

Tok ayah su pernah terbaca didalam satu kolum didalam akbar sinar harian (Jika tidak silap) pada suatu ketika dahulu yang ditulis olih seorang penulis berkenaan dengan tajuk bab bertaubat,akan tetapi telah mendapat kritikan pembaca kerana telah mengelirukan dengan mengsalah tafsirkan soal bab bertaubat ini, kata pembaca tersebut...bagus juga tulisan beliau (penulis kolum)tetapi jika diamat amati bolih mengalakkan seseorang muslim itu melakukan dosa kerana katanya tuhan ada tunjuk cara untuk membersihkan diri selepas melakukan dosa....

Apa pun dari pengalaman seingat tok ayah su pada tahun awal 60an ketika berusia 5-6 tahun,Tok Ayah su telah belajar sedikit bab ilmu ketuhanan diSiam (Petani). Disinilah tempatnya tok ayah su dipelihara olih seorang keluarga angkat yang juga merupakan saudara disebelah ibu, tujuan kesini adalah untuk mempelajari ilmu keagamaan,pada waktu itu keadaannya masih aman damai, penduduknya saling berkerja sama walaupun susah,kehidupan mereka bergantung kepada hasil pertanian getah dan tanaman padi namun mereka tetap bersyukur dan selesa dengan apa yang dinikmati dengan sentiasa mengunjungi tempat tempat ibadat sama ada disurau mahu pun dimasjid.

Berlainan sekali perbezaan kehidupan masyarakat islam disana pada waktu ini, pergolakkan yang berlaku amatlah tidak menyenangkan kita kerana sering berlakunya ancaman keganasan dan pembunuhan. Mungkin ini satu ujian keatas masyarakat melayu islam disana kerana banyak dari berita yang kita dengar terdapat dikalangan orang islam sendiri telah tidak bertanggungjawab terhadap agama dengan melakukan kerja kerja yang dilarang olih syarak seperti berjudi laga ayam,laga lembu kerbau,dan bermacam macam lagi perkara yang mengaibkan agama, mungkin kerana itulah agaknya Allah telah menurunkan bala" untuk sebagai pemberi ingatan bagi mereka mereka yang mahu berfikir.

Maka kerana itu teringat kembali akan tulisan didalam akbar tadi yang memperkatakan bab bertaubat,syurga dan neraka.Kadang kala kita merasakan seoalah olah tuhan memberi balasan neraka (bala") secara tunai semasa hidup didunia sebelum sempat bertaubat dan ada juga disimpan kesalahan (dosa) tersebut sehingga keakhirat untuk menentukan pembalasan keneraka mana satu yang sesuai sama ada neraka wil atau keneraka jahanam.(neraka pun ada 2 ketegori jugakah?)

Jika semasa hidup ada nikmat dipanggil "syurga dunia" iaitu syurga sementara dan sudah pasti dialam akhirat juga ada "Syurga abadi" (nikmat syurga yang kekal buat selama lamanya) syurga pun ada 2 juga ka?
Tok Ayah SU-DUNIA PARTI POLITIK MELAYU TERBESAR PUN ADA 2 JUGA KA ? (PAS&UMNO). masyaallah..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan