arkib

Rabu, 19 Ogos 2009

AWAS ! 6 jahanam di Permatang Pasir ...

Salam hormat !
Walaupun kes ini mungkin hanya terpencil akan tetapi disepanjang pengetahuan tok ayah su didalam dun permatang pasir memang terdapat kegiatan yang tidak bermoral khususnya melibatkan gejala sosial penyalahgunaan najis dadah.Kenyataan tok ayah su ini berdasarkan salah seorang anak buah tok ayah su sendiri baharu sahaja meninggal dunia,tok ayah su tidak merasa segan segan untuk menceritakan kesah ini dengan niat untuk menyedarkan mereka yang diluar sana agar tidaklah perlu terpengaruh hendak pandai pandai mencuba cuba benda 6 jahanam ini.Kesah hitam anak buah tok ayah su ini apabila dia bersuamikan seorang penagih dadah yang ada pada mulanya dirahsiakan.Lama kelamaan rahsia tersebut terbongkar apabila suaminya tertangkap kemudian dimasukkan kepusat serenti.Setelah beberapa ketika berada dipusat ini maka tamatlah masa hukuman tersebut kemudian kembali normal semula, namun demikian tabiat lamanya yang buruk itu tidaklah dapat ditinggalkan,akhirnya kembali semula menjadi penagih,dan baru baru ini tok ayah su mendengar cerita yang suaminya itu telah pun meninggal dunia katanya disebabkan olih lebihan dos suntikan. Tinggallah anak buah tok ayah su tersebut menjanda seorang diri dengan penuh seksaan kerana terpaksa menanggung beban mengambil alih tugas untuk membesarkan tiga orang anak hasil perkongsian hidup berumah tangga bersama dengan bekas arwah suaminya itu.

Kesah kedua pula ialah berkait dengan seorang bekas rakan sebaya tok ayah su juga,bolih dikatakan beliau juga seorang 'genius' kerana salah seorang anak muda kampung yang berjaya dapat melanjutkan pelajar kesekolah yang menempatkan murid murid yang cemerlang dalam pelajaran.Selang beberapa lama berada disekolah tersebut akhirnya beliau kembali balik kekampung, dengar khabarnya disinggkirkan dari sekolah disebabkan terlibat dengan penyalah gunaan najis dadah .Disebabkan kecerdikkannya,dia cuba memperdaya tok ayah su,malah hampir hampir terperangkap dengan tipu dayanya.Alhamdulillah tok Ayah Su cepat sedar dan dapat menangkap maksudnya yang mahu memperalatkan tok ayah su untuk kepentingan dirinya bagi mendapatkan duit bagi membeli bekalan dadah tersebut.Sejak dari hari itu tok ayah su cuba menjauhkan diri darinya kemudian berhijrah untuk menyertai pasukan tentera.Selang beberapa lama berpisah dengan rakan tersebut,lalu pada suatu hari tok ayah su mendapat berita yang beliau sudah pun meninggal dunia disebabkan puncanya ialah tabiat dari ketagihan dadah tersebut.
Dari dua kesah tersebut makanya tok ayah su teramatlah takut dan bimbang akan penularan kegiatan yang tidak sihat ini akan berjangkit kepada anak anak cucu tok su pula,jesteru itu tok ayah su sering memantau dan sering menasihati anak anak yang sudah muda remaja walau pun masih berada dialam persekolahan namun tidak mungkin bolih terjebat kekancah gejala dadah ini jika tersalah memilih kawan.Olih yang demikian mampukah kita untuk mengekori dan memantau pergerakan anak anak pada setiap petang semasa keluar bermain bola atau kemana mana sahaja jika kita tidak beri kemantapan ilmu yang bolih mengukuhkan jati diri anak anak muda melalui daya usaha yang bersepadu dari semua pehak....jadi fikir betul betul !
Tok Ayah Su-harapan tidak ada 'hantu' yang cuba memperdayakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan